Senarai Syarikat Besar yang Buka Peluang Pekerjaan Kepada Fresh Graduates (Traineeship Programmes)

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 18, 2020, 01:25 am

Ramai dalam kalangan lepasan siswazah tidak menyedari banyaknya peluang pekerjaan yang ditawarkan kepada mereka. Tahukah anda mengenai program Management Traineeships yang ditawarkan oleh banyak syarikat-syarikat besar?. Paling menarik program latihan siswazah ini bukannya seperti SL1M. Peserta traineeship ini direkrut sendiri oleh pihak syarikat berdasarkan personaliti mereka ketika ditemuduga oleh panel syarikat. Sekiranya berjaya, peserta akan diajar selok belok pengurusan syarikat di setiap peringkat pengurusan. Paling menarik, program latihan ini menjanjikan peluang pekerjaan tetap untuk anda selepas tamat program sekiranya menunjukkan prestasi yang baik. Elaun/gaji bulanan juga sama seperti mana gaji pekerja syarikat yang lain mengikut kelayakan akademik masing-masing. Tiada sebarang diskriminasi. 

 

Untuk pengetahuan anda juga, program traineship dilaksanakan untuk mencari bakat baru bagi menerajui kumpulan pengurusan dan kepimpinan sesebuah syarikat di masa hadapan. Syarikat memerlukan bakat terbaik untuk meneruskan kecemerlangan syarikat mereka. Sudah tentu inilah peluang untuk anda membuktikan bahawa, walaupun tanpa pengalaman anda boleh melakukan tugasan dengan baik. Maklum sahajalah majoriti syarikat hanya mahu menggaji pekerja yang mempunyai 2-3 tahun pengalaman kerja sahaja. Jadi inilah peluang yang seharusnya direbut. Menerusi artikel ini kami kongsikan syarikat besar yang menawarkan program traineeship. Klik pada setiap senarai berwarna biru untuk terus ke laman rasmi permohonan. Jika memenuhi syarat dan permohonan dibuka, kemukakanlah permohonan. 

 

CELCOM Axiata Management Trainee

 

 

 

DRB-HICOM Management Trainee Programme

 

 

The Islamic Banker (Management Trainee)

 

 

 SilTerra Graduate Nuturing Programme

 

 

SaSa Management Trainee Programme

 

 

Sime Darby Management Trainee Programme

 

 

AEON Management Trainee Program

 

 

Khazanah Graduate Trainee Programme

 

 

Canon Management Trainee Program

 

 

Executive Trainee Program Malaysia Development Bank

 

 

Management Trainee Program UNI QLO

 

 

Jadi, kepada anda yang ingin menukar kerjaya atau sedang menanam anggur sekarang, bolehlah pertimbangkan untuk kemukakan permohonan mengikuti program latihan berkenaan. Gaji lumayan selain pengalaman yang bakal dikutip kelak sememangnya sangat berharga. Sama ada anda berusaha untuk mencari peluang tersebut atau tunggu sahaja peluang tu jatuh diatas riba masing-masing, terpulang. Usahalah sikit barulah boleh rasa kemanisan kejayaan yang diimpikan tersebut. Semoga perkongsian ini membantu.

 

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail