Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 14, 2021, 06:42 am
Kepada yang menanti panduan permohonan UPU, berikut kami kongsikan panduan mendaftar kali pertama dan memohon kali pertama. Untuk tahun ini anda tidak perlukan nombor Unik ID BSN. Permohonan terus secara PERCUMA.
PERMOHONAN DAFTAR KALI PERTAMA (DAFTAR AKAUN BARU)
Pemohon dikehendaki Daftar Kali Pertama bagi mengakses UPUOnline untuk permohonan kemasukan ke UA/ Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA. Pemohon wajib memasukkan enam (6) item berikut untuk membuat Daftar Kali Pertama :
LOG MASUK
Jika mahu memohon, pemohon wajib memasukkan mengisi 3 item untuk log masuk ke sistem permohonan UPU :
KATEGORI SPM/SETARAF
KATEGORI STPM/SETARAF
PERHATIAN : Untuk lepasan STAM tahun semasa (Tahun 2019 dan 2020) permohonan dibawah kategori T, Manakala bagi STPM (bukan tahun semasa), Matrikulasi KPM (bukan tahun semasa), STAM (Dua tahun sebelum tahun semasa), permohonan adalah dibawah LEPASAN STPM/SETARAF, KELAYAKAN SETARAF, KATEGORI F.
Sekiranya anda telah mendaftar dan ingin membuat kemaskini dan semakan, anda boleh login dengan hanya menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah dimasukkan semasa Daftar Kali Pertama dibuat. Untuk panduan lengkap permohonan sila klik senarai dibawah mengikut kategori permohonan.
LANGKAH PERMOHONAN SPM/SETARAF
LANGKAH PERMOHONAN STPM/SETARAF, MATRIKULASI KPM/ PASUM/ ASASI UiTM
Suka juga diingatkan, kepada lepasan SPM/Setaraf, sebaik sahaja keputusan SPM diumumkan pilihan program pengajian akan dibuka 5 HARI SELEPAS KEPUTUSAN DIUMUMKAN. Anda boleh memilih kursus pengajian bersesuaian dengan kelayakan akademik yang diperolehi. Hanya program pengajian yang sesuai dengan kelayakan akademik yang dimasukkan sahaja yang akan terpapar dalam senarai pilihan.
Untuk lepasan STPM/STAM/Matrikulasi/Asasi pula, anda boleh membuat pendaftaran dan permohonan kali pertama tetapi pemilihan program pengajian DIBUKA SELEPAS 5 HARI KEPUTUSAN SPM DIUMUMKAN. Hanya program pengajian yang sesuai dengan kelayakan akademik yang dimasukkan sahaja yang akan terpapar dalam senarai pilihan. Sekiranya, program pengajian yang ingin dipohon tiada dalam senarai, bermakna anda tidak layak memohon. Semoga berjaya!.
Perlukan
bantuan?