Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 18, 2020, 05:07 am
Menurut laporan KPT, Lebih 50,000 graduan masih menganggur padahal ramai sebenarnya yang tidak menyedari banyaknya peluang pekerjaan yang ditawarkan. Dalam misi pencarian kerja, pernah ke tidak korang memohon ke Management Traineeships Programmes?. Untuk makluman, program traineeship diwujudkan bertujuan untuk mencari bakat baru untuk meneruskan kecemerlangan prestasi syarikat.
Syarat permohonan biasanya pemohon tidak boleh mempunyai pengalaman kerja melebihi satu tahun. Elok sangatlah dengan korang yang tidak ada pengalaman kerja tu, inilah peluangnya untuk membuktikan bahawa korang boleh bekerja dengan baik jika diberi peluang walaupun tanpa pengalaman. Jadi menerusi artikel ini, kami kongsikan syarikat besar yang menawarkan program traineeship. Klik pada setiap senarai berwarna biru untuk terus ke laman rasmi permohonan. Jika memenuhi syarat dan permohonan dibuka, jangan lepaskan peluang untuk memohon.
Sekiranya terpilih, korang akan diajar selok belok pengurusan syarikat di semua peringkat. Paling menarik, program latihan ini menjanjikan peluang pekerjaan tetap, jika korang berjaya tunjukkan prestasi yang baik selepas tamat latihan. Elaun/gaji bulanan juga sama seperti mana gaji pekerja syarikat yang lain mengikut kelayakan akademik masing-masing.
Kepada yang ingin menukar kerjaya atau sedang menganggur, bolehlah pertimbangkan untuk kemukakan permohonan. Elaun dan pengalaman yang bakal dikutip kelak sememangnya sangat berbaloi. Sama ada korang berusaha untuk mencari peluang tersebut atau tunggu sahaja peluang tu jatuh diatas riba masing-masing terpulang. Usahalah sikit barulah boleh rasa kemanisan kejayaan yang diimpikan. Diharapkan perkongsian ini dapat membantu dan semoga berjaya!.
ARTIKEL BERKAITAN
Perlukan
bantuan?