Semak Kos Yuran Pengajian Terkini Untuk Semua Kursus Popular di IPTA & IPTS

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada May 14, 2020, 08:31 am

Ramai ibu bapa yang terkesan terutamanya dari segi ekonomi akibat daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak COVID -19. Gaji dipotong, diminta bercuti tanpa gaji dan paling menyedihkan diberhentikan kerja. Nak menyalahkan sesiapa pun tidak boleh sebab semua orang terkesan dan mempunyai bebanan masing-masing sama ada pekerja mahu pun majikan. 

 

Di Malaysia, data terkini seramai 1,169 kematian telah direkodkan manakala seluruh dunia 362,024 kematian. Menurut World Health Organization (WHO), 'Coronavirus new reality, we'll have to learn to live with it'. Walau sesukar mana sekalipun, hidup perlu diteruskan dan selagi belum ada vaksin ditemui, kita perlu belajar hidup dalam norma baru. Wabak ini jelas memberi kesan bukan sahaja kepada ekonomi tetapi sosial termasuklah bidang pendidikan. Pendidikan tetap perlu diutamakan, dan tidak boleh dipandang sambil lewa sahaja. Adalah menjadi satu kemestian untuk pelajar sambung belajar demi masa depan mereka. Jangan tunggu habis wabak baru hendak memohon, masa itu kemungkinan sijil akademik pun sudah tidak laku. Sambung belajar adalah kemestian. 

 

 

Memandangkan kewangan yang menjadi masalah kebanyakan ibu bapa dan pelajar, menerusi artikel ini kami kongsikan senarai terkini yuran pengajian yang diletakkan oleh IPTA/IPTS di negara ini. Dengan perkongsian ini dapat membantu anda membandingkan yuran pengajian selain kualiti pembelajaran yang ditawarkan di setiap IPTA/IPTS. Kebanyakan IPTS juga telah menurunkan kos yuran pengajian selain diskaun kepada pelajar bagi memastikan semua mampu dan tidak tercicir. Untuk semakan, mudah shaja anda boleh klik pada link berikut : 

 

Semakan mengikut senarai universiti, klik : https://afterschool.my/institution, kemudian rujuk di bahagian courses & fees. Klik kursus pengajian yang diminati untuk semak info lengkap lain sepeti tempoh pengajian, mod pengajian dan tarikh pengambilan. Berikut adalah contoh senarai kursus pengajian dan yuran di UTP.

 

 

Bagi anda yang ingin menyemak mengikut senarai bidang pengajian, boleh klik link halaman utama berikut : https://afterschool.my/ dan rujuk pada ' browse courses by category'. Klik setiap kursus pengajian untuk menyemak info penuh dan universiti yang menawarkannya. 

 

 

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu memudahkan anda membuat semakan seterusnya memilih universiti dan kursus pengajian yang terbaik. Semoga berjaya!. Selain itu, anda boleh juga buat semakan beberapa artikel berkaitan lain yang dapat membantu anda kelak.

 

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail