Pentingkah pemilihan Universiti untuk Berjaya dalam Permohonan UPU?

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 14, 2021, 10:04 am

Musim biasiswa telah tiba tetapi apa gunanya pelbagai tawaran biasiswa jika tidak berjaya dalam permohonan UPU?. Kami sudah lama ingatkan kepada anda, keputusan cemerlang yang dimiliki kelak bukanlah tiket untuk anda berjaya dalam permohonan ke Universiti Awam (UA).

 

 

Pelbagai tip telah dikongsikan sebelum ini, seperti tip permohonan, kriteria pemilihan, bagaimana untuk elakkan permohonan ditolak dan sebagainya. Kami juga turut kongsikan sebuah e-book yang mungkin ada diantaranya telah memuat turun atau memandang sepi seakan tidak penting. Berbalik kepada tajuk perkongsian pada kali ini, pentingkah pemilihan universiti?. 

 

 

Ya sangat penting!. Untuk pengetahuan anda, senat universiti yang akan membuat keputusan sama ada mahu menerima anda sebagai pelajar mereka atau sebaliknya bukan UPU. Jangan ada yang masih keliru. UPU hanyalah sebuah bahagian yang diwujudkan untuk menguruskan permohonan kemasukan ke semua Universiti Awam (UA), Kolej Komuniti, Politeknik dan ILKA. Keputusan pemilihan 100% dibuat oleh pihak universiti. Jadi dipendekkan cerita, apakah kriteria lain yang dipilih oleh universiti selain syarat kelayakan akademik dan temuduga?. Berikut adalah beberapa kriteria penting lain yang akan menarik perhatian pihak universiti. 

 

 

PENGLIBATAN AKTIF DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM/KHIDMAT MASYARAKAT

 

Jika terlalu ramai yang memohon, kelayakan akademik juga lebih kurang sama tentunya pemilihan berkenaan akan menjadi semakin sukar. Walau bagaimanpun,  sekiranya anda mempunyai rekod penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum/khidmat masyarakat ianya sangat membantu. Pernah anda dengar, ada dalam kalangan pelajar yang tidaklah cemerlang dalam akademik tetapi berjaya ditawarkan ke universiti terkemuka seperti Universiti Malaya (UM)?. 

 

 

Ya, ramai yang berjaya ditawarkan dan majoriti mereka adalah pelajar yang aktif dalam sukan. Kenapa mereka diterima?. Ya sudah tentu diterima kerana setiap tahun akan diadakan Sukan IPT, jadi universiti memerlukan bakat sukan yang berkualiti dan terbaik untuk bertanding sama ada di peringkat dalam negara dan luar negara. Itu memang bukan sesuatu yang menghairankan. Jadi adakah anda seorang yang aktif dalam bidang kokurikulum?. Jika ya, nasihat kami mohonlah kursus berkaitan dengan bidang sukan antaranya adalah seperti berikut :

 

Lepasan SPM/Setaraf

 

UiTM
E2260
DIPLOMA PENGAJIAN SUKAN#
UiTM
E2261
DIPLOMA PENGURUSAN SUKAN DAN REKREASI#
UPNM
Z2038
DIPLOMA KETANGKASAN PERTAHANAN#
UPSI
A2039
DIPLOMA SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN#

 

Lepasan STPM/ Kelayakan Setaraf 

 

UiTM
ES20
SARJANA MUDA SAINS SUKAN (KEPUJIAN) #
UiTM
ES74
SARJANA MUDA PENGURUSAN SUKAN (KEPUJIAN) #
UiTM
ES76
SARJANA MUDA KESIHATAN DAN KECERGASAN (KEPUJIAN) #
UM
MS73
SARJANA MUDA SAINS SUKAN (SAINS EKSESAIS) #
UM
MS75
SARJANA MUDA SAINS PENGURUSAN SUKAN #
UMS
HS20
IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SUKAN DENGAN KEPUJIAN#
UPSI
AS72
IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SUKAN (REHABILITASI SUKAN) DENGAN KEPUJIAN #
UPSI
AS74
IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SUKAN (SAINS KEJURULATIHAN) DENGAN KEPUJIAN#
USM
SM18
IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KESIHATAN (KEPUJIAN) (SAINS SENAMAN DAN SUKAN) #

 

BAKAT YANG DIMILIKI

 

Bakat yang dimiliki sememangnya memberi banyak kelebihan untuk anda. Ini kerana, terdapat beberapa kursus pengajian yang meletakkan hanya syarat kelayakan bakat sahaja. Jadi, kenapa anda tidak memohon kursus berdasarkan bakat yang dimiliki?. Antara kursus yang ditawarkan berdasarkan bakat adalah :

A2112
DIPLOMA MUZIK #
07 Semester
UPSI
MUSIC AND PERFORMING ARTS
A2125
DIPLOMA TARI#
06 Semester
UPSI
MUSIC AND PERFORMING ARTS
A2126
DIPLOMA TEATER#
06 Semester
UPSI
MUSIC AND PERFORMING ARTS
E2112
DIPLOMA SENI MUZIK#
05 Semester
UiTM
MUSIC AND PERFORMING ARTS
E2126
DIPLOMA TEATER
05 Semester
UiTM
MUSIC AND PERFORMING ARTS

KUANTITI PELAJAR YANG MEMOHON MASUK KE SESEBUAH UNIVERSITI 

 

Anda tiada bakat dan tidak juga begitu aktif dalam aktiviti kokurikulum/sukan?. Jangan risau, selain faktor diatas, kuantiti pelajar yang memohon kemasukan juga mempengaruhi tawaran kemasukan. Kita sedia maklum, majoriti universiti terkemuka tentu sahaja menjadi rebutan sekaligus persaingan sangatlah sengit. Jika semua bersaing memohon ke universiti hebat-hebat dan berhampiran dengan negeri masing-masing sahaja bagaimana dengan UA lain?. Sudah tentu, tidak ramai yang memohon.

 

Kami juga turut dimaklumkan oleh beberapa pensyarah bahawa kemungkinan, beberapa kampus universiti akan ditutup dan kursus pengajian diberhentikan sekiranya permohonan yang diterima berkurang daripada jumlah minimum kuantiti pelajar yang ditetapkan. Jadi universiti manakah yang biasanya menerima kurang permohonan ini?. Majoritinya adalah universiti yang tempoh penubuhan kurang daripada 5 tahun dan terletak di lokasi yang jauh. Berikut adalah senarai universiti berikut :

 

  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

 

Penubuhannya yang masih baru bukan bermaksud kursus dan tenaga pengajarnya tidak berkualiti. Jangan ada yang salah faham. Kadang kala universiti berkenaan masih belum dikenali memandangkan ianya masih boleh dikatakan baru dan pelajar lebih tertumpu untuk merebut tempat di universiti terkenal. Padahal UA diatas juga memiliki tenaga pengajar yang berkualiti, kemudahan lengkap dan kelayakan sijil yang sama sahaja tarafnya. Jadi nasihat kami, pastikan dalam senarai pemilihan kursus turut terdapat permohonan ke universiti berkenaan dalam bidang yang anda minati. Walaupun di pilihan-pilihan terakhir. Ini penting untuk memastikan anda tetap berjaya dalam permohonan dan pihak universiti tentu sekali akan menerima permohonan anda untuk mencukupkan jumlah kuota pelajar bagi sesebuah kursus walaupun kelayakan anda adalah sangat minima. Tidak mengapa asalkan, memenuhi syarat kelayakan pasti akan berjaya dalam permohonan. 

 

Bagi kami belajar di mana sekalipun, asalkan anda boleh mempraktikkan ilmu yang dipelajari selepas tamat pengajian itu lebih baik. Jika berjaya menjejak kaki ke universiti terkemuka sekalipun tetapi dalam kursus yang tidak diminati, tiada potensi pekerjaan selepast tamat pengajian, ianya hanya membuang masa. Pilih kursus yang diminati, kursus keperluan industri dan barulah pilih universiti disamping pertimbangkan untuk memilih dalam senarai universiti yang kami kongsikan. SEMOGA BERJAYA!

 

ARTIKEL BERKAITAN UPU & LAIN-LAIN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail