Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 14, 2021, 05:18 pm
Untuk tahun ini temuduga bagi kursus pengajian berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya akibat virus covid yang melanda dunia. Jadi, anda dinasihatkan untuk terus baca perkongsian kami mengenai tip temuduga secara online yang bakal diadakan kelak. Untuk semak tip klik link artikel berikut : Semakan Panggilan Temuduga Dibawah UPU & Tip Temuduga Kursus Pengajian Secara Online.
Kepada anda yang memohon kursus pengajian yang mempunyai tanda # temuduga, pastikan anda membuat persediaan yang secukupnya. Cabaran untuk merebut kuota tempat yang disediakan itu lebih mencabar berbanding mereka yang memohon kursus yang tidak mempunyai temuduga iaitu hanya bersandarkan kepada keputusan akademik 90% dan kokurikulum 10% semata-mata.
Sekiranya anda rasa anda telah memenuhi syarat kelayakan, stamina berkuasa kuda jika ada ujian fizikal kelak, jangan menaruh harapan yang terlalu tinggi sekiranya anda TIDAK menonjolkan kemahiran komunikasi yang baik, pemikiran yang kritis, peka kepada isu-isu semasa terutamanya dalam kursus pengajian yang dipohon dan kurang berkeyakinan semasa ditemuduga nanti. GERENTI anda akan gagal dalam saringan merebut kursus pengajian yang diimpikan itu. Jadi untuk membantu anda membuat persediaan, kami kongsikan tip temuduga sebelum dan semasa anda menghadiri temuduga, selain punca kenapa anda GAGAL dalam temuduga.
Anda tentu mahu mengetahui punca gagalnya temuduga bukan?. Berikut kami kongsikan untuk persediaan kepada anda dan cuba untuk elakkan melakukan perkara-perkara sedemikian.
Lemah ketika sesi perbincangan dalam kumpulan
Jika temuga berkenaan diadakan sesi perbincangan kumpulan bersama calon-calon yang lain. Ianya merupakan salah satu sesi yang akan menilai personaliti dan pengetahuan anda. Penemuduga akan menilai anda dari segi sama ada pandai atau pun sebaliknya membuat “argument” mengikut topik perbincangan, menjawab soalan yang ditanyakan dan tingkah laku anda juga ketika sesi berkenaan berjalan.
Bersikap pasif
Bersikap pasif iaitu tidak menonjolkan diri dan melontarkan pandangan atau pertanyaan. Lebih banyak mendengar dari melontarkan sebarang pandangan atau mungkin soalan kepada calon-calon lain ketika sesi perbincangan.
Tidak lancar bertutur dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
Penggunaan bahasa yang lancar sangat penting. Jika bertutur pun anda tergagap-gagap kurang yakin dan penggunaan ayat yang tidak bersesuaian serta tidak difahami oleh calon-calon lain atau penemuduga sendiri.
Tidak mengetahui mengenai program pengajian yang bakal diikuti
Ini merupakan satu lagi masalah besar. Bagaimana anda hendak yakinkan penemu duga untuk memilih anda sedangkan info mengenai program pengajian yang anda ingin ikuti pun anda tidak tahu sepenuhnya?.
Kurang pengetahuan am
Pengetahuan am merupakan perkara yang anda perlu titik beratkan. Pengetahuan am inilah yang akan menilai dari segi pandangan dan bakal merefleksikan sikap kepimpinan anda. Kebiasaanya penemuduga akan bertanya mengenai isu semasa dan apa pandangan anda dan bagaimana anda jika menjadi seorang pemimpin untuk menyelesaikannya. Jika anda sendiri pun tidak tahu isu semasa berkenaan bagaimana hendak menyuarakan pandangan?.
Berpakaian tidak sesuai ketika menghadiri temu duga
Pemakaian anda mencerminkan luaran anda. Pandangan pertama penemuduga adalah luaran anda. Pakaian, lengok tubuh anda semuanya akan dinilai. Jika misalnya anda memakai pakaian yang menjolok mata sehingga menimbulkan pandangan kurang senang penemuduga tentu sahaja kemungkinan yang tinggi anda akan gagal.
Salah mengisi borang permohonan
Kesalahan dalam mengisi borang permohonan boleh disalah anggap oleh penemuduga misalnya salah mengisi gred keputusan peperiksaan. Penemuduga boleh terus menolak permohonan anda serta merta ketika temu duga berkenaan dan menganggap anda memalsukan maklumat. Jadi pastikan anda betul-betul menyemak semula borang yang telah siap diisi atau mohon pertolongan rakan atau keluarga terdekat untuk buat semakan kerana kadang kala kita tidak menyedari kesalahan yang dibuat.
Diharapkan perkongsian ini menjadi rujukan kepada anda sebagai persediaan menghadapi temu duga kelak. Jangan terlalu seronok sangat jika dipanggil temu duga kerana beribu calon yang ditemuduga hanya suku atau 10 peratus sahaja daripadanya yang ditawarkan tempat untuk kursus berkenaan. Jadi jadikan tip ini sebagai panduan dan kami doakan semoga anda berjaya!.
ARTIKEL BERKAITAN
Perlukan
bantuan?