10 Syarikat Paling Popular Pilihan Rakyat Malaysia untuk Bekerja

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 14, 2021, 12:54 pm

Jobstreet.com yang merupakan laman web carian kerja paling popular di Malaysia telah menyenaraikan 10 buah syarikat paling  popular menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk bekerja. Pilihan itu berdasarkan beberapa faktor antaranya faedah & insentif, tangga gaji yang lumayan, reputasi syarikat, peningkatan kerjaya dan working environment. Kajian ini telah melibatkan 10,241 pemohon pekerjaan di laman web berkenaan sepanjang tahun 2017. 

 

Google Malaysia yang merupakan syarikat teknologi gergasi US menduduki tempat teratas pilihan rakyat Malaysia untuk bekerja disebabkan oleh budaya keseimbangan antara kerja dan hidup selain faktor lain yang kami senaraikan di atas. Manakala Petronas dan Shell Malaysia masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga, selama dua tahun berturut-turut. Sime Darby mengekalkan tempat keempat dan Air Asia Berhad mendapat tempat kelima tahun ini. Melengkapkan senarai Top 10 dalam ranking adalah Maybank, Nestle Malaysia, Intel Malaysia, Tenaga Nasional Berhad dan Eco World Development Group Berhad. Buat pertama kalinya, Eco World tersenarai dalam kalangan syarikat paling menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk bekerja pada tahun 2017.

 

 

Menurut kami, hasil kajian ini sangat berguna untuk anda yang masih tercari-cari peluang pekerjaan atau mahu memulakan kerjaya. Anda perlu sentiasa peka dan menyemak kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat hebat ini. Mana tahu jika ada rezeki, takkan salah alamat asalkan tidak terlepas peluang apabila kekosongan jawatan diiklankan. Diharapkan perkongsian ini membantu mencorak dan meningkatkan peluang kerjaya yang lebih baik untuk anda. Anda juga boleh baca artikel berkaitan kerjaya lain dengan klik senarai dibawah.

 

5 Perkara Tak Sepatutnya Ada dalam Resume Kerja - Afterschool.my

Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia yang Wajib Anda Tahu

Jalani Inventori Minat Kerjaya untuk Tentukan Kerjaya Manakah yang Bersesuaian dengan Anda!

10 Bidang Pengajian yang Susah Dapat Kerja!

Senarai Bidang Pengajian yang Pelajarnya Diburu Majikan

Lebih 799,000 Peluang Pekerjaan dalam Bidang Penerbangan Ditawarkan

Sambung Belajar atau Bekerja Selepas SPM, Mana Satu Lebih Baik?

Senarai Syarikat Besar yang Buka Peluang Pekerjaan Kepada Fresh Graduates(Traineeship Programmes)

Kenapa Graduan Universiti Awam Sukar Dapat Kerja Berbanding IPTS?

Ketahui Punca Kenapa Ramai yang Gagal dalam Temuduga Kerja

Soalan yang Wajib Ditanya Jika Hendak Berjaya dalam Temuduga Kerja!

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail