Kenapa Ramai yang Berjaya dalam SPM tetapi Gagal ke Universiti?

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Mar 04, 2020, 08:43 am

Peperiksaan SPM pada tahun ini dijalankan awal berbanding tahun-tahun sebelumnya. Untuk tahun ini, peperiksaan akan bermula pada 14 Oktober 2019 dan berakhir pada 28 November 2019. Bermaksud anda akan menduduki peperiksaan pada bulan hadapan iaitu lebih kurang 35 hari sahaja lagi. 

 

Untuk menyemak jadual penuh peperiksaan SPM 2019 boleh klik : JADUAL PEPERIKSAAN SPM 2019. Kami  juga ingin menasihati anda untuk memuat turun SOALAN RALAMAN SPM secara PERCUMA yang diterbitkan oleh guru-guru pakar pengubal soalan. Masa yang singkat ini bukanlah masa untuk anda membuka buku rujukan tetapi perbanyakkan menjawab pelbagai bentuk soalan bagi memudahkan anda menjawab peperiksaan kelak. Untuk download sila klik : SOALAN RAMALAN SPM 2019.

 

 

Berbalik kepada tajuk artikel kita, ramai pelajar yang berjaya memperoleh keputusan yang baik dalam SPM tetapi gagal ke universiti dalam kursus pilihan. Kenapa perkara ini berlaku?. Puncanya adalah subjek yang pelajar itu berjaya skor cemerlang bukanlah subjek penting dalam kiraan markah merit untuk ke universiti. sila klik artikel perkongsian KAEDAH MERITOKRASI DALAM PEMILIHAN KE UNIVERSITI yang mendedahkan bagaimana pihak universiti menyaring permohonan pelajar ke universiti mereka.

 

Oleh itu, bagi pelajar aliran sains sila beri penekanan kepada 5 subjek penting aliran sains iaitu :

  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi atau salah satu dari mata pelajaran berikut: Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Cipta / Lukisan Kejuruteraan / Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Pertanian/ Pengajian Agro Teknologi /Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Pengetahuan Sains Sukan.

 

Manakala aliran sastera, sila fokuskan kepada 5 subjek berikut :

  • Bahasa Melayu
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam / Pendidikan Al–Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pengetahuan Moral

 

Anda wajib skor gred cemerlang dalam ke semua subjek-subjek diatas mengikut aliran masing-masing. Ini bagi memastikan laluan mudah untuk masuk ke mana-mana kursus pengajian di universiti pilihan anda kelak. Walau bagaimanapun, kami tidak katakan subjek-subjek lain tidak penting, tetapi kalau nak berjaya ke universiti dalam kursus pengajian pilihan, sila beri fokus kepada subjek yang dikongsikan.

 

MAKLUMAN  PENTING :

Kepada pemohon UPU 2020/2021, anda dinasihatkan klik artikel Panduan Permohonan UPU 2020/2021mengikut kategori supaya tidak membuat sebarang kesilapan semasa mengisi permohonan. Jika sudah bersedia boleh terus klik mohon UPU sekarang :

LEPASAN SPM SETARAF

LEPASAN STPM SETARAF

MOHON UPU SEKARANG

SEMOGA BERJAYA!

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail