Ketahui Kursus Pengajian yang Jamin Pekerjaan Sebaik Sahaja Tamat Pengajian!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 14, 2021, 02:09 am

Memandangkan ramai berminat menceburi kerjaya dalam bidang kesihatan, menerusi artikel ini kami kongsikan salah satu kursus dalam bidang kesihatan iaitu kursus kejururawatan yang menjanjikan peluang pekerjaan selepas tamat pengajian. 

 

Kita sedia maklum bahawa kursus kejururawatan ini turut ditawarkan oleh kerajaan secara percuma dibawah tajaan KKM tetapi persaingan dalam kalangan pemohon cukuplah tinggi. Persaingan tinggi selain tempat terhad telah menyebabkan ramai pemohon gagal dalam permohonan. Maka, untuk tetap mengejar cita-cita anda sebagai seorang jururawat, kami kongsikan senarai IPTS yang menjanjikan peluang pekerjaan selepas tamat pengajian dan ada diantaranya menawarkan bantuan biasiswa. Belajar secara percuma dan dijamin pekerjaan!.

 

AKADEMI THUNG SHIN

 

 

Kursus kejururawatan yang ditawarkan oleh Akademi Tung Shin ini diiktiraf oleh MQA dan Lembaga Jururawat Malaysia. Pelbagai kemudahan disediakan antaranya penginapan, bantuan biasiswa, jaminan pekerjaan dan pelbagai kelebihan lagi. Tempoh pengajian bagi sijil kejururawatan adalah selama 2 tahun manakala diploma kejururawatan 3 tahun. Info lanjut mengenai kursus, syarat kelayakan, permohonan dan sebagainya terus ke laman rasmi : AKADEMI TUNG SHIN.

 

KOLEJ KEJURURAWATAN LAM WAH EE

 

 

Kursus yang ditawarkan oleh Kolej Kejururawatan Lam Wah Ee diiktiraf oleh MQA dan Lembaga Jururawat Malaysia. Penginapan, makanan, elaun bulanan dan pakaian seragam diberikan selain dijamin pekerjaan selepas tamat pengajian bersama mereka, Info lanjut permohonan dan sebagainya boleh terus ke laman rasmi Kolej Kejururawatan Lam Wah Ee

 

Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Adventist

 

 

Kolej Adventist dimiliki oleh Hospital Adventist Pulau Pinang. Mereka menawarkan bantuan kewangan untuk program Diploma Kejururawatan dan Penolong Jururawat. Pelajar yang menerima tajaan perlu menandatangani bon perkhidmatan dengan hospital. Selepas tamat pengajian graduan dikehendaki untuk berkhidmat di hospital mereka. Pembiayaan yang ditanggung termasuklah elaun bulanan, yuran percuma, penginapan, pakaian seragam dan kasut klinikal, pengangkutan, faedah perubatan dan pelbagai faedah lain. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk memohon. Layari laman rasmi permohonan mereka dengan klik Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Adventist.

 

KOLEJ UNIVERSITI KPJ HEALTHCARE

 

 

Selepas menamatkan pengajian diploma selama 3 tahun, pelajar akan layak untuk menduduki peperiksaan lembaga kejururawatan peringkat kebangsaan (LJM). Selepas lulus dalam peperiksaan, mereka akan dianugerahkan status Jururawat Berdaftar Negeri (SRN) dan akan bekerja dibawah rangkaian hospital penjagaan kesihatan KPJ di seluruh negara dan berpeluang memohon pekerjaan dibawah institusi penjagaan kesihatan yang lain. Untuk info lanjut permohonan, syarat kelayakan dan sebagainya, sila klik terus ke laman rasmi Kolej Universiti KPJ Healtcare

 

Diharapkan perkongsian ini membantu anda mencorak masa depan masing-masing dengan lebih baik. Pekerjaan sebagai jururawat ini, mendapat permintaan yang tinggi di dalam mahupun luar negara. Peluang pekerjaan bukanlah menjadi masalah kepada graduan dalam bidang kejururawatan selain tangga gaji juga lumayan. Jika di swasta gaji lebih mahal berbanding di bawah kerajaan. Sekiranya sudah bekerja dan mempunyai pengalaman yang cukup, anda juga layak untuk memohon sebagai jururawat di hospital kerajaan atau melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi jika ingin menjawat jawatan yang lebih tinggi dengan gaji yang lebih lumayan. Semoga perkongsian ini membantu!. 

 

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail