Semakan Ujian MEDSI Pendidikan Dibuka Sekarang

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada May 20, 2020, 10:29 am

Dimaklumkan bahawa semakan ujian MEDSI pendidikan bagi sesi pengambilan UPU 2022/2022 akan dibuka sekitar bulan Jun. Kepada anda yang memohon ke kursus pendidikan di Universiti Awam (UA), bolehlah mula membuat semakan dengan mendapatkan pautan semakan sebaik sahaja dibuka kelak. Kami akan mengemaskini tarikh sebenar apabila pihak UPU memaklumkan di laman web rasmi mereka. 

 

Untuk makluman anda, UPSI merupakan universiti yang bertanggungjawab untuk menyelaraskan sistem semakan panggilan ujian MEDSI bagi program pengajian pendidikan termasuklah di universiti yang lain seperti UM, UUM, UPM, UiTM, UTHM, UKM, UTM dan UIAM. Ini bermakna semakan adalah melalui sistem yang dibuka dan dikendalikan oleh pihak UPSI sahaja.

 

 

Untuk semakan sila klik pautan dibawah :https://www.upsi.edu.my/kemasukan/temuduga/

 

Disamping itu, kami ingin kongsikan artikel penting yang menyediakan info berkaitan dengan ujian MEDSI pendidikan untuk persediaan anda kelak. Walaupun tahun ini ujian diadakan secara online tetapi, bentuk soalan sama sahaja. Jadi, anda boleh tetap merujuk kepada contoh soalan MEdSI yang kami kongsikan sebelum ini. Rujuk artikel dibawah untuk dapatkan tip ujian MEdSI dan info penting temuduga sekiranya berjaya lulus dalam ujian MEDSI tkelak.

 

 ARTIKEL BERKAITAN

SEMOGA BERJAYA KAMI UCAPKAN!

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail