Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 18, 2020, 10:54 am
Apa perkara pertama yang majikan akan tengok untuk nak kenal kita, tentu resume kan?. Korang pernah tak terfikir, kemungkinan apa yang korang letak dalam resume tu buatkan majikan tak berminat nak tawarkan kerja walaupun korang berkelayakan. Jadi, menerusi artikel ini, kami kongsikan 6 perkara yang kebanyakan orang letak dalam resume dan gagal dapat kerja.
Dalam resume ni tak perlu nak letak gaji previous companies atau gaji company sekarang. Sebabnya, korang dah create persepsi buruk majikan dan mereka dah judge korang hanya melalui resume. Judge dari segi apa?. Pertama, kalau gaji korang tu tinggi, kemungkinan tak match dengan tangga gaji yang diaorang tetapkan, buang masa nanti diaorang panggil interview dan korang tak nak sebab gaji rendah. Kalau gaji korang rendah pula, majikan akan fikir korang bukanlah hebat mana pun sebab kerja bertahun-tahun pun company sebelum ni atau sekarang bayar murah je. Nampak tak kesannya disitu?. Jadi jangan letak.
Nama emel ni penting sebab salah satu cara majikan buat penilaian berkaitan tahap profesional dan kematangan korang adalah melalui nama emel. Kalau dah nama kucingkurap@gmail, [email protected]. Apa ke benda lah nama emel, tak profesional langsung. Guna nama elok-elok sikitlah, contohnya nama penuh korang diikuti dengan nombor sebab kadang nama tu dah digunakan orang lain. Kan elok sikit, dari nama entah apa-apa tu.
Ni ramai yang masukkan. Itu sampai berjela-jela resume sampai setebal buku teks. Kalau korang nak masukkan pengalaman kerja, masukkan yang berkaitan dengan jawatan yang nak dipohon saja. Tak perlu nak masukkan pengalaman kerja dekat kedai runcit, part time job time belajar dan lain-lain yang tak berkaitan. Pengalaman tu tak penting pun melainkan kalau kerja tu berkaitan dengan jawatan yang nak dipohon. Kalau tak berkaitan, tak guna pun masukkan. Jangan jadi malas sangat nak ubah maklumat resume ikut pada jawatan yang dipohon. Kami tahu, korang akan guna resume yang sama tak kiralah mohon jawatan apa pun. Tolong rajinkan diri edit resume masing-masing ikut pada jawatan.
Tak perlu nak masukkan maklumat peribadi. Nama pun peribadi nak dikongsikan dengan orang lain tu dah kenapa?. Contoh maklumat peribadi status korang kahwin dah ke belum, hobi, benda yang korang minat. Nasihat kami, tak perlu nak masukkan sebab tak penting pun. Nak masukkan hobi kenapa, ingat zaman sekolah ke nak kongsikan apa hobi yang korang suka. Lepas dah dapat kerja bolehlah share apa hobi korang. Dalam resume tak perlu. Hanya maklumat PENTING saja. Hobi tu tak penting sangat.
Kebanyakkan resume memang ada reference dengan alamat jawatan dan nombor telefon untuk dihubungi. Kononnya diaorang akan call dan tanya apa pendapat reference pasal diri korang. Secara logiknya, mestilah diaorang dah tahu yang korang dah maklumkan dengan reference supaya cakap benda elok-elok je pasal korang kan?. Jadi apa faedahnya kalau diaorang call?. Melainkan dalam panduan permohonan, diaorang minta korang letakkan nama reference. Itu lain cerita. Kalau tak ada bermaksud, tak salah pun kalau korang tak letak.
Jadi elakkan persepsi buruk majikan dekat korang. Tak perlu resume setebal buku teks, yang penting anda ada nyatakan pengalaman berkaitan, ada alamat, nombor, emel untuk dihubungi, kelayakan. Kepada yang ada termakan cili tu, ubah cepat resume korang sebelum kena reject. Semoga berjaya!.
ARTIKEL BERKAITAN
Perlukan
bantuan?