ADVERTISEMENT
University banner
icon
Fakta ringkas

Kedudukan SETARA : Tier 5

Jenis : Universiti Swasta

Anggaran yuran (keseluruhan kursus)

  • Pra-Universiti : RM 17,100
  • Ijazah Sarjana Muda : RM 67,200
  • Ijazah Sarjana : RM 26,284
  • PhD : NA
  • Diploma : NA

Kenapa sambung belajar di Curtin University, Malaysia?

icon

Hub-Pendidikan

Curtin University adalah pusat pendidikan dan penyelidikan di Asia. Pelajar didedahkan dengan pelbagai sumber dunia yang bernilai untuk dikaji dan dibangunkan.

icon

Pembelajaran berteknologi tinggi (Hi-Tech Learning)

Perkembangan inovasi pada hari ini membuatkan Curtin University memberi tumpuan luar biasa dalam membangun dan menggunakan inovasi untuk membantu tenaga pengajar dalam aktiviti pembelajaran dan penyelidikan.

icon

Pengiktirafan antarabangsa

Curtin University merupakan universiti Australia yang menduduki ranking dua peratus daripada universiti di seluruh dunia.

Anda berminat memohon pengajian ke Curtin University, Malaysia?

Kenapa Curtin University, Malaysia pilihan terbaik?

  • Kampus Curtin University Malaysia yang terletak di Miri, Sarawak memiliki keluasan 1 ,200 ekar. Kampus ini menyediakan pelbagai kemudahan serba moden khas untuk pelajarnya.
  • Kursus-kursus pengajian di Curtin kampus kampus Malaysia adalah sama sahaja dengan kampus-kampus Curtin yang lain. Pelajar yang menamatkan pengajian akan memperoleh ijazah daripada kampus utama Curtin iaitu di Perth, Australia. 
  • Pelajar yang melanjutkan pengajian di kampus Curtin Malaysia turut menikmati pelbagai pengalaman pembelajaran yang sama seperti mana di kampus utama di Australia seperti sumber kajian dalam talian dan pengedaran sumber pembelajaran antara kampus-kampus Curtin.
  • Curtin Malaysia memberi tumpuan yang sangat global dengan lebih daripada 4,000 pelajar dari lebih daripada 45 buah negara, serta kakitangan pengajar yang berkualiti tinggi dari kira-kira 15 buah negara, memperkukuh lagi kedudukan Curtin sebagai salah sebuah institusi pendidikan terbaik di rantau ini.
  • Pelajar Curtin juga diberi peluang untuk mengikuti pengajian ijazah mereka di kampus Curtin Malaysia atau boleh mengikuti semester pengajian di kampus utama Curtin di Perth, atau di kampus Singapura.
  • Curtin Malaysia menawarkan kursus sarjana dan pascasiswazah dalam bidang sains, perniagaan dan kemanusiaan, serta kursus di peringkat pra-universiti yang merupakan kursus feeder ke program sarjana muda di Curtin Universiti.
  • Kursus yang ditawarkan juga dilihat memberi manfaat kepada pelajar kerana pelajar didedahkan dengan pelbagai input daripada rakan kongsi industri selain lokasi kampus di hab industri Sarawak. Pendedahan berkenaan sangat bermanfaat kepada mereka. 

Gambaran Umum

Jenis institusi Universiti Swasta
Pengambilan Jan,Feb,Mar,May,Jul,Aug,Sep,Dec
Lokasi Kampus Miri
Jumlah Kursus 41 Kursus ditawarkan
Tutup Lihat lagi

Lokasi Curtin University, Malaysia

The Curtin University address (Curtin University Sarawak address) is as follows:

CDT 250, 98009 Miri, Sarawak

Curtin University, Malaysia
CDT 250, 98009 Miri,
Sarawak - - 98009,
Malaysia 

[email protected]
Malaysia: +60 85 44 3939

Sila isi maklumat dibawah untuk menghubungi Curtin University, Malaysia

Berminat melanjutkan pengajian ke Curtin University, Malaysia di Malaysia?

logo
Kaunselor kami akan membantu anda memilih kursus pengajian yang bersesuaian dengan kelayakan akademik anda. Isi maklumat dibawah untuk mendapatkan khidmat nasihat secara PERCUMA.
Talk to us

Ada pertanyaan?

Soalan Lazim tentang Curtin University, Malaysia

Kenapa Curtin University Malaysia adalah pilihan terbaik?

  • Curtin University Sarawak telah dianugerahkan 5 bintang oleh SETARA.
  • Menawarkan "double major courses" dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.
  • Menduduki tempat ke-22 Peringkat QS 50 Di bawah 50 Peringkat Universiti Dunia 2018 dan dalam 1% teratas universiti di seluruh dunia dalam Kedudukan Akademik Universiti Dunia (2016).
  • Menawarkan pelbagai biasiswa, tajaan dalaman dan luar yang lain.
  • Menyediakan pelbagai pilihan penginapan kepada pelajar-pelajarnya selain kemudahan lain

Apakah kursus popular di Curtin University Malaysia?


Sarjana Muda Perdagangan (Perakaunan), Sarjana Muda Perdagangan (Kewangan), Double Major - BCom dan pelbagai lagi kursus di peringkat pra-universiti, ijazah sarjana muda dan pasca-siswazah.

Adakah pelajar memperolehi ijazah daripada Australia sekiranya melanjutkan pengajian di Curtin University, Malaysia?

Ya, semua sijil ijazah yang dianugerahkan oleh Curtin University Malaysia diiktiraf di peringkat antarabangsa dan kelayakannya sama seperti di kampus utama Australia cuma berbeza dari segi lokasi pengajian sahaja.

Adakah terdapat biasiswa yang ditawarkan?

Curtin menawarkan biasiswa dan anugerah kepada pelajar yang layak dan cemerlang dalam akademik

Bilakah pengambilan akan dibuka?

Pengambilan pelajar kebiasaanya dibuka pada bulan Mac dan Ogos untuk pengajian di peringkat asasi manakala bulan Februari dan Julai/Ogos untuk pengajian di peringkat ijazah sarjana muda. 

Hendak ketahui lebih lanjut mengenai Curtin University, Malaysia?

Perlukan
bantuan?
mail