Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 09, 2021, 10:32 am
Sementara menunggu keputusan untuk kemasukan ke IPT, tiba masanya untuk mencari dan memohon pinjaman pendidikan yang berbaloi. Mnerusi artikel ini kami kongsikan tatacara permohonan PTPTN. Ramai yang keliru mengenai permohonan online PTPTN, Pelbagai pertanyaan diajukan antaranya, jika salah memberi maklumat bagaimana hendak mengemaskini, siapa yang layak memohon, boleh ke memohon pada semester seterusnya, bagaimana hendak menolak tawaran PTPTN jika sudah ditawarkan, jumlah pinjaman yang diterima dikira berdasarkan faktor apa, bagaimana jika terlupa kata laluan, kalau gagal dalam permohonan bagaimana hendak memohon semula, bila boleh semak tawaran jika berjaya dan pelbagai macam lagi. Berikut kami kongsikan langkah permohonan PTPTN, pembelian nombor PIN, langkah permohonan untuk pemohon sedia ada dan info penting lain berkaitan PTPTN.
LANGKAH PERTAMA : SEMAK INFO PENTING SEBELUM MEMOHON
LANGKAH KEDUA : BELI NOMBOR PIN SECARA ONLINE/MELALUI KAUNTER BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
Selain pembelian melalui kaunter BSN, kini PTPTN menambah baik perkhidmatan mereka dimana pemohon boleh membuat pembelian nombor pin PTPTN secara atas talian (online). Pembelian boleh dibuat secara terus di laman web PTPTN. Klik pautan berikut untuk pembelian nombor PIN secara online : https://www.ptptn.gov.my/elmas-pin-purchase-web/#/register. Untuk semak panduan pembelian langkah demi langkah, sila KLIK DISINI.
LANGKAH KETIGA : KEMUKAKAN PERMOHONAN
Apabila sudah memiliki nombor pin PTPTN, terus sahaja ke laman permohonan dengan klik pautan berikut :
https://www.ptptn.gov.my/gateway/
Jika permohonan kali pertama, perlu buat pendaftaran terlebih dahulu.
Jika anda adalah peminjam sedia ada, contohnya peminjam di peringkat diploma kemudian ingin terus sambung ke peringkat ijazah dengan memohon pinjaman PTPTN, anda boleh klik pautan berikut untuk terus ke laman permohonan pemohon sedia ada : https://www.ptptn.gov.my/gateway/login.jsp. Jika terlupa kata laluan, klik sahaja lupa kata laluan. Pihak PTPTN akan menghantar kata laluan yang baru terus ke emel anda.
Jika belum ada nombor PIN BSN, buat pembelian secara online atau melalui kaunter terlebih dahulu. Kemudian barulah buat pendaftaran baru.
Selesai permohonan dibuat, anda perlu menunggu untuk PTPTN meluluskan permohonan anda. Selepas permohonan diluluskan barulah akan diminta untuk memuat turun dokumen perjanjian dan sebagainya. Urusan penghantaran dokumen akan dibuat semasa di universiti nanti. Manakala IPTS, perlu merujuk kepada IPTS masing-masing. Ada yang diuruskan dan kemungkinan perlu menguruskan sendiri urusan dokumen pinjaman.
Sekiranya masih ada sebarang kekeliruan semasa mengemukakan permohonan PTPTN, berikut kami kongsikan mengenai soal jawab permohonan online PTPTN untuk merelaikan persoalan dan masalah yang dihadapi. Klik SOAL JAWAB PTPTN dan baca dengan teliti panduan untuk mengisi permohonan online dan persoalan-persoalan yang kami yakin sedang bermain dalam fikiran anda pada ketika ini.
Disamping itu, suka juga kami hendak kongsikan peluang pembiayaan pendidikan yang lain dan anda digalakkan untuk memohon. Jika anda berminat untuk mencuba nasib memohon biasiswa/pinjaman lain yang tiada faedah seperti mana PTPTN, rujuk pada artikel perkongsian dibawah :
Semoga perkongsian ini membantu anda!
ARTIKEL BERKAITAN
Perlukan
bantuan?