Tip Dapat Kerja Kalau Mohon Jawatan yang Anda Overqualified

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 18, 2020, 02:51 am

Ayat yang sering anda dengar bila pergi interview kerja bagi jawatan kosong terkini yang bukan mengikut kelayakan. "Maaf awak tidak layak kami hanya nak lepasan SPM je". Awak ok ke kerja tak ikut kelayakan, gaji sikit je ni?. Kenapa awak mohon kerja tak ikut kelayakan awak?" dan bermacam lagi soalan yang diajukan. 

 

 

Kenapa majikan tidak berminat mengaji anda sedangkan bukankah lebih baik kalau mereka mengaji pekerja yang kelayakannya lebih tinggi. Tugasan yang diberikan akan mudah diselesaikan dan tidak perlu sentiasa memberi tunjuk ajar. Persepsi anda terhadap majikan sebenarnya salah, mereka bukannya mempertikaikan keupayaan anda tetapi bimbang dalam beberapa perkara jika menerima anda. Berikut adalah antara perkara yang menjadi kebimbangan utama para majikan :

 

  • Tiada motivasi/semangat untuk bekerja
  • Minta gaji yang lebih tinggi
  • Mudah bosan dengan kerja 
  • Takkan bekerja lama

 

cara mohon kerja yang overqualified. Sumber Giasbergen

 

Dalam senarai sebab diatas, mesti salah satu sebab itu adalah anda. Pertama tak bersemangat untuk kerja, iya lah sudah tentu anda mahukan kerja mengikut kelayakan tetapi masih gagal ditawarkan. Anda juga akan menganggap tak sepatutnya anda bekerja disitu. Bekerja semata-mata untuk mendapatkan duit sementara mendapat tawaran kerja yang lain. Kedua, anda mungkin bercadang untuk minta dinaikkan gaji selepas ditawarkan jawatan tetap disitu mengikut kelayakan akademik. 

 

Ketiga, mudah bosan dengan kerja mungkin anda menganggap kerja tersebut terlalu senang. Lama-kelamaan sudah hilang minat dan akhir sekali berniat untuk berhenti. Jika tidak bosan sekalipun, sekiranya mendapat tawaran gaji yang lebih tinggi anda akan berhenti. Semua sebab inilah yang menjadi punca majikan kurang berminat mengaji mana-mana individu yang memohon jawatan tidak mengikut kelayakan masing-masing. 

 

Jadi jika anda memang benar-benar berminat untuk mengisi jawatan tersebut atau semata-mata kerana duit sekalipun, berikut kami kongsikan cara untuk pastikan majikan menerima anda yang terlebih layak itu. 

 

Jujur maklumkan sebab utama memohon jawatan berkenaan

Ya, anda perlu jujur untuk maklumkan sebab kenapa anda berminat untuk mengisi jawatan bagi iklan jawatan kosong tersebut. Contohnya jika sebelum ini anda sudah pun mempunyai karier yang bagus dengan tangga gaji yang lumayan tetapi anda memohon ke jawatan yang lebih rendah disebabkan oleh kekangan masa. Contoh bekerja shift jadi anda mahu bekerja normal working hours atau jika anda belum memperolehi sebarang tawaran kerja selepas tamat pengajian. Maklumkan anda tidak kisah bermula dari bawah untuk menimba pengalaman. Majikan akan lihat kesungguhan dan tertarik dengan kejujuran anda. Maklumkan sahaja, tunjukkan kesungguhan anda untuk bekerja dengan mereka. 

 

Cara mohon kerja yang overqualified. Sumber WWW.9GAG.COM

 

Kaitan skills dengan jawatan yang dimohon

Selain memaklumkan skills yang anda ada, jangan lupa untuk kaitkan skills dengan jawatan yang dimohon. Contohnya, anda memohon jawatan kerani untuk sebuah syarikat insurans, maklumkan kepada mereka yang anda cekap menggunakan pelbagai aplikasi microsoft seperti microsoft excel, word, powerpoint dan sebagainya. Dengan itu, majikan akan terfikir banyak kali sebelum menolak permohonan kerja anda. Ini kerana, mereka tentunya mahu pekerja yang ada kemahiran tertentu berkaitan jawatan yang ditawarkan. 

 

Tunjukkan komitmen 

Tunjukkan kepada mereka yang anda memang komited dengan jawatan yang dipohon. Boleh bekerja dengan baik tanpa sebarang gangguan. Komitmen sangatlah penting kerana sebaik sahaja majikan mengaji anda, mereka melakukan pelaburan ke atas pekerja baru yang jumlah pelaburan tersebut bukanlah sedikit jika mahu mencari pekerja yang berkualiti. Selain wang, mereka juga perlu luangkan masa untuk memilih calon yang terbaik. Jadi perlu menyakinkan mereka yang anda akan beri sepenuhnya komitmen sekiranya berjaya ditawarkan kelak.

 

 

Gaji boleh dirunding

Gaji merupakan salah satu perkara yang menjadi kebimbangan utama majikan. Jadi, jika anda memang ingin mengisi kekosongan jawatan kosong tersebut be open to salary negotiations. Jangan tunjukkan yang anda memang mahu meminta gaji yang tinggi mengikut kelayakan. Anda perlu berpijak pada bumi yang nyata. Jawatan yang dipohon itu kelayakannya lebih rendah. Letak tepi kelayakan ijazah kelas pertama anda itu kalau memang betul mahukan jawatan tersebut. 

 

Selain itu, suka juga kami hendak kongsikan10 Syarikat Paling Popular Pilihan Rakyat Malaysia untuk Bekerja, Peluang Kerjaya dibawah Kerajaan untuk Lepasan SPM!, 12 Kerjaya Tanpa Pendidikan Tinggi yang Beri Pulangan Gaji Lumayan! yang anda boleh semak dan intai peluang jika ada jawatan kosong terkini yang diiklankan. Bagi yang sedang mencari pekerjaan secara online, boleh semak senarai Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia yang Wajib Anda Tahu. Majoriti majikan mengiklan jawatan kosong terkini di portal-portal berkenaan dan sebelum memohon kerja pastikan semak dahulu resume kerja. Anda boleh semak 5 perkara yang tak sepatutnya ada dalam resume kerja kalau nak senang berjaya dalam permohonan kerja kosong terkini. 

 

Sekiranya dipanggil hadir ke temuduga kerja kelak, jangan lupa untuk buat persediaan dengan menyemak Punca ramai gagal dalam temduga kerja dan soalan wajib yang perlu ditanya semasa hadir ke temuduga selain Ketahui 13 Bidang Pengajian yang Senang Dapat Kerja dan Kursus Pengajian Dibawah Universiti Awam yang Senang Dapat Kerja

 

Diharapkan dengan tip yang dikongsikan ini dapat membantu anda mendapat pekerjaan sekurang-kurangya untuk menampung kehidupan sendiri. Walaupun gaji yang bakal diperolehi lebih rendah berbanding jika mengikut kelayakan anda, tidak salah bermula dari bawah. Jika anda menunjukkan prestasi yang baik, majikan tentu akan menghargainya dengan menaikkan gaji, beri bonus dan sebagainya. Kalau tidak sekalipun, anda sudah pun memperolehi pengalaman kerja dan boleh memohon ke syarikat lain yang menawarkan lebih tinggi gaji. Kalau mahukan pengalaman kerja, mulalah dari bawah anda akan memperolehi pengalaman itu. Untuk artikel lain berkaitan kerjaya rujuk senarai link dibawah :

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail