Cara Semak Keputusan UPU bagi Lepasan STPM/Setaraf

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jul 05, 2022, 12:33 pm

Keputusan UPU Online bagi permohonan kemasukan ke peringkat ijazah sarjana muda dijangka bakal diumumkan pada 15 September 2021 Sudahkah anda bersedia?. 

Bagi memudahkan anda membuat semakan keputusan kelak selain mengelakkan masalah aliran trafik yang tinggi ke laman web rasmi UPU, anda juga boleh menyemak keputusan di pautan selain UPU Online dan semakan melalui SMS. Tempoh terima tawaran adalah 7 hari sahaja bermula16 sehingga 25 September 2021

1) Semakan boleh dibuat melalui :

2) Semakan melalui aplikasi UPUPocket. Boleh dimuat turun di Play Store & App Store.

Sila layari laman web rasmi UPU : https://upu.mohe.gov.my/ 

Bagaimana sekiranya anda gagal dalam permohonan UPU Online ini?. Adakah masih ada harapan untuk mengemukakan permohonan rayuan?. Berikut adalah jawapannya.

 

 

Kenyataan UPU Online diatas bermaksud, anda hanya akan ditawarkan ke program pengajian pilihan sahaja. Sekiranya tidak berjaya, anda boleh mengemukakan permohonan rayuan FASA 1. Program pengajian yang ditawarkan dalam FASA RAYUAN bergantung kepada kelayakan dan kekosongan tempat sahaja. Kalau berjaya dalam permohonan RAYUAN FASA 1 ini, anda akan masuk mendaftar bersama-sama dengan pemohon yang berjaya ambilan pertama. 

Jika GAGAL dalam rayuan FASA 1 bagaimana?. Jika gagal, pemohon secara automatik dikira membuat rayuan UPU Online untuk FASA 2. Fasa 2 rayuan ini, pemohon tidak boleh lagi memilih program pengajian pilihan. Tawaran adalah berdasarkan kelayakan dan kekosongan tempat yang masih ada. Kepada anda yang ingin membuat permohonan RAYUAN UPU Online, boleh klik pada link berikut : https://online.moe.gov.my/upu/rayuan. Untuk info lain berkaitan panduan permohonan rayuan UPU Online dan tip penting lain sebagai persediaan kelak, rujuk senarai artikel dibawah :

SEMOGA PERKONGSIAN INI MEMBANTU ANDA. 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail