Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 18, 2020, 07:27 am
Tahniah kerana anda sudah pun berjaya menamatkan pengajian masing-masing. Sebaik tamat pengajian tentu anda akan mula memikirkan tentang kerja. Bagaimana hendak cari kerja, siapa yang menawarkannya, apa platform carian kerja terkini dan sebagainya. Jadi kepada fresh graduate di luar sana, kami kongsikan kepada anda checklist yang wajib anda lakukan sebagai persediaan untuk berjaya mendapat pekerjaan. Fikir sahaja tanpa sebarang persediaan dan tindakan, memang takkan berguna sesen pun. Jom semak senarai yang dikongsikan ini.
Semua orang tahu apa kegunaan resume. Kepada yang tidak tahu fungsinya, resume ini mengandungi maklumat tentang latar belakang pendidikan, pengalaman kerja, kemahiran dan contact untuk dihubungi sekiranya syarikat yang dipohon berminat untuk mengambil anda sebagai pekerja. Jadi, resume yang dihasilkan mestilah lengkap berserta maklumat yang padat tetapi pada masa yang sama tidak berjela-jela sehingga penemuduga naik semak melihatnya. Bagaimana cara hendak hasilkan resume yang gempak tanpa perlu mengupah orang lain, boleh layari canva.com. Aplikasi berkenaan adalah percuma sahaja. Anda juga dinasihatkan untuk merujuk artikel berkaitan resume dibawah.
5 Perkara Tak Sepatutnya Ada dalam Resume Kerja
Kalau anda pernah menyertai mana-mana pertandingan, projek dan sebagainya, boleh kumpulkan dalam bentuk portfolio terutamanya jika benda yang dihasilkan itu sangat menarik. Kumpulkan semuanya supaya majikan lebih teruja dengan bakat dan kebolehan yang dimiliki. Mungkin dengan adanya portfolio ini, peluang anda untuk ditawarkan kerja lebih tinggi berbanding calon-calon lain. Contoh kalau anda merupakan penulis, sertakan link artikel atau artikel-artikel dalam majalah yang telah diterbitkan. Kalau anda seorang designer, sertakan designs yang pernah dibuat. Cuma pastikan hasil kerja tersebut menarik bukannya sendu. Tak perlu masukkan terlalu banyak, cukup sekadar hasil kerja terpilih dan anda rasakan ianya akan menarik perhatian penemuduga. Kuantiti tidak penting, kualiti yang diutamakan.
Langkah ketiga, anda wajib mendaftar akaun carian kerja di laman carian kerja terkenal. Ini wajib dilakukan kerana majoriti majikan sekarang sudah tidak gunakan cara lapuk jika mereka mahu iklankan jawatan kosong. Semuanya melalui platform online sahaja. Majikan akan meneliti akaun profil anda di semua laman cari kerja yang mereka daftar bagi tujuan mencari calon pekerja berkualiti. Platform carian kerja manakah yang popular dan menjadi tumpuan majikan mengiklankan jawatan kosong?. Rujuk artikel berikut : Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia yang Wajib Anda Tahu. Bila dah tahu, boleh terus layari laman web berkenaan dan sign up untuk buka akaun carian kerja. Kemudian mohon mana-mana kerja yang bersesuaian mengikut kelayakan anda.
Sementara menunggu panggilan interview, anda boleh semak senarai syarikat yang berpotensi memanggil anda ke temuduga mereka. Luangkan masa untuk buat research mengenai syarikat tersebut, bisnes apa yang dijalankan, potensi bisnes mereka di masa hadapan dan bagaimana anda sebagai pekerja kelak boleh membantu memajukan lagi syarikat berkenaan. Persediaan ini penting sekiranya anda berjaya dipanggil temuduga kerana soalan berkenaan adalah soalan wajib ditanya penemuduga. Mereka mahu lihat sejauh mana pengetahuan anda tentang industri yang mereka ceburi dan apa sumbangan anda kelak. Jadi buat persediaan yang rapi.
Jika anda mempunyai rakan-rakan yang sudah pun bekerja jangan malu untuk bertanya sekiranya ada sebarang kekosongan jawatan kosong di syarikat mereka. Kalau anda berdiam diri, rakan anda pun takkan terfikir untuk memaklumkan peluang tersebut. Jadi networking ini sangat penting sebab itulah kalau sudah tamat pengajian pun, jangan putus kawan dengan rakan seuniversiti yang lain. Mereka mungkin akan membantu anda.
Sementara menunggu jangan buang masa, mantapkan skill yang anda ada selain cari skill baru yang boleh diketengahkan. Zaman sekarang majikan bukan lihat sangat kelayakan akademik di atas kertas, berapa pointer dan sebagainya. Mereka lebih pentingkan kemahiran yang anda miliki. Berguna atau tidak untuk mereka. Kalau berguna, tentu sahaja mereka takkan lepaskan anda begitu sahaja. Jadi, belajar pelbagai skill supaya senang anda hendak "jual diri" ketiga sesi temuduga nanti. Bagaimana cara hendak belajar pelbagai skill?. Kenal youtube?. Boleh belajar disitu. Pilih video yang banyak beri ilmu dan berkaitan dengan pekerjaan yang dipohon.
Selain itu, anda boleh merujuk tip berkaitan pekerjaan yang lain dengan klik pada senarai dibawah. Diharapkan perkongsian ini bermanfaat dan semoga berjaya!.
Perlukan
bantuan?