SPM 2017 REVISION GUIDE E-BOOK

E-BOOK

PANDUAN PERMOHONAN UPU 2019/20

E-book Panduan Permohonan UPU 2019/2020 ini diterbitkan secara PERCUMA bertujuan untuk berkongsi pelbagai info penting dalam permohonan UPU 2019/20 termasuklah tarikh, tip permohonan, pembaharuan terkini dan sebagainya sekaligus menjadi panduan kepada pemohon yang ingin memohon kemasukan ke universiti awam/politeknik/Kolej Komuniti/ILKA.

PILIH KURSUS PENGAJIAN & IPT YANG TEPAT DENGAN

E-BOOK PANDUAN PERMOHONAN UPU AFTERSCHOOL 2019/20

9-year analysis of past year papers

Tip memilih program pengajian dan IPT yang tepat.

Model questions for SPM 2017

Panduan, tarikh penting permohonan & pembaharuan terkini UPU.

experienced educators

Kriteria pemilihan pemohon ke UA/Politeknik/Kolej Komuniti/ILKA.



Info Berkaitan UPU

Artikel Terkini

Lihat semua
79,873 Pelajar Ijazah Sarjana Muda (Degree) Berjaya Mendapat Biasiswa Penuh PTPTN
79,873 Pelajar Ijazah Sarjana Muda (Degree) Berjaya Mendapat Biasiswa Penuh PTPTN

Feb 28, 2022Afterschool.my

Ramai yang masih belum tahu bahawa PTPTN merupakan pinjaman pendidikan yang boleh bertukar menjadi biasiswa sekiranya pelajar berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda (degree) kelas pertama. B...   

Biasiswa Mymaster yang Wajib Anda Tahu Jika Ingin Sambung Pengajian ke Peringkat Ijazah Sarjana
Biasiswa Mymaster yang Wajib Anda Tahu Jika Ingin Sambung Pengajian ke Peringkat Ijazah Sarjana

Feb 23, 2022Afterschool.my

Perkongsian kali ini, kami ingin kongsikan mengenai MyMaster yang diwujudkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) menerusi Program MyBrain15 bagi membiayai pengajian di peringkat Ijazah Sar...   

Senarai IPTS/UA yang Layak Memohon Biasiswa Mymaster KPT & Jumlah Biasiswa Bagi Pengajian Ijazah Sarjana (Master)
Senarai IPTS/UA yang Layak Memohon Biasiswa Mymaster KPT & Jumlah Biasiswa Bagi Pengajian Ijazah Sarjana (Master)

Feb 23, 2022Afterschool.my

Melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi memang menjadi impian tetapi alangkah baiknya jika pengajian tersebut ditanggung sepenuhnya oleh biasiswa.  Berita baik untuk anda yang ingin melanjutk...   

Cara Memohon/Keputusan/Ikatan Perjanjian Biasiswa Mymaster KPT untuk Pengajian Master di IPTS/UA
Cara Memohon/Keputusan/Ikatan Perjanjian Biasiswa Mymaster KPT untuk Pengajian Master di IPTS/UA

Feb 23, 2022Afterschool.my

Seperti mana dalam artikel sebelum ini, kami telah kongsikan syarat kelayakan dan IPTS/UA manakah yang layak untuk membuat permohonan. Oleh itu, menerusi artikel pada kali ini kami kongsikan tatacara ...   

Bidang pengajian yang Paling Banyak Ditawarkan Biasiswa!
Bidang pengajian yang Paling Banyak Ditawarkan Biasiswa!

Feb 23, 2022Afterschool.my

Memilih kursus pengajian yang terbaik bukan perkara mudah. Itu kata anda tetapi tahukah anda mudah sahaja untuk mengenalpasti kursus yang bakal menyediakan peluang kerjaya yang cerah. Bagaimana?. Sala...   

Senarai Biasiswa yang Ditawarkan untuk Semua Bidang Pengajian!
Senarai Biasiswa yang Ditawarkan untuk Semua Bidang Pengajian!

Feb 23, 2022Afterschool.my

Majoriti biasiswa kini ditawarkan mengikut jurusan tertentu sahaja. Sangat mengecewakan jika anda sudah memenuhi syarat kelayakan akademik tetapi bila merujuk kepada jurusan, anda tidak layak!. Maklum...   

10 Biasiswa untuk Pelajar Malaysia Belajar di korea
10 Biasiswa untuk Pelajar Malaysia Belajar di korea

Feb 23, 2022Afterschool.my

Annyeonghaseyo, ramai tak yang berminat sambung belajar ke Korea?. Terpengaruh dengan drama korea la tu. Sebenarnya, terdapat banyak biasiswa ditawarkan untuk international students yang berminat mela...   

Prospek Kerjaya Lebih Meluas: Serlahkan Kerjaya Anda Dengan Perakaunan
Prospek Kerjaya Lebih Meluas: Serlahkan Kerjaya Anda Dengan Perakaunan

Feb 23, 2022Afterschool.my

Dunia hari ini bergerak dengan pantas dan dipenuhi dengan ketidakpastian. Kebanyakan negara berhadapan dengan isu pengangguran, dimana kebanyakan graduan gagal mmperolehi pekerjaan. Untuk memastikan a...   

Biasiswa Kewangan Pengajian Asasi untuk Lepasan SPM!
Biasiswa Kewangan Pengajian Asasi untuk Lepasan SPM!

Feb 23, 2022Afterschool.my

Biasiswa kewangan bagi PROGRAM BERTARAF ASASI untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sudah mula diperkenalkan dan ditawarkan kepada pelajar mulai sesi pengambilan pelajar 2005/2006. Jadi kepada ...   

Biasiswa Ijazah Pertama yang Layak Dipohon Oleh Peminjam PTPTN yang Wajib Anda Tahu!
Biasiswa Ijazah Pertama yang Layak Dipohon Oleh Peminjam PTPTN yang Wajib Anda Tahu!

Feb 23, 2022Afterschool.my

Biasiswa apakah itu?. Biasiswa ini baru sahaja ditawarkan oleh AgroBank yang dahulunya dikenali sebagai Bank Pertanian. Sekiranya anda ditawarkan biasiswa ini, selesai sahaja tamat pengajian anda akan...   

Perbincangan Terkini

Lihat semua

S

Siti aisyah.

Member since Jul' 2018

Hi, saya nak tanya berkenaan MUET. Saya nak tukar tempat peperiksaan MUET. Saya perlu hantar borang melalui pos ataupun walk-in sahaja ke JPN & MPM? Wang pos rm25 perlu bagi kepada JPN atau MPM? Terim...   View more

C

Christabelle Eugenie Damasus.

Member since Jul' 2018

Hi. I was a matriculation student 17/18 and already applied the second phase upu. the course that i want to apply is not listed in the application form and i really want to apply to UMS bachelor of ...   View more

N

NAIMAH BINTI MOHD RASHID.

Member since Feb' 2018

Hi, semasa fasa 1 saya memohon melalui upu di bawah kategori stpm/ setaraf (diploma/setaraf) kerana sy merupakan lepasan asasi uitm bukan tahun semasa. Untuk isi fasa 2 kenapa sy tak boleh nak log in ...   View more

N

Nuraisyah Umairah.

Member since Apr' 2018

hello. i’m from malaysia, and i just received my spm results as well as upu results. however, i’m losing hope and idk if i want to proceed with the upu result that was given to me. if i were to wo...   View more

G

Grace.

Member since May' 2018

Is it any possible reason that why didnt get interview from upu for the course I want?...   View more

A

Anuar bin Abdurasan.

Member since May' 2018

Hi, could you please tell me the matters related to 2nd intake... N do i still have the opportunities to gain the course i want as same as i filled in 1st intake via upu?...   View more

F

Fatimah Zahirah Binti Abd Majid.

Member since Mar' 2018

hi. saya nak tanya, bolehkah sy memohon rayuan ke matrikulasi walaupun sy tak pernah memohonnya sebelum ini? kerana saya tidak ingin melanjutkan ke diploma berikutan kos yang saya dpt saya tak minat...   View more

A

Affan.

Member since Apr' 2018

I just want to know if I enter form 6 how can I be film producer for my future, I just got upu result but a course their offer to me is the course I didn't like,so want must I do right now? Stay form ...   View more

N

Ng Sze Wei.

Member since Jan' 2018

Adakah saya akan dapat tawaran lain daru UA walaupun telah dapat tawaran ujian MEDSI...   View more

S

Shira.

Member since May' 2018

Hello, I just graduated from matrics this year. I applied for the vet course in upm but didn't get the interview. Is it possible for me to reapply the program in phase 2 of upu? ...   View more

Masih keliru semasa mengemukakan permohonan UPU?

SOALAN LAZIM UPU

Apa itu BPKP JPT/UPU?

BPKP JPT adalah Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) di Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) atau lebih dikenali dengan UPU. BPKP JPT adalah bahagian yang bertanggungjawab menyelaras kemasukan ke :

  1. 20 buah UA & 3 Politeknik Premier

    • -Program Pengajian Lepasan STPM/ Setaraf

    • -Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf


  2. Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA

    • -Program Pengajian Lepasan SPM/ Setaraf

    • -Program Pengajian Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia, Sijil Suruhanjaya Tenaga dan Kemasukan ke Program Sijil Pengajar Vokasional (VTO)

Apa itu meritokrasi dalam kemasukan pelajar?

Meritokrasi adalah penentuan nilai merit yang dilaksanakan tanpa mengira agama, bangsa, keturunan, negeri, tempat tinggal dan sebagainya. Prinsip meritokrasi adalah berdasarkan :

  1. 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum bagi kemasukan ke 20 UA dan 3 Politeknik Premier


  2. 75% markah akademik, 15% sosioekonomi dan 10% markah kokurikulum bagi kemasukan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA

Apa beza Politeknik Premier dengan Politeknik Konvensional/ METrO?

Politeknik Premier adalah politeknik yang setanding dengan Universiti Awam. Pelajar perlu bersaing untuk kemasukan ke UA dan Politeknik Premier. Tiga (3) Politeknik Premier adalah

  1. Politeknik Ungku Omar, Perak (PUO)

  2. Politeknik Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Selangor (PSA)

  3. Politeknik Ibrahim Sultan, Johor (PIS)

Manakala Politeknik Konvensional pula adalah 25 buah politeknik selain Politeknik Premier seperti berikut :

  1. Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang

  2. Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kedah

  3. Politeknik Kota Bharu, Kelantan

  4. Politeknik Kuching, Sarawak

  5. Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan

  6. Politeknik Kota Kinabalu, Sabah

  7. Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang

  8. Politeknik Melaka, Melaka

  9. Politeknik Kuala Terengganu, Terengganu

  10. Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu

  11. Politeknik Merlimau, Melaka

  12. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah

  13. Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak

  14. Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor

  15. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis

  16. Politeknik Muadzam Shah, Pahang

  17. Politeknik Mukah, Sarawak

  18. Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang

  19. Politeknik Jeli, Kelantan

  20. Politeknik Nilai, Negeri Sembilan

  21. Politeknik Banting, Selangor

  22. Politeknik Mersing, Johor

  23. Politeknik Hulu Terengganu, Terengganu

  24. Politeknik Sandakan, Sabah

  25. Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, Johor

Politeknik METRO adalah adalah politeknik yang ditubuhkan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah dalam bidang tertentu. Lima (5) buah Politeknik METrO adalah :

  1. Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL)

  2. Politeknik METrO Kuantan, Pahang (PMKU)

  3. Politeknik METrO Johor Bahru, Johor (PMJB)

  4. Politeknik METrO Betong, Sarawak (PMB)

  5. Politeknik METrO Tasek Gelugor, Pulau Pinang (PMTG)

Apakah perbezaan permohonan bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf, Lepasan SPM/Setaraf dan Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia, Sijil Suruhanjaya Tenaga dan Kemasukan ke Program Sijil Pengajar Vokasional (VTO)?

Program pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalah calon yang mempunyai kelayakan seperti STPM, STAM, Matrikulasi/ Asasi, Diploma, A-Level dan lain-lain untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Manakala program pengajian Lepasan SPM/Setaraf pula adalah calon yang mempunyai kelayakan SPM untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Asasi, Sijil dan Diploma.

Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia/ Sijil Suruhanjaya Tenaga adalah calon yang mempunyai SKM dan Sijil Pendawaiaan/ Sijil Jentera untuk naik tahap seperti dari SKM Tahap 3 ke SKM tahap 4 dan Sijil Pengajar Vokasional (VTO) pula adalah terbuka kepada semua calon yang mempunyai Sijil/ Diploma untuk mengikuti program menjadi tenaga pengajar Vokasional.

Bagaimana untuk memastikan No. Unik ID yang dibeli adalah betul?

Pastikan No. Kad Pengenalan yang tertera dalam Slip No. Unik ID BSN adalah betul. Jika pemohon adalah Lepasan STPM/Setaraf, No. Unik ID bermula dengan angka 13XXX dan jika pemohon adalah Lepasan SPM/Setaraf , No. Unik ID bermula dengan angka 16XXX.

Bolehkah pemohon mengakses UPUOnline tanpa membeli No. Unik ID?

Boleh. Anda hanya perlu Daftar Kali Pertama terlebih dahulu dengan masukkan item yang yang diperlukan. Semasa Daftar Kali Pertama ini anda tidak perlu masukkan No. Unik ID.

Selepas daftar, anda boleh akses UPUOnline untuk dapatkan maklumat seperti berikut sebelum mengemukakan permohonan :

  1. Manual Pengguna UPUOnline

  2. e-Panduan : Syarat Am dan Khas Kemasukan

Selepas itu, anda boleh membeli No. Unik ID dan mengemukakan permohonan

Bolehkah memohon UPUOnline sedangkan pemohon belum mendapat keputusan SPM lagi?

Boleh. Anda sememangnya digalakkan untuk memohon UPUOnline lebih awal bagi memastikan anda faham bagaimana untuk menggunakan UPUOnline. Anda boleh memilih program pengajian berdasarkan keputusan percubaan dan bidang yang diminati.

Setelah memperoleh keputusan SPM, anda hanya perlu mengemaskini maklumat pilihan program pengajian supaya program yang dipilih memenuhi syarat am dan khas yang ditetapkan.

Anda boleh mengelakkan sebarang masalah teknikal/ kesesakan jika mohon UPUOnline lebih awal.

Bagaimana cara untuk mengetahui bahawa pemohon layak memohon atau sebaliknya?

Dalam e-Panduan, anda boleh menyemak sama ada ada layak memohon atau tidak. Selain itu, anda juga boleh membuat semakan syarat am dan syarat khas program pengajian melalui Sistem Semak Syarat di URL http://www.semaksyarat.info

Jika pemohon telah membuat kesilapan dalam mengisi jenis kategori semasa membuat permohonan online. Adakah permohonan tersebut masih diproses oleh pihak BPKP?

Ya, masih diproses. Walau bagaimana pun pemohon perlu memaklumkan kepada pihak BPKP, JPT terlebih dahulu di talian Hotline 03-8870 8200 kerana kesilapan dalam mengisi kategori akan menyukarkan proses permohonan.

Adakah pemohon perlu menghantar sebarang salinan dokumen/ sijil sebagai bukti bagi proses permohonan kemasukan?

Pemohon tidak perlu menghantar sebarang salinan dokumen/ sijil kerana BPKP JPT melaksanakan proses padanan dengan pelbagai agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Lembaga Peperiksaan, Majlis Peperiksaan Malaysia, Bahagian Seni & Kokurikulum KPM dan sebagainya bagi memastikan data peribadi, keputusan peperiksaan, MUET dan markah kokurikulum adalah tepat.

Walau bagaimanapun, jika anda merupakan pelajar Lepasan STPM/Setaraf dalam Kategori Diploma/Setaraf, anda perlu upload beberapa dokumen penting dalam Sistem UPUOnline

Jika tersilap mendaftar No. Kad Pengenalan (NO. KP) semasa pendaftaran peperiksaan SPM, adakah pemohon boleh memohon UPUOnline?

Boleh. Anda cuma perlu masukkan No. KP yang silap semasa pendaftaran peperiksaan SPM pada ruangan No. Kad Pengenalan Semasa Pendaftaran Peperiksaan dalam UPUOnline.

Adakah pemohon diberi peluang untuk membuat kemas kini permohonan disebabkan kesilapan dalam mengisi permohonan?

Ya, anda masih boleh kemas kini permohonan tanpa sebarang had sepanjang tempoh permohonan (sehingga 01 April 2019). Namun demikian, anda perlu pastikan kemas kini maklumat hanya dilakukan oleh anda sendiri tanpa melibatkan mana-mana pihak ke-3.

Sekiranya terlupa untuk mencetak/ simpan Slip Permohonan UPUOnline. Bagaimana cara untuk mencetak/ simpan semula Slip Permohonan UPUOnline dan

Anda hanya perlu login UPUOnline seperti biasa dan klik pada pautan menu SLIP pada sebelah kanan laman. Selepas itu, Slip Permohonan UPUOnline akan dipaparkan dalam format PDF. Anda boleh cetak terus atau menyimpan/save fail PDF tersebut dalam komputer anda.

Adakah setiap kali pemohon mengemaskini permohonan, pemohon perlu mencetak Slip berkenaan?

Ya, setiap kali anda mengemaskini maklumat dalam permohonan UPUOnline, maklumat permohonan sudah tentu akan berubah. Jadi sila cetak/simpan slip Salinan yang baru untuk rujukan kelak.

Sekiranya pemohon klik pautan SLIP dalam UPUOnline, tetapi tiada sebarang paparan Slip Permohonan UPUOnline dipaparkan. Mengapakah perkara berkenaan berlaku?

Perkara ini berlaku kerana anda tidak berjaya mengemukakan permohonan. Mungkin anda tidak klik ‘Sah & Hantar’ atau ada gangguan internet semasa mengemukakan permohonan.

Setiap permohonan, anda perlu pastikan anda klik ‘Sah & Hantar’ dan pastikan Slip Permohonan UPUOnline dipaparkan dan dicetak/ disimpan sebagai rujukan. Pastikan Slip Permohonan UPUOnline adalah lengkap dengan dengan maklumat permohonan.

Bagaimana cara untuk memilih program pengajian memandangkan terlalu banyak senarai program pengajian yang ditawarkan?

Anda boleh melayari e-Panduan Kemasukan Pelajar untuk mendapatkan senarai program pengajian yang anda minati di URL seperti berikut :-

  1. 20 UA & Politeknik Premier

    https://online.mohe.gov.my/upu/emas/epanduan/ipta/


  2. Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA

    https://online.mohe.gov.my/upu/vteilka/fepanduan/index.php

Dalam e-Panduan ini, anda boleh menyemak sama ada ada layak memohon atau tidak. Selain itu, anda juga boleh membuat semakan syarat am dan syarat khas program pengajian melalui Sistem Semak Syarat di URL http://www.semaksyarat.info. Sila pastikan anda memilih program pengajian yang layak sahaja.

Selain itu, sebelum anda memilih pilihan program pengajian, anda perlu memilih tiga (3) bidang yang diminati. Senarai program pengajian yang dipaparkan adalah berdasarkan tiga (3) pilihan bidang yang telah anda pilih.

Sekiranya dipanggil untuk temu duga atau ujian seperti Ujian MEdSI kelak, bagaimanakah cara untuk mengetahuinya?

Anda perlu menyemak di laman web UA/ Politeknik/ Kolej Komuniti dan ILKA yang berkaitan. Pihak UA/ Politeknik/ Kolej Komuniti dan ILKA yang berkaitan juga akan turut menghubungi anda untuk maklumkan mengenai panggilan Temu duga/Ujian.

Selain itu, SMS Blast juga akan dihantar kepada anda untuk menyemak panggilan temu duga/ ujian. Pastikan No. Telefon Bimbit yang dimasukkan adalah betul.

Bagaimanakah cara untuk mengetahui status keputusan permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA kelak?

Anda boleh menyemak status keputusan permohonan melalui 3 kaedah berikut:

  1. Internet :

    http://upu.mohe.gov.my

    https://jpt.utm.my

    http://jpt.uum.edu.mY

    https://jpt.unimas.my

    http://jpt.ums.edu.my


  2. SMS Taip UPURESULTNO KP ; ATAU

    SMS Taip TVETRESULTNOKP dan hantar ke 15888


  3. Talian Hotline UPU: 03-8870 8200

Adakah pemohon akan ditawarkan dengan program pengajian bukan pilihan dalam UPUOnline?

Jika anda merupakan pemohon Lepasan SPM/Setaraf, anda boleh ditawarkan dengan program di luar pilihan jika telah bersetuju pada ruangan penyataan khas untuk menerima tawaran luar pilihan (program pengajian).

Manakala jika anda merupakan pemohon Lepasan STPM/Setaraf, anda hanya akan ditawarkan pilihan program yang ada dalam pilihan sahaja. Jika anda tidak berjaya pada ambilan pertama, anda perlu memohon rayuan fasa 1 dengan memilih program pengajian yang anda layak dan ada kekosongan tempat sahaja.

Jika berjaya dalam permohonan rayuan fasa 1, anda akan ditawarkan dan akan mendaftar bersama-sama calon ambilan pertama. Tetapi jika anda masih tidak berjaya, anda akan dipertimbangkan untuk rayuan fasa 2 jika ada kekosongan tempat.

Sekiranya membuat e-rayuan dan memilih program pengajian yang sama, adakah pemohon berpeluang untuk mendapat program pengajian tersebut?

Kejayaan mendapat tawaran tertakluk memenuhi syarat dan kekosongan tempat. Pemohon dinasihatkan memohon program lain. Pemohon juga dinasihatkan agar tidak melepaskan peluang untuk belajar dalam program- program kemahiran kerana peluang untuk belajar bidang kemahiran adalah sangat besar dan peluang pekerjaan juga adalah luas seperti di Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) yang lain.

Kenapa ada sebahagian pemohon yang mempunyai keputusan akademik yang cemerlang, tetapi masih gagal mendapat sebarang tawaran?

Kejayaan pemohon untuk memperoleh tempat bergantung kepada susunan merit dan pemilihan program pengajian di UA/ IPTA yang dipohon. Jika merit pemohon tidak begitu tinggi dan memohon program pengajian kompetitif, berkemungkinan besar pemohon tidak terpilih untuk ditawarkan program pengajian dalam pilihan mereka. Begitu juga jika pemohon hanya memohon di Universiti Awam yang popular, pemohon akan menghadapi persaingan yang tinggi dan akhirnya tidak mendapat apa-apa tawaran daripada UA berkenaan.

Antara beberapa sebab lain mengapa pemohon tidak ditawarkan ke mana-mana UA adalah kerana:

  1. Tidak mengemukakan permohonan melalui BPKP, JPT

  2. Tidak memenuhi syarat am UA dan syarat khas program pengajian

  3. Permohonan tidak lengkap

  4. Pemalsuan maklumat atau dokumen semasa mengemukakan permohonan

  5. Memohon program luar bidang aliran

  6. Tidak tekan butang Sah & Hantar semasa permohonan

  7. Pemohon sedang belajar

  8. Dokumen tidak diupload atau dokumen yang diupload tidak jelas (bagi STPM/Setaraf Kategori Diploma/Setaraf)

Jika telah mendapat tawaran kemasukan, tetapi tidak berminat dengan kursus yang ditawarkan. Bolehkah memohon untuk menukar kursus lain?

Tawaran adalah muktamad. Pemohon yang telah berjaya mendapat tawaran ke UA melalui BPKP tidak dibenarkan untuk memohon sebarang penukaran kursus yang lain. Keputusan adalah muktamad.

Perlukan
bantuan?
mail