10 Bidang Pengajian yang Susah Dapat Kerja!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 18, 2020, 12:52 pm

Belajar penat-penat tak ada kerja?. Hutang bertimbun, duit pun tak ada untuk bayar hutang pinjaman sehingga akhirnya disenarai hitam dibawah CCRIS. Akibat CCRIS ini, anda akan dikenakan sekatan untuk membeli rumah, kereta, melancong ke luar negara malah hendak ke Thailand pekena pulut ayam sahaja pun tidak boleh. Anda takut seandainya berhadapan dengan situasi berkenaan?. Kalau takut, sila besarkan mata luas-luas untuk semak 10 bidang yang kurang menjanjikan peluang pekerjaan selepas tamat pengajian.

 

 

Perkongsian ini bukanlah pembohongan semata-mata tetapi ianya adalah fakta yang dikeluarkan oleh Jobstreet.com (laman carian pekerjaan paling popular di Malaysia, majoriti graduan/majikan mendaftar di laman tersebut untuk mencari kerja dan mencari pekerja). Fakta ini dibentangkan dalam bentuk laporan kepada pihak Kementerian Pendidikan Tinggi pada tahun lepas.

 

 

Paling tinggi hanya 30% graduan bekerja dalam bidang sama manakala 70% bekerja dalam bidang yang lain. Bukan hendak menakutkan bakal atau lepasan graduan dalam 10 bidang yang akan kami kongsikan ini, tetapi lebih kepada mengingatkan anda supaya lebih bersedia apabila tamat pengajian kelak.

 

grad

 

Apa pilihan kerjaya yang boleh anda ceburi, bagaimana untuk memastikan tiada istilah pengangguran dalam kamus hidup anda. Untuk anda yang berminat dengan kursus ini atau sedang melanjutkan pengajian atau sudah tamat pengajian, boleh baca perkongsian kami melalui artikel TIP UNTUK ELAKKAN ANDA MENGANGGUR. Dalam artikel berkenaan kami kongsikan tip sebelum dan selepas tamat pengajian. Semoga perkongsian ini membantu anda yang kemungkinan sudah buntu. Kami doakan juga segala urusan kehidupan anda akan dipermudahkan.

 

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail