5 permainan mudah untuk tingkat kebolehan dalam ujian

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Nov 19, 2015, 11:35 am

Berehat dari semasa ke semasa sebelum masuk dewan peperiksaan adalah penting kerana ia membantu kita untuk berehat dan menenangkan fikiran. feature - Traditional games to help you excel in exams SPM stress exam Tahu tidak bahawa permainan tradisional yang tak lapuk dek zaman ini boleh membantu kita dalam peperiksaan, walaupun kita ulangkaji last-minute?

Batu Seremban

feature - Traditional games to help you excel in exams batu seremban Batu Seremban adalah metafora (fuh! KOMSAS!) bahawa pembelajaran adalah proses untuk meningkatkan kemampuan diri sendiri yang kita ulang setiap kali, macam level-up kalau main permainan video! Bermain batu seremban juga membantu kita menajamkan fokus serta melonggarkan otot pergelangan tangan setelah menulis begitu banyak dalam sehari. Ini cara jitu untuk menghindari sindrom carpal tunnel pada hari peperiksaan!

Kejar-kejar

feature - Traditional games to help you excel in exams kejar kejar police and thief Paling seronok kalau dilakukan setelah 30-50 minit belajar dengan kawan-kawan. Main kejar-kejar nampak mudah tetapi cukup 10 minit untuk memacu adrenalin dalam tubuh yang akan membantu mengepam otak kita dengan darah dan membuat kita segar dan siap untuk belajar lagi.

Congkak

feature - Traditional games to help you excel in exams congkak Satu lagi permainan yang hebat untuk melatih fokus dan membantu kita untuk mencongak lebih pantas. Dah boleh buang kalkulator untuk ujian matematik! Bunyi guli yang jatuh di atas kayu juga sangat menenangkan dan dapat diulang dengan mengetuk pen di atas meja ujian supaya kita dapat ingat kembali masa yang menyeronokkan.

Teng-teng

feature - Traditional games to help you excel in exams teng teng hopscotch Kalau tak cukup tenaga untuk main kejar-kejar, kita boleh main teng-teng. Cubaan untuk mengimbangkan badan pada satu kaki sambil melompat juga boleh melatih daya fokus.

Perang Pemadam

feature - Traditional games to help you excel in exams pemadam wars Permainan ini boleh dimainkan bahkan kalau sedang belajar seorang diri, dan semasa peperiksaan! Kadang-kadang kita hanya perlu alihkan perhatian dan leka sebentar selama 5 saat sebelum inspirasi datang dan jawapan tiba-tiba muncul di atas kertas!

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail