Kenapa Pinjaman Pemboleh Ubah Bank Rakyat (PPBU) Lebih Baik Berbanding PTPTN?

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada May 04, 2020, 02:57 am

Ramai yang kurang menyedari pinjaman pendidikan lain selain daripada PTPTN sehingga tidak membuat perbandingan sebelum mengemukakan pinjaman. Jadi untuk anda yang baru pertama kali ingin mengemukakan permohonan pinjaman, jangan terburu-buru membuat keputusan dan mengikut orang lain. Kelak diri sendiri yang rugi. Memandangkan permohonan UPU sudah ditutup dan keputusan akan diumumkan tidak lama lagi, tentu sahaja buat masa sekarang anda sedang tercari-cari biasiswa selain pinjaman yang boleh dipohon sekiranya berjaya ditawarkan kelak. Oleh itu, menerusi artikel ini kami kongsikan salah satu pinjaman pembiayaan pendidikan pemboleh ubah yang dilihat mungkin lebih baik berbanding PTPTN iaitu Pinjaman Pemboleh Ubah (PPBU) yang ditawarkan oleh Bank Rakyat. 

 

 

Untuk makluman anda, PPBU adalah pinjaman pendidikan yang ditawarkan kepada pemohon bermula dari peringkat Sijil Kemahiran, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Profesional, Ijazah Sarjana, dan Doktor Falsafah (PH.D). Matlamatnya adalah untuk membantu dalam pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia melalui bantuan pendidikan kepada pelajar yang memerlukan sama ada di institusi kemahiran atau Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di negara ini dengan mod pengajian sepenuh masa. Paling menarik, ada potongan diskaun pembayaran balik pinjaman mengikut CGPA (keputusan akademik) yang diperolehi. Potongan ini dahulunya dibuat oleh PTPTN juga, tetapi kini sudah dimansuhkan. 

 

Siapakah yang layak memohon PPBU? PPBU ditawarkan kepada pemohon yang telah berjaya mendapat tawaran untuk menyambung pengajian atau pelajar yang berada di tahun pertama di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Pendidikan Swasta dan Badan Kelayakan Malaysia (MQA) dan Majlis Latihan Vokasional Negara (NVTC). Selain itu, PPBU menyediakan bantuan pendidikan untuk pengajian di peringkat pasca-siswazah dalam bidang yang berorientasikan kepada keperluan pembangunan sosial dan ekonomi negara dan masyarakat. Berikut kami kongsikan kelayakan, bidang pengajian yang menjadi keutamaan dan segala info lain termasuklah cara untuk memohon. 

 

Syarat Kelayakan Umum

 

  • Terbuka kepada pemohon yang kurang berkemampuan tanpa mengira kaum, agama dan etnik.
  • Melanjutkan pengajian secara SEPENUH MASA di Institusi Institusi dan Institusi Pengajian Tinggi Awam ATAU Swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
  • Hanya bidang pengajian yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) / Majlis Latihan Vokasional Malaysia (NVTC) / Agensi Kerajaan (Malaysia) yang berkenaan dan diakui oleh Lembaga Pemegang Amanah YBR sahaja layak memohon

 

Bidang Pengajian

 

  • Terbuka untuk semua bidang pengajian. kecuali kursus Perubatan dan Penerbangan (Lesen).
  • Keutamaan diberikan kepada bidang pengajian berikut:
    • I. Perakaunan
    • II. Perbankan
    • III. Pengurusan perniagaan
    • IV. Sumber Manusia
    • V. Ekonomi
    • VI. Komunikasi Media
    • VII. Undang-undang
    • VIII. Sains Aktuari
  • Doktor PHD, Ijazah Sarjana, Pengajian Profesional, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dalam semua bidang pengajian layak memohon

 

Syarat Kelayakan Peringkat Pengajian Sijil Kemahiran

 

  • Warganegara Malaysia.
  • Melanjutkan pengajian dalam mod pengajian SEPENUH MASA sahaja.
  • Pemohon mesti mempunyai akaun simpanan Bank Rakyat dengan baki minimum RM100 sebelum mengemukakan permohonan.
  • Berumur TIDAK kurang daripada 18 tahun semasa membuat permohonan dan menerima tawaran 
  • Berumur TIDAK melebihi 30 tahun sebaik sahaja tamat pengajian.
  • Pengesahan kemasukan dari universiti ATAU swasta Universiti ATAU Pusat Latihan.
  • Sekurang-kurangnya lulus SPM (dengan 2 Kredit dan subjek Bahasa Malaysia).
  • Tempoh pengajian Tahap 1 hingga Tahap 3 (Bergantung pada institusi).
  • Jumlah Pembiayaan: Maksimum RM30,000 selama 2 tahun [RM400 / Bulanan + Yuran].

 

Syarat Kelayakan Peringkat Pengajian Diploma Kemahiran

 

  • Warganegara Malaysia.
  • Melanjutkan pengajian dalam mod pengajian SEPENUH MASA sahaja.
  • Pemohon mesti mempunyai akaun simpanan Bank Rakyat dengan baki minimum RM100 sebelum mengemukakan permohonan.
  • Berumur TIDAK kurang daripada 18 tahun semasa membuat permohonan dan menerima tawaran 
  • Berumur TIDAK melebihi 30 tahun sebaik sahaja tamat pengajian.
  • Pengesahan kemasukan dari universiti ATAU swasta Universiti ATAU Pusat Latihan.
  • Sekurang-kurangnya  telah mencapai ATAU  memiliki SKM tahap 2 ATAU - Sijil Kemahiran lain memerlukan sekurang-kurangnya lulus dalam SPM mereka (dengan 2 Kredit dan mata pelajaran Bahasa Malaysia) ATAU pemohon mesti memperoleh Sijil Kemahiran dengan minimum CGPA 2.75 dan ke atas.
  • Tempoh pengajian 3 tahun.
  • Jumlah Pembiayaan: Sehingga RM30,000 selama 3 tahun [RM400 / Bulanan + Yuran].

 

Syarat Kelayakan Peringkat Pengajian Diploma

 

  • Warganegara Malaysia.
  • Melanjutkan pengajian dalam mod pengajian SEPENUH MASA sahaja.
  • Pemohon mesti mempunyai akaun simpanan Bank Rakyat dengan baki minimum RM100 sebelum mengemukakan permohonan.
  • Berumur TIDAK kurang daripada 18 tahun semasa membuat permohonan dan menerima tawaran 
  • Berumur TIDAK melebihi 30 tahun sebaik sahaja tamat pengajian.
  • Pengesahan kemasukan dari universiti ATAU swasta Universiti ATAU Pusat Latihan. 
  • Pemohon mesti mempunyai kelulusan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dengan gred minimum 5A.
  • Tempoh pengajian 3 tahun / 6 Semester. 
  • Jumlah Pembiayaan: Maksimum RM7, 500 setiap satu (UiTM & Politeknik hanya RM5, 000) [Elaun + Yuran].

 

Syarat Kelayakan Peringkat Pengajian Ijazah Sarjana Muda (Degree)

 

  • Warganegara Malaysia.
  • Melanjutkan pengajian dalam mod pengajian SEPENUH MASA sahaja.
  • Pemohon mesti mempunyai akaun simpanan Bank Rakyat dengan baki minimum RM100 sebelum mengemukakan permohonan.
  • Berumur TIDAK kurang daripada 18 tahun semasa membuat permohonan dan menerima tawaran 
  • Berumur TIDAK melebihi 30 tahun sebaik sahaja tamat pengajian.
  • Pengesahan kemasukan dari universiti ATAU swasta Universiti ATAU Pusat Latihan. 
  • Pemohon mesti memegang Diploma dengan PNGK minimum 3.0 atau Matrikulasi dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.0 atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.0 atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan kelayakan Jayyid Jiddan atau Mumtaz yang bersamaan dengan STPM.
  • Tempoh pengajian 4 tahun / 8 Semester.
  • Jumlah Pembiayaan: Maksimum RM9, 500 setahun (UiTM & Politeknik hanya RM6, 500) [Elaun + Yuran].

 

Syarat Kelayakan Peringkat Pengajian Profesional

 

  • Warganegara Malaysia.
  • Melanjutkan pengajian dalam mod pengajian SEPENUH MASA sahaja.
  • Pemohon mesti mempunyai akaun simpanan Bank Rakyat dengan baki minimum RM100 sebelum mengemukakan permohonan.
  • Berumur TIDAK kurang daripada 18 tahun semasa membuat permohonan dan menerima tawaran 
  • Berumur TIDAK melebihi 30 tahun sebaik sahaja tamat pengajian.
  • Pengesahan kemasukan dari universiti ATAU swasta Universiti ATAU Pusat Latihan. 
  • Pemohon mestilah memegang kelayakan diploma atau ijazah dengan CGPA 3.00 dan ke atas
  • Tempoh pengajian 2 tahun/4 semester
  • Jumlah Pembiayaan : Maksimum RM28,500 selama 2 tahun [Elaun + Yuran]

 

Syarat Kelayakan Peringkat Pengajian Ijazah Sarjana (master)

 

  • Warganegara Malaysia.
  • Melanjutkan pengajian dalam mod pengajian SEPENUH MASA sahaja.
  • Pemohon mesti mempunyai akaun simpanan Bank Rakyat dengan baki minimum RM100 sebelum mengemukakan permohonan.
  • Berumur TIDAK kurang daripada 18 tahun semasa membuat permohonan dan menerima tawaran 
  • Berumur TIDAK melebihi 45 tahun sebaik sahaja tamat pengajian.
  • Pengesahan kemasukan dari universiti ATAU swasta Universiti ATAU Pusat Latihan.
  • Pemohon mesyilaj memegang Ijazah Sarjana Muda (degree) dengan CGPA 3.00 dan ke atas
  • Tempoh pengajian 2 tahun/4 semester
  • Jumlah Pembiayaan : Maksimum  RM12,000 setahun [Yuran + Elaun]

 

Syarat Kelayakan Peringkat Pengajian Doktor Falsafah (PHD)

 

  • Warganegara Malaysia.
  • Melanjutkan pengajian dalam mod pengajian SEPENUH MASA sahaja.
  • Pemohon mesti mempunyai akaun simpanan Bank Rakyat dengan baki minimum RM100 sebelum mengemukakan permohonan.
  • Berumur TIDAK kurang daripada 18 tahun semasa membuat permohonan dan menerima tawaran 
  • Berumur TIDAK melebihi 50M tahun sebaik sahaja tamat pengajian.
  • Pengesahan kemasukan dari universiti ATAU swasta Universiti ATAU Pusat Latihan.
  • Pemohon mesyilaj memegang Ijazah Sarjana (master) dengan CGPA 3.00 dan ke atas
  • Tempoh pengajian 3 tahun / 6 semester
  • Jumlah Pembiayaan : Maksimum  RM55,800 selama 3 setahun [RM 800/Sebulan (elaun) +Yuran]

 

Jumlah Potongan Pembayaran Balik Pinjaman yang Lebih Berbaloi

 

Jika anda lihat jumlah potongan bayaran balik pinjaman sekiranya berjaya mendapat keputusan CGPA yang disenaraikan dibawah ianya sangat menarik perhatian. Sebab itulah, mengapa kami katakan, pinjaman PPBU ini lebih berbaloi berbanding PTPTN yang tidak ada potongan diskaun. Contohnya kebanyakan IPTA, CGPA kelas pertama adalah 3.60 ke atas (UUM 3.67, UM 3.78 dan lain-lain). Hanya UiTM sahaja kami kira 3.50 adalah kelas pertama. Pelajar daripada mana-mana peringkat pengajian sekalipun yang berjaya mendapat CGPA bermula daripada 2.50 layak menerima potongan diskaun berbanding PTPTN yang memberi pembiayaan percuma hanya kepada mereka yang tamat pengajian ijazah sarjana muda (degree) dengan kelas pertama sahaja. Jika peringkat pengajian lain seperti diploma contohnya, walaupun mendapat keputusan kelas pertama, WAJIB membuat bayaran balik pinjaman PTPTN. Selain itu, jika anda dikenakan bayaran balik sekalipun, TIADA SEBARANG FAEDAH akan dikenakan berdasarkan konsep"Qardhul Hassan", iaitu program penajaan yang tidak melibatkan faedah atau syarat tambahan dalam pembayaran balik pinjaman. Berbeza dengan PTPTN yang mempunyai faedah. 

 

 

Penarikan Balik Pinjaman Pemboleh Ubah Bank Rakyat (PPBU)

 

Walau bagaimanapun, Yayasan Bank rakyat (YBR) boleh menarik balik pinjaman yang diberikan sekiranya :

  • Peminjam menangguhkan pengajian mereka tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada YBR 
  • Peminjam gagal melaksanakan arahan sebagaimana yang telah ditetapkan dalam perjanjian PPBU dalam tempoh yang ditetapkan 
  • Menggunakan maklumat palsu semasa mengisi borang permohonan
  • Gagal mengekal/meneruskan pengajian dalam bidang pengajian sebagaimana yang dinyatakan dalam permohonan PPBU   
  • Tidak dapat lulus dari universiti / kolej / ILA / ILS dalam tempoh yang ditetapkan               
  • Mendapatkan purata mata gred (CGPA) 2.0 dan ke bawah (PPBU) / Biasiswa akan ditarik balik sepenuhnya dan pelajar dikehendaki membuat pembayaran penuh PPBU / Biasiswa yang telah mereka terima sepanjang tempoh pengajian mereka.

 

Dengan perkongsian ini, kami harapkan supaya anda membuat pilihan yang tepat. Kepada yang berminat untuk mengemukakan permohonan pada tahun ini, permohonan telah pun dibuka. Rujuk gambar perkongsian dibawah. Jadi untuk lepasan SPM/Setaraf yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat sijil/diploma kemahiran, diploma bolehlah mula memohon pada hari ini. Tetapi suka diingatkan, pastikan anda mendapat tawaran kemasukan terlebih dahulu. Untuk lepasan STPM/Setaraf, permohonan seterusnya akan dibuka pada 2 Julai nanti. Berikut dikongsikan carta aliran permohonan :

 

 

Kepada yang ingin memohon, sila klik pada pautan berikut : 

https://www.yayasanbankrakyat.com.my/index.php/component/users/?view=login&Itemid=101

 

Log masuk dan ikut arahan yang telah dikongsikan kepada anda. Memandangkan pinjaman PPBU ini meletakkn syarat kelayakan akademik tertentu, sekiranya anda gagal memenuhi syarat kelayakan akademik, anda tidak layak memohon. Tetapi jangan risau, anda boleh memohon pinjaman pendidikan yang ditawarkan oleh kerajaan negeri masing-masing dan PTPTN. Untuk info berkaitan pinjaman/biasiswa berkenaan, boleh klik pautan berikut :

SENARAI PINJAMAN/BIASISWA PENDIDIKAN YANG DITAWARKAN OLEH SEMUA NEGERI

PANDUAN PERMOHONAN PINJAMAN PTPTN

 

Semoga berjaya!. 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail