Ramai Graduan Menyesal Sambung Belajar dalam Bidang Berkaitan Penerbangan. Ketahui Kerjaya & Tangga Gaji yang Ditawarkan!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Mar 26, 2020, 03:17 am

799,000 pekerja baru diperlukan dalam bidang penerbangan tetapi dalam banyak-banyak kerjaya dalam bidang penerbangan, kerjaya manakah yang akan sangat diperlukan oleh syarikat-syarikat penerbangan. Menerusi artikel ini kami kongsikan kerjaya sebagai seorang jurutera penyelenggaraan kapal terbang berserta gaji yang ditawarkan. 

 

 

Bidang Kerja Jurutera Penyelenggaraan Pesawat

Jurutera penyelenggaraan pesawat (AME) melakukan kerja mekanikal antaranya membantu dalam pembaikan, penyelenggaraan, pembinaan semula, dan servis pesawat. Tugas tetap bagi jurutera penyelenggaraan pesawat termasuk melaksanakan program penyelenggaraan dan overhaul pesawat harian, memeriksa keadaan pelbagai pesawat dan enjin, dan menyelesaikan pembaikan dan penggantian mengikut prosedur penyelenggaraan yang diluluskan oleh organisasi seterusnya memastikan pesawat dalam keadaan yang baik dan selamat sebelum boleh diterbangkan. 

Jadi, kerjaya ini sememangnya mendapat permintaan yang tinggi selain menawarkan gaji yang lumayan. Kalau korang nak jadi jurutera penyelenggaraan pesawat, mesti mempunyai pengetahuan yang luas tentang prosedur penyelenggaraan pesawat dan sistem pemeriksaan, serta bahan / bahagian pesawat dan peraturan yang ditetapkan. Selain itu, mesti juga boleh memilih atau merekodkan data untuk pesawat udara dan berpengetahuan tentang alat pengukur dan peralatan ujian. Pengetahuan mengenai langkah keselamatan dan pencegahan kebakaran juga sangatlah penting.

 

Kelayakan yang Diperlukan 

Bagi melayakkan seseorang bergelar Jurutera penyelenggaraan pesawat, korang wajib mempunyai lesen jurutera penyelenggaraan pesawat, serta beberapa tahun pengalaman/latihan berkaitan bidang kerja sebagai mekanik udara. Lagi lama pengalaman yang diperolehi dan kemahiran yang dimiliki, semakin tinggi gaji yang akan ditawarkan. 

 

Tangga Gaji Jurutera Penyelenggaran Pesawat

Berikut dikongsikan tangga gaji di Malaysia mengikut pengalaman yang dimiliki. Untuk makluman, jika korang mempunyai kelayakan dan lesen penyelenggaraan pesawat dari universiti dan badan luar negara, tangga gaji juga akan lebih lumayan. Korang juga berpeluang untuk memohon dan ditawarkan pekerjaan di luar negara, dimana gajinya akan lebih tinggi. Jadi sangat digalakkan sambung belajar di universiti yang menawarkan pengiktirafan dan lesen penyelenggaraan daripada luar negara. 

 

 

 

Halatuju Pengajian dalam Bidang Penyelenggaran Pesawat Selepas SPM

Selepas SPM, boleh terus lanjutkan pengajian dalam bidang ini. Tak perlu buang masa belajar dalam bidang lain. Korang boleh terus mohon belajar diploma dalam bidang Penyelenggaraan Pesawat dimana-mana institusi pengajian yang diiktiraf oleh pihak CAMM (Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia) yang dulunya dikenali sebagai DCA. Semua kursus berkaitan penerbangan WAJIB memperolehi pengiktirafan daripada CAMM.

 

Antara institusi yang terbaik dari segi pengiktirafan dalam dan luar negara, kepakaran tenaga pengajar, kemudahan pembelajaran, teknologi dan pendedahan kepada bidang penerbangan ini secara langsung adalah Nilai University. Program diploma yang ditawarkan mereka menggabungkan sukatan pelajaran dari Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah * (EASA), sekaligus membantu korang untuk menduduki peperiksaan bagi mendapatkan lesen Bahagian B1 (Aircraft Maintenance Engineer – Mechanical) atau B2 (Aircraft Maintenance Engineer – Avionics) EAS Bahagian 66. Dengan lesen yang diperolehi, boleh meningkatkan peluang pekerjaan bukan sahaja di dalam malah luar negara. 

 

 

Kepada yang berminat boleh terus mohon ke kursus diploma yang ditawarkan oleh mereka. Syarat kelayakan boleh KLIK DISINI, sekiranya korang memenuhi syarat kelayakan yang diletakkan, boleh klik 'Apply Online'. Pengambilan pelajar dibuka setiap tahun dengan tiga (3) kali pengambilan iaitu bulan Januari, Jun dan Oktober.  

 

 

Tamat diploma, korang digalakkan lagi untuk upgrade diri ke peringkat pengajian diploma lanjutan di universiti yang sama. Diploma lanjutan ini bersamaan dengan program pengajian di peringkat Ijazah (degree). Tamat Program Diploma Lanjutan, akan dianugerahkan ijazah BEng (Hons) dalam Kejuruteraan Pesawat Udara dari universiti luar negara Kingston University, London, bersama Diploma Lanjutan Universiti Nilai Teknologi Kejuruteraan Pesawat Udara. Peluang pekerjaan juga sangatlah luas. Apa yang penting kutip ilmu dengan sebaiknya. 

 

Akhir kata, pilihlah kursus pengajian yang mempunyai kemahiran dan value di pasaran kerja kelak. Jangan terlalu taksub dengan gahnya nama universiti akhirnya menyesal di kemudian hari. Diharapkan perkongsian ini membantu korang membuat pilihan kursus pengajian yang tepat. Semoga berjaya!. 

 

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail