Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jul 14, 2020, 10:07 am
Laporan oleh syarikat penilaian kebolehpasaran di beberapa negara di Asia mendapati lebih 80 % graduan bidang kejuruteraan tidak mempunyai kemahiran teknologi baharu yang diperlukan oleh majikan. Perkara ini turut sama berlaku di Malaysia. Tidak kira apa bidang kemahiran pun, graduan sukar mendapatkan pekerjaan. Kenapa sukar sedangkan ada kemahiran?. Statistik yang dikeluarkan oleh kementerian berkenaan menyatakan lebih 50,000 graduan gagal dalam persaingan kebolehpasaran mendapatkan pekerjaan. Lepasan-lepasan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam bidang profesional seperti kejuruteraan ‘terpaksa’ bekerja dalam bidang lain untuk meneruskan kelangsungan hidup sebaik sahaja menamatkan pengajian. Berikut adalah antara PUNCA yang menyebabkan graduan bidang kejuruteraan ini menganggur.
Kursus Kejuruteraan Tidak relevan dengan Permintaan Semasa
Laporan menyatakan bahawa hanya 3 peratus daripada jurutera mempunyai kemahiran teknologi baru seperti artificial intelligence, machine learning, data science dan mobile development. Bermakna, hanya 1.7 peratus daripada jurutera mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk bekerja dalam pekerjaan baru. Ini bermaksud 97% graduan mengambil kursus kejuruteraan yang tidak mempunyai permintaan tinggi dalam pasaran atau bidang kejuruteraan itu sudah terlalu ramai graduan sehingga wujudnya persaingan yang tinggi. Apabila wujudnya persaingan tinggi, tidak hairanlah ramai yang menganggur. Kekosongan itu telah pun diisi.
Bagaimana korang yang berminat dalam bidang kejuruteraan boleh mengelakkan diri daripada masalah ini?. Caranya adalah dengan memohon ke kursus yang relevan dengan permintaan semasa sesuai dengan perkembangan teknologi dunia hari ini. Tip hendak tahu kursus kejuruteraan apa yang tengah hangat di pasaran, semak kursus yang ditawarkan di IPTS. Untuk makluman, IPTS hanya tawarkan kursus yang menjanjikan peluang pekerjaan sahaja kerana mereka perlu memastikan kadar kebolehpasaran graduan adalah tinggi. Ini kerana, dengan kadar yang tinggi tersebut, dapat menyakinkan ibu bapa dan pelajar memilih IPTS mereka. Antara universiti yang korang boleh semak, adalah IUKL. Ini kerana, mereka adalah universiti berfokus dalam bidang teknikal termasuk kejuruteraan. Untuk semak kursus pengajian, syarat kelayakan dan sebagainya KLIK DISINI.
Kalau di IPTA, semua kursus ditawarkan dan IPTA tidak perlu bersusah payah mencari pelajar. Pelajar yang memohon secara membuta tuli sehingga tidak tahu apakah kursus yang relevan dan memenuhi keperluan semasa dunia pekerjaan harini. Akhirnya menganggur. Jika menganggur pun, ianya tidak menjejaskan IPTA tersebut. Pelajar lain masih mohon seperti biasa, korang yang menganggur tu pandai-pandailah nak hidup.
Pelajar Tidak Menjalani Latihan Industri
Kejuruteraan adalah bidang teknikal bukan bergantung kepada teori semata-mata. Berdasarkan laporan tersebut, hanya 40 peratus siswazah kejuruteraan menjalani latihan industri, sementara terdapat hanya 7 peratus yang melakukan pelbagai latihan lain (mungkin tesis, latihan sebagai pembantu pensyarah dan sebagainya). Mana-mana pelajar yang memilih untuk tidak menjalani latihan industri di industri pekerjaan sebenar, mungkin disebabkan takut markah rendah, takut disuruh kerja tengah panas jangan sesekali menyesal. Itu adalah salah korang sendiri kerana mengambil mudah dan ingin lulus latihan industri tanpa memikirkan kesannya.
Tujuan latihan industri adalah untuk mendedahkan korang dengan pengalaman sebenar dunia pekerjaan. Ilmu yang korang belajar secara teori perlu dibuktikan dan dipraktikkan. Selain ilmu dalam bidang tersebut, kemahiran lain akan turut dipelajari seperti kemahiran bekerja dalam satu pasukan (korang tak boleh bina bangunan seorang diri), mendengar arahan, menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan banyak lagi. Jika korang menunjukkan prestasi yang cemerlang, pasti akan ditawarkan kerja lepas tamat latihan. Inilah peluang yang ditunggu-tunggu. Jangan sia-siakan peluang ini. Kalau sudah tamat belajar, pergi mohon kerja di syarikat besar, mereka takkan ambil korang pekerjaan sebab tiada pengalaman langsung. Kerja pun belum terbukti boleh dilakukan dengan baik atau sebaliknya. Ingat syarikat-syarikat besar akan tawarkan korang kerja?. Jadi ambil peluang untuk mohon latihan industri di syarikat-syarikat besar. Barulah peluang kerja pun terbuka luas. Itu pun kena ajar ke?. Baca artikel perkongsikan kami berkaitan latihan industri : Latihan Industri, Syarikat Swasta atau Organisasi Kerajaan Lebih Baik?.
Silibus Universiti yang Kurang Projek Luar
Selain daripada kekurangan latihan, jurutera juga mempunyai kebolehpasaran yang rendah kerana hanya 36 % melakukan projek di luar kurikulum. Ini menyebabkan, mereka tidak selalu membina kemahiran untuk menyelesaikan masalah dalam pelbagai situasi. Ilmu kejuruteraan kuncinya adalah menyelesaikan masalah, kalau silibus kursus pun tak mencabar dan mengikut perkembangan semasa memang sukar graduan nak ditawarkan kerja. Pelajar perlu didedahkan dengan projek luar, barulah otak mereka berkembang. Daya penyelesaian masalah pun tinggi. Ini kalau dunia luar pun tak tahu, macam mana nak mintak kerja?. Asyik terperuk dalam dewan kuliah, pensyarah pula malas, mengajar ikut silibus lama. Janji duit masuk kan?. Inilah puncanya kenapa graduan IPTA menganggur berbanding IPTS. Boleh baca artikel kami : Kenapa Graduan Universiti Awam Sukar Dapat Kerja Berbanding IPTS?
Sebab itu, kami tekankan pilih ke IPTS, alasan yuran mahal tu tidak boleh diterima lagi sebab kebanyakan IPTS ada biasiswa khas yang ditawarkan kepada pelajar mereka (kalau IPTA biasiswa tak ditawarkan oleh universiti tetapi pihak luar, itu pun belum tentu dapat) dan paling penting dijamin kerja. Baik bayar mahal dapat kerja, daripada bayar murah menganggur. Rugi juga duit, yang dilabur tak menampakkan hasil. Biar labur tinggi, hasil pun dapat malah lebih tinggi. Tak gitu?.
Majoriti subjek Kejuruteraan Lebih Diajar Teori Berbanding Industri
Satu lagi masalah yang menambah rendahnya kebolehpasaran jurutera, subjek diajar lebih kepada teori sahaja. Sebanyak 60 % universiti tidak memberi penekanan tentang penerapan konsep dalam industri dan hanya 47 % pelajar yang mengikuti seminar berkaitan dalam industri semasa dalam pengajian.
Ini bermakna, korang yang graduan kejuruteraan ni tak tahu pun potensi kerja di luar sana. Apa kemahiran yang diperlukan, syarikat mana yang perlukan pekerja yang ramai, dalam bidang apa?. Tangga gaji berapa, perlu ke pengalaman untuk memohon. Macam mana cara mohon latihan industri di syarikat-syarikat besar. Tu semua korang perlu ambil tahu. Jangan tunggu habis belajar baru terhegeh-hegeh nak buat research.
IPTS mana yang paling terbaik untuk sambung bidang kejuruteraan?
IPTA memang kami tak perlu nak kongsi sebab korang boleh check sendiri dekat website MQA. Cuma IPTS ni bukan semuanya bagus. Jadi, kami kongsikan tip pilih IPTS paling terbaik. Apa kriteria yang kami katakan IPTS ni terbaik?.
1. Semak fokus universiti (asal penubuhan universiti kepakaran mereka dalam bidang apa)
2. kerjasama erat dengan syarikat-syarikat industri berkaitan kursus pengajian
3. Pengiktirafan dalam dan luar negara termasuk anugerah-anugerah kejayaan akademik dan kecemerlangan universiti
4. Kerjasama dengan universiti luar dari segi pertukaran pelajar, ilmu, tenaga pengajar
Pertama sekali semak, tujuan asal penubuhan universiti iaitu fokus universiti tersebut (biasanya pada nama universiti sudah boleh tahu), kerjasama erat dengan syarikat berkaitan kursus pengajian yang ditawarkan (mudah dan buka peluang untuk korang dapat kerja lepas tamat pengajian), pengiktirafan badan-badan profesional dalam dan luar negara berkaitan kursus kejuruteraan yang ditawarkan (Board of Engineering Malaysia (BEM), Washington Accord dan kerjasama dengan universiti luar negara (peluang sambung/kerja di luar negara untuk kutip pengalaman).
Salah satu universiti yang paling terbaik adalah Infrastrcuture University Kuala Lumpur (IUKL), dari segi fokus universiti adalah berkaitan bidang teknikal. IUKL mendapat pengiktirafan untuk kursus pengajian kejuruteraan dalam dan luar negara iaitu Board of Engineers Malaysia (BEM), Washington Accord.
Selain itu, IUKL kursus-kursus lain yang ditawarkan mendapat pengiktirafan antaranya :
Kerjasama dengan universiti luar negara menunjukkan kepakaran tenaga pengajar dan kemampuan universiti tersebut untuk memastikan graduan mereka berjaya mendapatkan pekerjaan sebaik sahaja tamat pengajian. IUKL adalah salah sebuah universiti yang mempunyai kerjasama dengan universiti ranking terbaik dunia dan korang pun boleh sambung belajar dan mendapat peluang pekerjaan/praktikal di negara-negara berkenaan. Boleh semak senarai negara dan universiti dibawah :
United Kingdom
Nepal
Indonesia
Ireland
Japan
Korea
Netherlands
Phillipines
Scotland
Poland
Australia
China
India
Vietnam
Pakistan
Hebat bukan?. Jadi, nasihat kami pilihlah universiti yang memenuhi semua kriteria yang kami kongsikan diatas. Jangan terlalu syok ditawarkan ke IPTA, akhirnya menganggur. Memang rezeki tu ada dimana-mana tapi kena berusaha dan cari jalan yang paling terbaik. Bukan berdoa tanpa berusaha.
Kepada yang berminat untuk memohon ke IUKL, boleh semak senarai kursus, syarat kelayakan, yuran pengajian, cara memohon dan sebagainya dengan klik : SEMAK SENARAI KURSUS DI IUKL dan klik apply online kalau nak mohon. Semua info lengkapkan kami kongsikan. Kalau masih blur, kurang pasti kursus pengajian apa yang nak mohon, boleh klik CONTACT US. Apa-apa pun semoga berjaya!.
ARTIKEL BERKAITAN
Perlukan
bantuan?