Ketahui Cara Menjadi Guru di Sekolah Rendah Selepas SPM

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Mar 10, 2018, 10:58 am

Kepada anda lepasan SPM yang berminat untuk menjadi guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka tawaran untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2019 di Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia. Setiap tahun, sistem permohonan dibuka sebaik sahaja keputusan SPM diumumkan iaitu sekitar bulan Mac. Tahun ini sistem permohonan akan dibuka pada 19 Mac 2019. 

 

Berikut dikongsikan syarat-syarat dan kelayakan asas permohonan ke IPG:

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2019.
  • Sihat tubuh badan dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mendapat gred cemerlang (gred A) dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian (gred B) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
  • Lulus Bahasa Inggeris.
  • Memenuhi syarat bidang pengkhususan 

 

Sekiranya berjaya ditawarkan ke program ini kelak, anda akan mengikuti pengajian selama 5 tahun iaitu 1 tahun untuk Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) dan 4 tahun untuk PISMP. Sebaik sahaja tamat pengajian, anda akan ditempatkan mengajar di sekolah rendah. Semua graduan PISMP dijamin pekerjaan, tidak seperti majoriti kursus ijazah pendidikan di universiti awam yang berstatus "open market". Open market bermaksud 'tiada jaminan pekerjaan selepas tamat pengajian'. 

 

Jadi, sekiranya anda memang berminat menjadi guru, silalah penuhi impian itu dengan memohon ke IPG TETAPI jika ingin menjadi guru di sekolah menengah, anda tiada pilihan melainkan memohon ijazah pendidikan di mana-mana universiti awam selepas tamat pengajian pra universiti (matrikulasi, diploma, stpm, asasi). Pastikan ijazah pendidikan tersebut BUKAN berstatus open market. Jika tidak, sukar untuk anda mendapat pekerjaan sebaik sahaja tamat pengajian. 

 

Berikut juga dikongsikan senarai lengkap syarat khusus mengikut bidang Pengkhususan (pemohon wajib memenuhi syarat am diatas dan syarat khas mengikut pilihan bidang pengkhususan masing-masing seeprti dibawah) :

 

BAHASA CINA (SJKC)
BAHASA CINA :
A-
BAHASA CINA (SK)
BAHASA CINA :
A-
BAHASA IBAN (SK)
BAHASA IBAN :
C
BAHASA INGGERIS (SJKC)
BAHASA INGGERIS :
A
BAHASA CINA :
C
BAHASA INGGERIS (SJKT)
BAHASA INGGERIS :
A
BAHASA TAMIL :
C
BAHASA INGGERIS (SK)
BAHASA INGGERIS :
A
BAHASA KADAZAN DUSUN (SK)
BAHASA KADAZANDUSUN :
C
BAHASA MELAYU (SJKC)
BAHASA MELAYU :
A-
BAHASA CINA :
C
BAHASA MELAYU (SJKT)
BAHASA MELAYU :
A-
BAHASA TAMIL :
C
BAHASA MELAYU (SK)
BAHASA MELAYU :
A-
BAHASA TAMIL (SJKT)
BAHASA TAMIL :
A-
BAHASA TAMIL (SK)
BAHASA TAMIL :
A-
BIMBINGAN DAN KAUNSELING (SJKT)
BAHASA TAMIL :
C
BIMBINGAN DAN KAUNSELING (SJKC)
BAHASA CINA :
C
BIMBINGAN DAN KAUNSELING (SK)
BAHASA MELAYU :
A-
MATEMATIK (SJKT)
MATEMATIK :
A-
MATEMATIK TAMBAHAN :
A-
BAHASA INGGERIS :
C
BAHASA TAMIL :
C
MATEMATIK (SJKC)
MATEMATIK :
A-
MATEMATIK TAMBAHAN :
A-
BAHASA INGGERIS :
C
BAHASA CINA :
C
MATEMATIK (SK)
MATEMATIK :
A-
MATEMATIK TAMBAHAN :
A-
BAHASA INGGERIS :
C
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SJKT)
BAHASA TAMIL :
C
BAHASA INGGERIS :
C
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SJKC)
BAHASA CINA :
C
BAHASA INGGERIS :
C
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SK)
BAHASA MELAYU :
A-
BAHASA INGGERIS :
C
PENDIDIKAN ISLAM (SK/SJKC/SJKT)
BAHASA ARAB :
B
PENDIDIKAN AL-QURAN & AS-SUNNAH :
A-
PENDIDIKAN SYARIAH ISLAM :
A-
PENDIDIKAN JASMANI (SJKT)
Mana-mana (1) matapelajaran berikut:
BAHASA TAMIL :
C
BIOLOGI :
A-
PENGETAHUAN SAINS SUKAN :
A-
SAINS :
A-
SAINS TAMBAHAN :
A-
PENDIDIKAN JASMANI (SJKC)
Mana-mana (1) matapelajaran berikut:
BAHASA CINA :
C
BIOLOGI :
A-
PENGETAHUAN SAINS SUKAN :
A-
SAINS :
A-
SAINS TAMBAHAN :
A-
PENDIDIKAN JASMANI (SK)
Mana-mana (1) matapelajaran berikut:
BAHASA MELAYU :
A-
SAINS TAMBAHAN :
A-
SAINS :
A-
PENGETAHUAN SAINS SUKAN :
A-
BIOLOGI :
A-
PENDIDIKAN KHAS (SJKT)
Mana-mana (1) matapelajaran berikut:
BAHASA TAMIL :
C
MATEMATIK :
A-
BIOLOGI :
A-
FIZIK :
A-
KIMIA :
A-
SAINS :
A-
SAINS TAMBAHAN :
A-
PENDIDIKAN KHAS (SJKC)
Mana-mana (1) matapelajaran berikut:
BAHASA CINA :
C
MATEMATIK :
A-
BIOLOGI :
A-
FIZIK :
A-
KIMIA :
A-
SAINS :
A-
SAINS TAMBAHAN :
A-
PENDIDIKAN KHAS (SK)
Mana-mana (1) matapelajaran berikut:
MATEMATIK :
A-
BIOLOGI :
A-
FIZIK :
A-
KIMIA :
A-
SAINS :
A-
SAINS TAMBAHAN :
A-
PENDIDIKAN MUZIK (SJKT)
BAHASA TAMIL :
C
PENDIDIKAN SENI VISUAL :
B
PENDIDIKAN MUZIK (SJKC)
BAHASA CINA :
C
PENDIDIKAN SENI VISUAL :
B
PENDIDIKAN MUZIK (SK)
BAHASA MELAYU :
A-
PENDIDIKAN SENI VISUAL :
B
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SJKT)
Mana-mana (1) matapelajaran berikut:
BAHASA TAMIL :
C
AKUAKULTUR DAN HAIWAN REKREASI :
A-
EKONOMI ASAS :
A-
EKONOMI RUMAH TANGGA :
A-
KATERING & PENYAJIAN :
A-
LANDSKAP & NURSERI :
A-
LUKISAN KEJURUTERAAN :
A-
PENDAWAIAN DOMESTIK :
A-
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM :
A-
PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK :
A-
PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL :
A-
PENGAJIAN KEUSAHAWANAN :
A-
PERDAGANGAN :
A-
PRINSIP PERAKAUNAN :
A-
REKA CIPTA :
A-
REKAAN & JAHITAN PAKAIAN :
A-
SAINS PERTANIAN :
A-
TANAMAN MAKANAN :
A-
TEKNOLOGI KEJURUTERAAN :
A-
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SJKC)
Mana-mana (1) matapelajaran berikut:
BAHASA CINA :
C
AKUAKULTUR DAN HAIWAN REKREASI :
A-
EKONOMI ASAS :
A-
EKONOMI RUMAH TANGGA :
A-
KATERING & PENYAJIAN :
A-
LANDSKAP & NURSERI :
A-
LUKISAN KEJURUTERAAN :
A-
PENDAWAIAN DOMESTIK :
A-
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM :
A-
PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK :
A-
PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL :
A-
PENGAJIAN KEUSAHAWANAN :
A-
PERDAGANGAN :
A-
PRINSIP PERAKAUNAN :
A-
REKA CIPTA :
A-
REKAAN & JAHITAN PAKAIAN :
A-
SAINS PERTANIAN :
A-
TANAMAN MAKANAN :
A-
TEKNOLOGI KEJURUTERAAN :
A-
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SK)
Mana-mana (1) matapelajaran berikut:
AKUAKULTUR DAN HAIWAN REKREASI :
A-
EKONOMI ASAS :
A-
EKONOMI RUMAH TANGGA :
A-
KATERING & PENYAJIAN :
A-
LANDSKAP & NURSERI :
A-
LUKISAN KEJURUTERAAN :
A-
PENDAWAIAN DOMESTIK :
A-
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM :
A-
PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK :
A-
PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL :
A-
PENGAJIAN KEUSAHAWANAN :
A-
PERDAGANGAN :
A-
PRINSIP PERAKAUNAN :
A-
REKA CIPTA :
A-
REKAAN & JAHITAN PAKAIAN :
A-
SAINS PERTANIAN :
A-
TANAMAN MAKANAN :
A-
TEKNOLOGI KEJURUTERAAN :
A-
SAINS (SJKT)
Mana-mana (2) matapelajaran berikut:
BAHASA TAMIL :
C
BAHASA INGGERIS :
C
BIOLOGI :
A-
FIZIK :
A-
KIMIA :
A-
SAINS (SJKC)
Mana-mana (2) matapelajaran berikut:
BAHASA CINA :
C
BAHASA INGGERIS :
C
BIOLOGI :
A-
FIZIK :
A-
KIMIA :
A-
SAINS (SK)
Mana-mana (2) matapelajaran berikut:
BAHASA INGGERIS :
C
BIOLOGI :
A-
FIZIK :
A-
KIMIA :
A-
SEJARAH (SJKC)
SEJARAH :
A-
BAHASA CINA :
C
SEJARAH (SJKT)
SEJARAH :
A-
BAHASA TAMIL :
C
SEJARAH (SK)
SEJARAH :
A-

 

Nota :

 

  • Bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan guru daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) KPM.
  • Calon yang memohon bidang Bahasa Inggeris, Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab MESTI MENDUDUKI DAN LULUS UJIAN AMALI bagi bidang pengkhususan tersebut.

 

Kepada yang berminat untuk mengemukakan permohonan, boleh KLIK DISINIuntuk terus ke laman permohonan. Jika anda ingin mengetahui 9 laluan lagi untuk menjadi guru selain laluan IPG dan artikel lain mengenai IPG, boleh klik artikel perkongsian berikut :

 

ARTIKEL BERKAITAN

 

Semoga berjaya!

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail