9 Kemahiran Berpendapatan Tinggi yang Anda Boleh Belajar Secara Percuma!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Apr 04, 2022, 09:34 am

Apabila teknologi berkembang, semakin banyak peranan dan fungsi pekerjaan baru akan diwujudkan. Adakah anda berfikir untuk menukar kerjaya sekarang dengan kerjaya baru yang boleh meningkatkan pendapatan anda? Jika ya, artikel yang kami hendak kongsikan ini sangat sesuai untuk anda!. 

 

Paling menarik, anda boleh mempelajari semua kemahiran yang diperlukan ini secara percuma tanpa perlu melanjutkan pengajian di mana-mana institusi!. Menerusi artikel ini kami  kongsikan antara kemahiran baru yang mendapat permintaan yang tinggi seterusnya bakal meningkatkan pendapatan anda selain platform untuk belajar secara PERCUMA!.

 

 

Pembangunan Blockchain (Blockchain Development)

Walaupun blockchain technology ini boleh dikatakan masih baru tetapi, industri berkaitan bidang ini telah menjana keuntungan berbilion dolar. Menurut Statistik, perbelanjaan global untuk pembangunan Blockchain akan mencapai $19 bilion menjelang tahun 2024. 

 

Ini disebabkan oleh fungsinya dalam mencipta dan mengurus mata wang kripto seperti Bitcoin. Crypto secara ringkasnya adalah platform yang dipanggil blockchain, berfungsi sebagai pengantara dalam urus niaga yang selamat, contohnya, membeli, menjual dan memindahkan mata wang. 

 

 

Memandangkan dunia hari ini terus mencari jalan untuk menggunakan dan memoptiumkan teknologi blockchain (blockchain technologies), terdapat banyak pekerjaan untuk anda yang mempunyai kemahiran ini. Berikut adalah antara kerjaya yang boleh dipohon sekiranya anda mempunyai kemahiran blockchain development. 

Laluan Kerjaya Blockchain:

  • Blockchain Developer
  • Blockchain Quality Engineer
  • Blockchain Solution Architect
  • Smart Contracts Engineer

 

Pembangunan Laman Web (Web Programming)

Kemahiran pembangunan laman web atau web programming/web design mendapat permintaan tinggi dalam pelbagai industri sekaligus menawarkan peluang kerjaya yang luas. Satu kemahiran dalam bidang ini wajib diberi perhatian adalah low-code programming. Kemahiran ini merujuk kepada kemahiran yang dimiliki oleh pembangun laman web dalam membina laman web dengan fungsi yang baik dan cantik.

 

 

Dengan kata lain, laman web yang dihasilkan memudahkan pengguna (user-friendly), berfungsi dengan teratur seperti mana yang dikehendaki dengan rekaan web yang menarik. Kebanyakan pembangun web menggunakan hosting seperti WordPress yang memudahkan mereka membina laman web yang cantik dan profesional dalam masa yang singkat.

Laluan Kerjaya dalam Pengaturcaraan:

  • Frontend Development
  • Low-Code Web Designer
  • Backend Development
  • Full-Stack Development
  • Cybersecurity
  • Database Management

 

Pengaturcaraan Komputer (Cloud Computing)

Cloud Computing adalah bidang baru berkaitan pekerjaan dalam talian (online). Apa yang dilakukan oleh Cloud Computing adalah membantu memudahkan operasi organisasi dengan mewujudkan pusat data (data center) tanpa perlu membina pusat data mereka sendiri dan memberi akses kepada staf melalui remote servers.

 

 

Memandangkan semakin banyak organisasi berusaha untuk memodenkan operasi mereka, teknologi Cloud Computing yang pantas dan berterusan sangat diperlukan. Dan dengan itu, akan terdapat permintaan yang lebih tinggi untuk pakar dalam bidang Cloud Computing di masa hadapan. 

 

Bagaimana hendak mendapatkan kemahiran dalam cloud computing ini?, Tidak ada kemahiran yang perlu dipelajari secara khusus, kemahiran ini boleh diperolehi daripada kemahiran lain seperti pembangunan laman web atau keselamatan siber.

 

Laluan Kerjaya Cloud Computing:

  • Cloud Engineer
  • Cloud Architect
  • Cloud Infrastructure Engineer
  • Cloud Security Engineer
  • Cloud Administrator

 

Pemasaran Kandungan (Content Marketing)

Selagi mana produk atau perkhidmatan (products or services) baharu terus muncul di pasaran dan jenama lama masih kekal bertahan dan mengembangkan pasaran mereka, pemasaran kandungan akan kekal sebagai kemahiran yang mendapat permintaan tinggi dan menjadi salah satu daripada marketing campaigns.

 

 

Menurut laporan, pemasaran kandungan akan mengalami pertumbuhan $417.85 bilion yang menakjubkan antara 2021 dan 2025. Walaupun pasaran kandungan pada masa ini sangat kompetitif dengan tahap pertumbuhan yang begitu tinggi, tetapi tetap akan ada peluang pekerjaan yang luas tersedia untuk mereka yang masih baru dalam bidang content marketing strategies 

 

Laluan Kerjaya Pemasaran Kandungan:

  • Content Manager
  • Content Marketer
  • Content Strategist
  • Content Writer
  • Search Engine Optimization Specialist

 

Big Data

Big Data adalah kaedah penuaian dan pemprosesan sejumlah besar data untuk memperoleh maklumat berguna seterusnya dapat membuat keputusan yang lebih tepat terutamanya dalam strategi perniagaan. Pembuatan keputusan yang lebih tepat boleh menjimatkan wang dan masa, dan ini jelas menunjukkan betapa pentingnya penganalisis data dalam proses pembuatan keputusan sekaligus mendapat permintaan yang tinggi. 

 

 

Menurut World Data Science Initiative, pendapatan penganalisis data bakal mencecah setinggi $130,000 pada tahun ini, menjadikannya bidang yang menguntungkan bagi sesiapa yang mempunyai kemahiran dan berniat untuk beralih kepada kerjaya baharu.

 

Laluan Kerjaya Big Data:

  • Data Architect
  • Data Engineer
  • Data Analyst
  • Database Manager
  • Data Scientist

 

Artificial Intelligence and Machine Learning

Dalam era teknologi yang belum pernah berlaku sebelum ini, beberapa inovasi menakjubkan telah ditemui seperti Kepintaran Buatan (AI) dan pembelajaran mesin. Dengan bantuan kedua-duanya, teknologi seperti kereta pandu sendiri, perisian pengecaman muka dan robot pembedahan telah muncul serta pelbagai lagi aplikasi untuk perniagaan, kesihatan, alam sekitar dan sebagainya.

 

 

Semrush meramalkan bahawa pasaran AI global akan meningkat pada kadar yang lebih pantas dalam beberapa tahun akan datang, mencecah $190.61 bilion menjelang 2025. Memandangkan AI dan pembelajaran mesin masih dalam bidang baharu, permintaan untuk pakar AI dan pembelajaran mesin berkemungkinan akan melebihi bekalannya kelak. 

 

Laluan Kerjaya Artificial Intelligence and Machine Learning:

  • Machine Learning Developer
  • Data Engineer
  • Software Engineer
  • Data Scientist

 

Reka Bentuk UX/UI

User Experience (UX) dan User Interface (UI) design adalah kmahiran yang muncul dibawah pembangunan web, kedua-duanya menjurus ke arah untuk memastikan pengguna dapat memperolehi pengalaman yang menarik ketika melayari laman web.

 

 

Organisasi di seluruh dunia berebut untuk mendapatkan khidmat pereka UX/UI yang berkemahiran dalam menyusun atur maklumat yang tersedia dan maklumat penting lain yang diperlukan oleh laman web. 

 

Ini bertujuan untuk memastikan pengguna yang melayari laman web mereka mendapat pengalaman yang menarik, memudahkan pengguna mendapatkan maklumat yang diperlukan seterusnya mendorong permintaan yang lebih tinggi untuk produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

 

Buat masa sekarang terdapat lebih 6,000 penyenaraian kerja yang berkaitan dengan UI/UX pada Indeed sahaja. Carian serupa di Glassdoor dan LinkedIn memaparkan kira-kira 3,000 dan 1,500 penyenaraian kerja kosong dalam jawatan ini, jelas menunjukkan bahawa tiada kekurangan pekerjaan untuk pereka produk pada tahun 2022.

 

Laluan Kerjaya UX/UI:

  • UX Strategist
  • Information Architect
  • UX Researcher

 

Pemasaran Video (Video Marketing)

Enjin Carian seperti Bing mungkin dilihat sebagai saingan kepada Google tetapi menurut Jurnal Carian Enjin, ternyata YouTube merupakan saingan utama dengan lebih 2 bilion pengguna log masuk setoap hari. Kini, Youtube menjadi enjin carian kedua terbesar di dunia selepas Google dan tidak mustahil akan memintas populariti Google untuk 2-3 tahun ke hadapan. 

 

 

Video juga kini menjadi sumber utama kandungan web dengan mengumpulkan 85% daripada semua trafik berkaitan web, ditambah pula dengan fakta bahawa 86% perniagaan menggunakan video sebagai alat pemasaran. Pemasaran video ialah lombong emas yang menjanjikan begitu banyak peluang untuk anda sekiranya mempunyai kemahiran yang betul. 

 

Laluan Kerjaya Pemasaran Video:

  • Content Creator
  • Video Producer
  • Video Editor
  • Search Engine Optimization Specialist (SEO)

 

 Internet of Things (IoT)

Internet of Things (IoT)  ialah jambatan yang menghubungkan peranti secara digital dan membolehkan anda berkomunikasi, berkongsi data dan sebagainya, merentas internet. Pada masa lalu, internet digunakan terutamanya pada komputer—tetapi hari ini, anda boleh menyambung ke peranti seperti jam tangan, peti sejuk, kereta dan sebagainya.

 

Seperti yang anda bayangkan, pelbagai aplikasi termasuk dalam industri seperti penjagaan kesihatan, pertanian, pengangkutan, produk pengguna, dsb. Ini menunjukkan bahawa akan terdapat jumlah pekerjaan IoT yang tinggi pada tahun 2022 dan seterusnya.

 

Laluan Kerjaya Internet of Things:

  • Data Analytics
  • Network Specialist
  • Cybersecurity Engineer
  • Artificial Intelligence Engineer

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat membantu anda mencari kemahiran baru yang diperlukan pada masa kini dan hadapan. Dengan kemahiran yang dimiliki kelak, akan meningkatkan pendapatan anda. Semoga berjaya!

 

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail