Afterschool
June 14, 2021
Contoh soalan Medsi berserta jawapan. Ujian Inventori Pemilihan Pendidik Malaysia [Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI)] ialah suatu ujian pemilihan untuk kemasukan ke Program Pengajian Pendidikan Lepasan STPM/Setaraf di Institut Pengajian Tinggi Awam. Soalan dalam ujian medsi ini adalah berbentuk psikometrik.
Walaupun tahun ini ujian medsi diadakan secara online tetapi, bentuk soalan sama sahaja. Jadi, anda boleh tetap merujuk kepada contoh soalan ujian medsi yang kami kongsikan sebelum ini. Rujuk artikel dibawah untuk dapatkan tip ujian medsi dan info penting temuduga sekiranya berjaya lulus dalam ujian medsi online kelak.
Jumlah soalan yang wajib dijawab oleh calon adalah sebanyak 300 soalan dalam masa 1 jam. Format soalan terbahagi kepada 4 bahagian berikut :
Contoh soalan ujian MEDSI mengikut bahagian adalah seperti berikut :
SOALAN PERSONALITI
SOALAN MINAT KERJAYA
SOALAN NILAI INTEGRITI
KECERDASAN EMOSI
Untuk anda yang mahukan tip menjawab soalan ujian medsi, tiada tip kerana ianya bergantung kepada personaliti anda sendiri. Menerusi ujian medsi inilah mereka akan membuat penilaian sebelum dipanggil ke temuduga iaitu saringan terakhir sebelum diputuskan layak atau sebaliknya ke kursus pendidikan berkenaan. Ingat keputusan yang cemerlang bukanlah jaminan anda akan melepasi saringan ujian MEDSI dan TEMUDUGA kelak. Untuk ketahui tip temuduga program pengajian kelak, KLIK pada pautan berkaitan dibawah. Semoga berjaya kepada anda, kalau sudah rezeki tentu sahaja tidak akan salah alamat!
ARTIKEL BERKAITAN
© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.