Program 2u2i/3uli yang Ditawarkan oleh UPU Hasil Kolaborasi Pihak Universiti & Industri Bakal Menjanjikan Peluang Pekerjaan kepada Graduan

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jul 05, 2022, 11:55 am

Dalam permohonan UPUonline, adakah anda perasan mengenai program 2u2i dan 3uli. 2u2i adalah program pembelajaran berasaskan pekerjaan yang memberi pendedahan industri kepada pelajar di sepanjang pengajian mereka. Pelajar akan menghabiskan tempoh dua (2) tahun di Universiti dengan memberi tumpuan kepada aspek-aspek teori dan dua (2) tahun di industri bagi menimba pengalaman pembelajaran terus daripada industri. Manakala program 3uli pula, pelajar akan mengikuti pengajian di kampus selama 3 tahun dan 1 tahun di industri. 2u2i/3uli ini merupakan inisiatif di bawah Lonjakan 1 (Graduan Holistik, Berciri Keusahawanan dan Seimbang) dan Lonjakan 7 (Ekosistem Inovasi) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).  

 

 

Pendedahan kepada amalan industri merangkumi penggabungan syarikat dan permulaan syarikat yang boleh membantu pelajar untuk terus beroperasi selepas mereka menamatkan pengajian. Program 2u2i/3uli ini dilaksanakan bertujuan untuk memupuk semangat keusahawanan melalui kerjasama akademik dan industri dengan pendekatan penyampaian secara Work-based Learning.

 

Pihak industri turut terlibat dalam reka bentuk kurikulum bagi memastikan jenis kursus yang ditawarkan, kaedah penyampaian serta pembelajaran yang relevan dan sesuai dengan industri yang akan diceburi oleh pelajar selepas bergraduat kelak. Jadi kursus yang ditawarkan di bawah program ini sememangnya menjadi rebutan para pemohon pada permohonan UPU kali ini. Berikut kami kongsikan 22 buah program pengajian yang ditawarkan dibawah kedua-dua program ini :

 

 

 

 

Jadi kepada anda yang inginkan peluang pekerjaan yang mudah selepas tamat pengajian, mahu menimba pengalaman dalam industri semasa dalam pengajian. Dinasihatkan untuk memohon program pengajian yang disenaraikan. Program yang ditawarkan hanyalah untuk peringkat pengajian ijazah sarjana muda sahaja. 

 

Bagi lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi pemilihan program pengajian hanya boleh dibuat mulai 8 Februari sahaja. Jika program diatas tidak ada dalam senarai pilihan semasa anda membuat permohonan, bermaksud anda TIDAK LAYAK untuk memohon kerana senarai program pengajian yang terpapar mengikut kelayakan akademik anda sahaja. Untuk info lanjut mengenai program ini, anda boleh klik pada pautan berikut : http://2u2i.mohe.gov.my/. 

SEMOGA BERJAYA KAMI UCAPKAN!

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail