Tarikh Kemasukan Pelajar Baru ke IPTA/IPTS 2020

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Apr 16, 2020, 01:28 am

Berdasarkan sidang media berkenaan, tarikh kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT) bagi pengajian asasi, diploma, matrikulasi, IPG adalah pada bulan Julai atau Ogos 2021, manakala bagi pengajian ijazah (degree) adalah pada bulan September atau Oktober 2021. Penangguhan ini hanya melibatkan calon SPM, SVM, STPM, STAM yang mengambil peperiksaan pada tahun ini sahaja.

 

Keputusan itu dibuat memandangkan peperiksaan SPM dan SVM tahun ini (tahun 2020) akan diadakan pada tahun depan iaitu ditunda pada suku pertama tahun 2021, peperiksaan STPM semester ke-2 akan ditunda pada bulan ogos 2020, peperiksaan semester ke-3 dan STAM akan diadakan pada suku pertama 2021. Tarikh rasmi akan dimaklumkan kemudian. 

 

 

Bagaimana pula dengan pelajar yang memohon kemasukan ke IPTA/IPTS pada tahun ini? Bagi pelajar yang memohon ke IPTA/IPTS pada tahun ini, tarikh kemasukan bagi program diploma, matrikulasi, asasi, IPG, ILKA, kolej komuniti dan sebagainya DITUNDA pada Julai-Ogos 2020 dimana tahun sebelum-sebelumnya Mei-Jun. Manakala Ijazah pada September-Oktober 2020. Sebarang perubahan bergantung kepada keadaan semasa. Jadi, permohonan perlu dibuat seperti biasa. Yang berminat ke IPTA, IPG, Matrikulasi, Kolej Komuniti, ILKA, tarikh tutup permohonan UPU adalah pada 17 April 2020. Untuk panduan permohonan, SILA KLIK DISINI.  Berikut adalah kenyataan media daripada KPM mengenai kemasukan pelajar baru ke IPT pada tahun ini. 

 

 

Untuk sesi pendaftaran masuk ke universiti awam bagi program pengajian asasi dan diploma 2020/2021, boleh rujuk jadual dibawah :

 

Untuk semak tarikh kemasukan dan kalendar akademik universiti pada tahun ini boleh klik : Tarikh Pendaftaran Masuk ke Semua Universiti Awam Sesi 2019/2020. Video penuh sidang media, boleh KLIK DISINI. Untuk baca artikel berkaitan sebagai panduan kelak, klik senarai dibawah.

 

Kepada yang belum dan ingin mengemukakan permohonan,  anda dinasihatkan klik artikel Panduan Permohonan UPU 2020/2021mengikut kategori supaya tidak membuat sebarang kesilapan semasa mengisi permohonan. Jika sudah bersedia boleh terus klik mohon UPU sekarang :

SEMOGA BERJAYA!

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail