7 Petanda Anda Bakal Gagal dalam Pengajian di Universiti!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 14, 2021, 07:24 am

Tahukah korang hakikat sebenar dimana, setiap tahun beribu-ribu pelajar telah gagal dalam pengajian di IPT, tidak kiralah di universiti awam/swasta/kolej/politeknik dan sebagainya. Ramai yang berhenti belajar disebabkan oleh pelbagai masalah dan paling memalukan diberhentikan oleh pihak IPT. Apakah punca penyebab kepada kegagalan tersebut sedangkan sebelum ini semasa permohonan bukan main tergedik-gedik lagi hendak melanjutkan pengajian. Berdoa siang malam supaya berjaya dalam permohonan. Akhirnya, berhenti belajar atau diberhentikan. Jadi, sebelum korang pun turut tersilap langkah dan gagal dalam pengajian, ambil tahu 7 punca utama korang bakal gagal di universiti kelak. 

 

# Gagal kawal emosi

Seminggu, 2 hari sebelum seterusnya menjelang hari pertama pendaftaran masuk ke IPT, kesedihan korang semakin ketara. Kepada yang sudah terbiasa tinggal di asrama, mudah untuk menyesuaikan diri tetapi bagi sesetengahnya yang baru pertama kali tinggal berjauhan dengan keluarga mulalah buat drama sedih!. Emosi menjadi tidak stabil, takut hendak hadapi hidup mendatang ditambah pula tiada rakan rapat yang berjaya masuk ke IPT yang sama. Impian tak nak kalah, nak sambung belajar oversea, tapi belajar dekat local IPT pun dah meraung. Acaner?.

Jika korang membiarkan kesedihan itu mempengaruhi emosi, kami confirm tak sampai seminggu sebaik sahaja tamat orientasi sudah buat keputusan untuk berhenti. Jadi nasihat kami, buatlah persediaan emosi kerana ianya sangat penting. Luangkan lebih masa dengan keluarga sebelum tiba hari mendaftar. Fokus kepada niat masing-masing untuk membantu keluarga sebaik sahaja tamat pengajian. Tolonglah jangan biarkan emosi sementara korang tu memusnahkan impian di masa hadapan!.

 

# Tidak suka belajar kursus yang diambil

Ini masalah pelajar yang mohon ke kursus yang tidak diminati atau tak tahu mengenai kursus yang dipohon. Belajar pasal apa tu belakang kira asalkan berjaya masuk ke IPT, ye tak?. Pemikiran seperti inilah yang merugikan korang kelak. Jadi sebaiknya, semak dahulu struktur kursus dan subjek yang akan dipelajari nanti. Barulah tidak terkejut. Cara menyemak?. Layari sahaja laman rasmi IPT masing-masing. Sudah dikongsikan oleh pihak IPT mengenai struktur program, peluang kerjaya dan sebagainya. Kalau tidak mahu membuang masa pergi mendaftar, bazirkan duit pendaftaran kemudian berhenti belajar, cubalah rajinkan diri untuk membuat research mengenai bidang pengajian masing-masing. Jangan asyik melayan sosial media sahaja. Manfaatkan kemudahan internet yang ada. 

via GIPHY

 

# Anti-sosial

Ramai dalam kalangan korang yang ada emas dalam mulut sampai susah sangat nak bercakap dengan orang lain. Kalau tak ada yang menegur dulu, jangan haraplah nak bercakap. Lebih rela mereput seorang diri. Sesungguhnya, jika korang tidak mengubah perangai anti-sosial itu, percayalah korang akan menghadapi masalah sepanjang tempoh pengajian nanti. Jangankan sepanjang tempoh pengajian, selepas sahaja mendaftar, keluarga sudah balik bermulalah masalah korang. Tahu kenapa?. Pertama, korang perlu bersosial sebab semasa minggu pertama iaitu minggu orientasi korang perlu bercakap dan bergaul dengan orang lain. Lebih kurang ice breaking/sesi pengenalan. Hendak berkenalan macam mana kalau dah berat mulut. Kedua, bila kelas bermula, setiap subjek majoritinya akan ada group assignment yang memerlukan kerjasama semua ahli group. Ada pensyarah yang meminta korang memilih sendiri ahli kumpulan masing-masing dan ada juga yang dipilih oleh pensyarah. 

 

via GIPHY

 

Katakan perlu memilih sendiri, dengan perangai suka bersendirian itu, ada ke rakan sekelas lain yang nak ajak korang join group mereka?. Memang tak la sebab nanti confirm takkan beri input berguna dan perform semasa pembentangan kumpulan. Kalau ahli kumpulan dipilih oleh pensyarah sekalipun, bagaimana korang hendak berkomunikasi untuk selesaikan tugasan yang diberi jika anti-sosial?. Orang lain pun malas nak menegur, sebab mereka anggap korang bodoh sombong. Jadi, hapuskan penyakit anti-sosial korang sebelum masuk mendaftar tetapi jangan terlebih sosial pula. Kalau terlebih bersosial bagaimana pula?.

 

#Terlalu bersosial

Ini paling bermasalah. Bersosial itu perlu tetapi tidak perlulah terlalu bersosial. Jika terlebih bersosial kemungkinan masa depan korang pun akan musnah. Bukan setakat di IPT sahaja, tamat pengajian dan dalam hidup pun korang akan berdepan dengan masalah. Pernah dengar pepatah "kera masuk bandar", tak pun culture shocked. Kalau dulu tinggal dengan family tidak begitu bebas, sekarang tiada siapa yang boleh tegur apa yang korang buat. Pukul berapa balik, jumpa dengan siapa, berkawan dengan siapa dan sebagainya. Kebebasan yang diberi, disalah guna sampai merosakkan hidup sendiri. Lupa pada niat utama masuk ke IPT, harapan ibu bapa dan paling penting masa depan korang. Kalau sekadar keluar berhibur di hujung minggu tetapi tidak ke tempat-tempat negatif dan bergaul dengan orang yang negatif, itu tidak menjadi masalah. Nikmatilah zaman IPT sebagai memori indah yang akan dikenang kelak. Belajar sahaja boleh mati otak juga kan?. 

 

 

Jadi, nasihat kami bersosial ke arah yang positif contohnya sertai aktiviti kokurikulum, program kebajikan, aktiviti luar yang banyak dianjurkan di IPT. Kalau korang yang buat program, lagi bagus sebab korang akan terdedah dengan pelbagai cabaran yang akan mematangkan fikiran, pengalaman selain lebih bertanggungjawab. Pengalaman tersebutlah boleh digunakan untuk persediaan selepas tamat pengajian dan masuk ke alam pekerjaan nanti. Ingat senang hendak dapat kerja kalau setakat ada ijazah dengan pointer tinggi sahaja?. Stop beranganlah!. 

 

# Malas bangun pagi

Ini memang faktor yang paling ramai sekali pelajar akan hadapi. Maklumlah, dah lama rasanya duduk bersenang lenang di rumah, makan tidur sahaja kerjanya tentu akan sukar untuk bangun pagi. Sebaik sahaja korang mendaftar dan kelas bermula selepas minggu orientasi, kebanyakkan kelas bermula seawal jam 8.00 pagi. Ramai yang gagal melawan nafsu tidur sehingga tidak hadir ke kelas. 

 

 

Sekiranya korang gagal menghadiri kuliah melebihi 3 kali tanpa sebab, surat cinta (amaran) akan diberikan oleh pensyarah. Jika masih tidak berubah dan tidak mencapai jumlah keseluruhan kehadiran ke kuliah, korang akan dihalang daripada menduduki peperiksaan. Akhirnya gagal dalam subjek tersebut. Bila gagal, korang perlu repeat semula subjek berkenaan sehinggalah lulus. Tak lulus juga, kemungkinan akan terpaksa extend semester. Orang lain tamat pengajian tepat pada waktu, tetapi korang terpaksa tambah semester sebab banyak subjek yang perlu ulang semula. Puncanya malas bangun pagi. Tak ke membuang masa dan duit?. Ingat extend semester tu tak pakai duit ke?. Perlu bayar yuran okay!. Pinjaman pendidikan dah tamat, siapa yang hendak sponsor korang?.

 

# Malas buat assignment

Kalau dulu korang malas buat kerja sekolah, paling teruk akan didenda oleh cikgu tetapi di IPT pensyarah takkan peduli. Kalau korang tak selesaikan tugasan yang diberi, pensyarah takkan teragak-agak untuk gagalkan korang. Jadi, janganlah dibawa sekali perangai tak semegah tu ke IPT sebab korang sendiri yang akan menanggung akibatnya. Untuk pengetahuan korang, assignment yang dikenali juga sebagai kerja kursus subjek nanti biasanya pembahagian markah keseluruhan (60% peperiksaan, 40% assignment) atau (50% peperiksaan, 50% assignment) atau (40% peperiksaan, 60% assignment).  Markah lulus 50% gred C. Kalau C- dah gagal ye. 

 

via GIPHY

 

Pembahagian markah tersebut sebenarnya bergantung kepada pensyarah masing-masing. Setiap subjek, pembahagian markah adalah berbeza. Kalau pun pecahan markah 60% peperiksaan dan 40% assignment, korang yakin ke akan lulus dan dapat markah 50/60%?. Ditambah pula tiada markah assignment, lagilah pensyarah akan menyampah dan bagi sahaja korang gagal. Keputusan gagal atau lulus terletak pada pensyarah. Korang ingat, pensyarah nak bagi lulus kalau malas buat assignment dan bergantung kepada peperiksaan sahaja?. Never happened!.

 

#Suka meniru

Pernah dengar ayat plagiarism?. Untuk jadi ahli akademik musuh utama adalah plagiarism atau mudahnya meniru jawapan atau hasil kerja orang lain dan kononnya itu hasil kerja korang. Kalau di IPT, pensyarah akan gelar golongan ini "kepala tergeliat". Relevan gelaran itu diberi, contohnya hendak meniru dalam peperiksaan perlu senget kepala sedikit jika meniru orang di sebelah dan kalau orang di depan panjangkan leher sampai tergeliat leher tu. 

 

via GIPHY

 

Isu plagiarism bukanlah perkara luar biasa sebab di peringkat ahli akademik atasan pun ada sahaja sijil doktor falsafah (PhD) mereka ditarik balik sebab meniru hasil kerja orang lain. Meniru itu bukan tidak boleh, tetapi perlu berikan kredit kepada pihak yang mengeluarkan kenyataan tersebut. Biasanya plagiarism ini berlaku ketika korang menyiapkan assignments yang diberikan. Pelajar yang malas akan meniru hasil assignments senior atau tiru di internet dan paling teruk meniru rakan mereka. Ayat yang sama. Copy and paste sahaja. 

 

Jadi, kalau korang suka meniru kerja sekolah kawan korang sebelum ini, bawa-bawalah insafkan diri. Jangan dibawa perangai yang sama sebabnya korang akan diminta untuk meninggalkan dewan peperiksaan jika meniru semasa peperiksaan. Kalau meniru dalam assignments, pensyarah akan gagalkan korang. Kalau ada pensyarah yang baik hati, mereka akan minta korang buat semula assignment tersebut dalam tempoh yang singkat. Kalau tidak, markah kosong akan diberikan dan kemungkinan semester depan jumpa pensyarah yang sama lagi. Korang ingat kalau katakan korang buat sehabis baik sekalipun, pensyarah yang sama akan percaya anda tidak menipu lagi?. 

 

Akhir kata, kami harapkan perkongsian ini akan menimbulkan kesedaran untuk memperbaiki diri dan mengambil tahu perkara-perkara yang boleh menyebabkan korang gagal di IPT kelak. Semoga perkongsian ini membantu. Disamping itu, korang juga boleh rujuk artikel : Tip persediaan masuk ke universiti yang wajib anda tahu. Perkongsian lain berkaitan halatuju pendidikan, boleh layari laman rasmi afterschool bahagian berita dengan klik pautan berikut : INFO TERKINI HALATUJU PENDIDIKAN AFTERSCHOOL. Boleh semak artikel-artikel berguna yang telah kami kongsikan. 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail