Senarai Kerjaya Baru yang Tawar Gaji Lumayan Selain Senang Dapat Kerja

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 14, 2021, 01:34 am

Kami yakin ramai yang telah berjaya ditawarkan ke IPTA/IPTS, tetapi isunya sekarang adakah korang yakin kursus pengajian yang ditawarkan itu akan menyediakan peluang pekerjaan selepas tamat pengajian?. Bagi memastikan pilihan yang dibuat adalah tepat, kami kongsikan kerjaya yang boleh dikatakan baru tetapi sangat diperlukan pada masa kini dan hadapan.

 

 

Saintis Data

Saintis data sentiasa mendapat permintaan tinggi kerana dunia hari ini berada di era digital. Individu yang memiliki kemahiran dalam bidang penyelidikan data sangat diperlukan untuk membantu merancang strategi yang lebih berkesan terutamanya dalam sektor perniagaan. 

 

 

Dalam business, orang sudah tak menggunakan cara lama lagi untuk menjual dan mempromosikan produk. Kalau masih menggunakan cara lama, peratusan untuk bankrap sangat tinggi. Mahu tidak mahu, mereka wajib menggunakan khidmat saintis data untuk membantu merancang strategi perniagaan yang lebih berkesan. Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai kepentingan bidang Data Saintis ini, boleh KLIK DISINI. Berminat nak jadi saintis data?, berikut antara senarai IPTA/IPTS yang tawarkannya :

  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) - Bachelor of Computer Science (Database Management) with Honours
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - Bachelor of Computer Science (Database System)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) (Shah Alam) - Bachelor Of Science (Hons) (Data Communications And Networking
  • Wawasan Open University - Bachelor of Information Technology (Hons) in Database Management, Graduate Diploma in Database Management
  • MARA-Japan Industrial Institute (MJII) - Diploma in Electronic Engineering (Data Transmission & Network)
  • Politeknik - Certificate in Data Processing

 

Jurutera Robotik

Pengunaan robot atau mudahnya mesin memang tidak asing lagi terutamanya dalam industri perkilangan seperti otomotif, makanan minuman, produk kesihatan dan sebagainya. Semua mengguna pakai khidmat mesin untuk mempercepatkan proses pengeluaran produk, meningkatkan jumlah pengeluaran, menjimatkan masa, wang, tenaga dan sebagainya.

 

 

Jadi, semestinya seorang jurutera robotik diperlukan untuk mengendalikan robot (mesin) sekaligus memastikan kelancaran aktiviti pengeluaran produk. Dengan kewujudan beratus-ratus kilang yang bergantung kepada penggunaan mesin, tentunya membuka banyak peluang pekerjaan. Jadi, tak rugi kalau korang mohon ke kursus ini. Kalau berminat, boleh semak syarat kelayakan masuk ke kursus di IPTA/IPTS berikut :

  • Multimedia University (MMU) - Bachelor Of Engineering (Hons) Electronics Majoring In Robotics And Automation
  • Universiti Kuala Lumpur Kampus Cawangan Malaysia France Institute (UniKL-MFI) - Bachelor Of Engineering Technology (Hons) In Industrial Automation And Robotics
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) - Bachelor of Electrical Engineering Technology (Honours) (Robotic and Automation Technology)
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) - Bachelor of Electrical Engineering Technology (Industrial Automation and Robotics) with Honours, Bachelor of Manufacturing Engineering (Robotics & Automation) with Honours
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kuantan - Diploma in Manufacturing Engineering (Industrial Automation and Robotic)
  • MARA-Japan Industrial Institute (MJII) - Diploma in Electronic Engineering (Robotic & Automation)
  • Stradford International College - Diploma in Mechatronics and Robotics Engineering

 

Fisioterapi

Gaya hidup masyarakat hari ini banyak memberi kesan negatif kepada kesihatan termasuklah kesihatan fizikal contohnya sakit belakang dan leher, sakit dalam mana-mana sendi seperti di lutut, bahu, siku, tangan, dan kaki serta banyak lagi. 

 

 

Kesakitan berkenaan tidak boleh dipulihkan oleh seorang doktor, dan doktor akan merujuk pesakit kepada ahli fisioterapi kerana mereka sahaja tahu kaedah pemulihan yang bersesuaian dengan pesakit. Ahli fisioterapi bukan sahaja diperlukan di hospital kerajaan malah mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan hospital dan pusat pemulihan (rehabilitasi) swasta. Kalau korang berminat sambung belajar dalam bidang ini, boleh mohon ke IPTA/IPTS dalam senarai berikut :

  • AIMST University -Bachelor of Physiotherapy (Hons), Diploma in Physiotherapy
  • Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) - Diploma in Physiotherapy
  • Asia Metropolitan College Kota Kinabalu - Diploma in Physiotherapy
  • Asia Metropolitan College Kuching - Diploma in Physiotherapy
  • Asia Metropolitan University - Diploma in Physiotherapy
  • ICAN College - Diploma in Physiotherapy
  • International Islamic University Malaysia (IIUM) - Bachelor of Physiotherapy (Honours)
  • INTI International University - BSc (Hons) in Physiotherapy, Diploma in Physiotherapy
  • Islamic College of Science & Technology - Diploma in Physiotherapy
  • Jeneva College - Diploma in Physiotherapy
  • KPJ Healthcare University College - Bachelor of Physiotherapy (Hons), Diploma in Physiotherapy
  • Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMUC) - Diploma in Physiotherapy
  • MAHSA University - Bachelor of Physiotherapy (Hons), Bachelor of Physiotherapy (Hons) in collaboration 4+0 with Northumbria University, Diploma in Physiotherapy
  • Masterskill Global College, Ipoh - Diploma in Physiotherapy
  • Masterskill Global College, Kota Bharu - Diploma in Physiotherapy
  • PUSRAWI International College of Medical Sciences (PICOMS) - Diploma in Physiotherapy
  • Ramsay Sime Darby Healthcare College - Diploma in Physiotherapy
  • Universiti Kuala Lumpur - Royal College of Medicine Perak (UniKL RCMP) - Diploma in Physiotherapy
  • Universiti Selangor (UNISEL), Shah Alam Campus - Diploma in Physiotherapy
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) - Diploma in Physiotherapy
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) (Shah Alam) - Bachelor of Physiotherapy (Honours)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) (Shah Alam) - Diploma In Physiotherapy
  • Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Sungai Long Campus - Bachelor of Physiotherapy (Hons)
  • Vision College - Diploma in Physiotherapy
  • Windfield International College - Diploma in Physiotherapy

 

Digital Marketers

Digital marketers adalah individu yang terlibat dalam aktiviti pemasaran secara digital yang melibatkan peranti elektronik atau internet contohnya periklanan melalui enjin carian (yahoo, google), media sosial, e-mel, dan laman web dan sebagainya. Kelebihan pemasaran secara digital ini adalah dapat menyebarkan maklumat iklan kepada beribu malah berjuta orang berbanding kaedah lama melalui banting, poster dan sebagainya. 

 

Memandangkan ianya adalah bidang kerjaya yang baru tetapi khidmatnya sangat diperlukan oleh semua perniagaan, maka gaji yang ditawarkan juga cukup lumayan malah boleh mencapai berbelas bahkan berpuluh ribu sebulan. Kalau korang nak gaji lumayan, boleh sahaja sambung belajar di mana-mana IPTA/IPTS yang tawarkan kursus berkaitan pemasaran (marketing) antaranya di  INTI, AIMST, UiTM, USM, Politeknik dan banyak lagi. Kami tidak senaraikan semua IPTA/IPTS yang tawarkan kursus ini seperti 3 kerjaya diatas kerana terlalu banyak. Korang boleh buat semakan sendiri melalui portal rasmi UPU atau MQA. 

 

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat membuka mata korang untuk tak memilih ke kursus yang persaingan merebut pekerjaan sangat sengit. Ubah persepsi masing-masing, cuba belajar perkara baru mengikut perkembangan semasa yang boleh mendatangkan hasil yang lebih baik. Kalau korang tak bekerja dengan orang lain sekalipun, korang boleh buka perniagaan sendiri dengan menyediakan perkhidmatan mengikut kemahiran dan kelayakan yang dimiliki. Semoga berjaya!. 

 

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail