Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 14, 2021, 03:20 pm
Apa bendanya kaedah meritokrasi ini?. Kenapa ianya sangat penting sehinggakan nasib pemohon UPU ditentukan olehnya?. Untuk pengetahuan anda, Meritokrasi pada asalnya merujuk kepada satu bentuk dalam sistem politik yang memberi penghargaan atau kedudukan lebih kepada mereka yang menonjolkan prestasi atau berkemampuan dalam satu-satu jabatan tertentu.
Sistem ini dianggap sebagai suatu bentuk sistem masyarakat yang sangat adil dengan memberi tempat kepada mereka yang berprestasi untuk duduk sebagai pemimpin. Dalam konteks pemilihan pelajar untuk masuk ke universiti awam, UPU mengaplikasikan sistem ini bagi menentukan siapakah yang lebih layak berdasarkan kepada prestasi mereka. Berikut dikongsikan kenyataan rasmi oleh UPU berkaitan kaedah Meritokrasi yang digunakan ini.
"Dasar pengambilan dan pemilihan kemasukan ke Universiti Awam (UA), IPTA/Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) adalah selaras dengan dasar kerajaan bagi merealisasikan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA) iaitu meningkatkan akses dan ekuiti dalam pendidikan pengajian tinggi kepada rakyat melalui prinsip meritokrasi dan mengguna pakai 90 % markah akademik dan 10 % markah kokurikulum. Penentuan nilai merit dilaksanakan tanpa mengira agama, bangsa, keturunan, negeri, tempat tinggal dan sebagainya".
Selaras dengan hasrat tersebut, bermula pada tahun 2010, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan sistem penggredan baru bagi Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) untuk memudahkan kiraan merit dibuat semasa permohonan pelajar untuk kemasukan ke universiti awam kelak. Pengredan baru itu diberikan berdasarkan kepada prestasi kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan. Ianya bermula daripada gred A+, A, A-, B+, B, C+, C, D, E dan G. Gred baru ini menggantikan gred lama yang digunakan sebelum ini iaitu 1A, 2A, 3B, 4B, 5C, 6C, 7D, 8E dan 9G.
Proses Pengiraan Merit
Untuk makluman anda, pengiraan markah merit calon oleh UPU melibatkan tiga (3) proses iaitu bermula dengan proses penentuan aliran, penyediaan dan pengiraan merit serta penyediaan susunan merit. Berikut kami kongsikan lebih spesifik setiap proses dalam pengiraan markah merit berkenaan mengikut kategori permohonan.
Penentuan Aliran bagi Pemohon SPM/ Setaraf
Proses pertama, UPU menentukan dahulu aliran bagi semua pemohon dengan merujuk kepada empat (4) atau lima (5) mata pelajaran utama seperti berikut :
Penentuan Aliran SPM/Setaraf
Penentuan Aliran STPM/Setaraf
Bagi pemohon yang tidak tersenarai dalam komponen aliran sains sama ada pemohon di kategori SPM/ Setaraf atau STPM/ Setaraf secara automatiknya diklasifikasikan ke aliran sastera. Aliran sastera adalah berdasarkan subjek berikut :
Penyediaan dan Pengiraan Merit
Proses kedua adalah pengiraan merit berdasarkan kepada komponen Markah Akademik yang mewakili 90 % dan baki 10% adalah markah Kokurikulum. Kaedah pengiraan markah merit ini adalah seperti mana yang diterangkan di atas iaitu berdasarkan nilai jumlah gred mata pelajaran. Bagi memudahkan pemahaman anda, kami kongsikan info grafik bagi kedua-dua kategori permohonan seperti dibawah.
Pengiraan Merit Pemohon Lepasan SPM/Setaraf
Pengiraan Merit Pemohon Aliran Sains
Contoh Langkah Pengiraan
Langkah pertama, andaikan keputusan peperiksaan pemohon aliran sains yang mengambil 9 mata pelajaran:
Langkah kedua, kira markah akademik untuk 5 mata pelajaran utama (Aliran Sains):
Langkah ketiga, kira markah akademik bagi 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil, contohnya:
Langkah keempat, campur markah keseluruhan seperti berikut :
Pengiraan Merit Aliran Sastera
Kaedah Pengiraan Markah Akademik Aliran Sastera adalah seperti berikut :
90 markah dari 5 mata pelajaran berikut :
Contoh Langkah Pengiraan
Langkah pertama, andaikan keputusan peperiksaan pemohon aliran sastera yang mengambil 9 mata pelajaran:
Langkah kedua, kira markah akademik untuk 5 mata pelajaran utama (Aliran Sastera):
JUMLAH 58
Langkah ketiga, kira markah akademik bagi 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil (Aliran Sastera):
Langkah keempat, campur markah keseluruhan seperti berikut :
= (Markah MP Utama Aliran + Markah MP Terbaik)/120 x 90
= (58 + 23.3)/120 x 90 = 60.9
Pengiraan Merit Pemohon Lepasan STPM/Setaraf
Berikut pula, kami kongsikan info grafik konsep pengiraan merit bagi anda pemohon lepasan STPM dan setaraf.
Bagi pengiraan Markah Kokurikulum 10% untuk pemohon lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf, anda boleh merujuk kepada info grafik yang dikongsikan seperti di bawah :
Penyediaan Susunan Merit
Proses terakhir dalam pengiraan merit adalah menyusun markah merit yang dikira. Walau bagaimanapun akan berlakunya situasi dimana markah merit pemohon adalah sama. Jadi bagaimana kedudukan pemohon akan ditentukan?
Usah risau kerana UPU sememangnya sudah ada jalan penyelesaian. Kaedah penyelesaiannya adalah dengan menambah 1 markah bagi setiap A yang diperolehi. Jumlah A+ yang akan dikira terlebih dahulu seterusnya diikuti oleh elemen lain seperti turutan di bawah.
Satu lagi perkara yang anda perlu tahu adalah kriteria pemilihan pelajar untuk masuk ke universiti awam. Berikut kami kongsikan kriteria berkenaan mengikut kategori permohonan lepasan SPM/Setaraf dan lepasan STPM/Setaraf.
Oleh itu, diharapkan dengan perkongsian ini, anda mengetahui kaedah yang digunakan oleh UPU untuk menilai kelayakan anda untuk masuk ke universiti. Diharapkan selepas anda diterima belajar kelak, anda tidak mensia-siakan peluang yang diberikan kerana beribu lagi pemohon yang gagal melanjutkan pengajian hanya disebabkan gagal mendapat tempat dalam kalangan mereka yang mempunyai prestasi yang tinggi. Walau bagaimanapun, usah terlalu bimbang sekiranya selepas keluar keputusan nanti, hasil kiraan menunjukkan markah merit rakan anda lebih tinggi berbanding anda. Ini kerana kemungkinan besar mereka akan membuat keputusan permohonan yang kurang bijak. Bagaimana yang dikatakan kurang bijak itu? Klik di sini untuk mengetahui punca gagalnya permohonan UPU dan klik disiniuntuk panduan permohonan UPU serta link permohonan. Jadi, tidak salah sekali sekala berharap ada yang membuat kesilapan dan peluang anda pastinya lebih cerah!.
MAKLUMAN PENTING :
Kepada pemohon UPUonline, anda dinasihatkan klik artikel Panduan Permohonan UPUonline mengikut kategori supaya tidak membuat sebarang kesilapan semasa mengisi permohonan. Jika sudah bersedia boleh terus klik mohon UPU sekarang :
SEMOGA BERJAYA!
ARTIKEL BERKAITAN
Perlukan
bantuan?