logo

Program Biasiswa Khazanah Cambridge 2016

Tarikh Tutup

Lokasi Pengajian

NA

Tahap Pengajian

N/A

Jumlah Pembiayaan

N/A

Butiran biasiswa

Gambaran keseluruhan

Info biasiswa

Program biasiswa Khazanah Cambridge 2016 menyediakan bantuan kewangan kepada warganegara Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran ke University of Cambridge. Biasiswa ini sebahagian dari program pembangunan kepimpinan untuk masa depan negara. Penerima biasiswa ini bukan sahaja diharapkan untuk membawa keputusan cemerlang, tetapi menunjukkan kepimpinan dan aktif dalam aktiviti yang disediakan.

Penerima biasiswa ini juga akan diserap dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan-badan berkanun untuk melatih mereka menjadi pemimpin pada masa depan, serta untuk membina karier dan menyerlahkan kebolehan untuk transformasi Malaysia pada masa depan.

Tarikh tutup

25 April, 2016

Kriteria

Warganegara Malaysia yang mendapat surat tawaran dari University of Cambridge atau sedang belajar di University of Cambridge, dijemput untuk memohon biasiswa ini.

Ijazah Sarjana Muda

  • Berusia bawah 21 tahun semasa tarikh kemasukan pelajar
  • Mempunyai keputusan akademik yang cemerlang, dengan sekurang-kurangnya 3A dalam keputusan SPM, atau menunjukkan pencapaian baik dalam Pra-Universiti
  • Menjadi/memohon untuk menjadi pelajar sepenuh masa

Ijazah Sarjana/Doktor Falsafah

  • Berusia bawah 40 tahun semasa tarikh kemasukan pelajar
  • Mempunyai kelulusan ijazah sarjana muda dengan kepujian Kelas Pertama atau Kedua dengan minimum CGPA 3.50, untuk Doktor Falsafah, pemohon dikehendaki menunjukkan laporan tesis dari Ijazah Sarjana sebelum ini.
  • Jika tiada kelayakan formal, pemohon dikehendaki menunjukkan pencapaian akademi yang cemerlang sepanjang pengajian mereka.

Mendapat tawaran atau sedang memohon status pelajar sepenuh masa:

  • Sedang melakukan kajian untuk mendapatkan ijazah Doktor Falsafah
  • Kursus satu tahun pasca ijazah (MPhil, LLM, MBA dsb.)

Amaun

Biasiswa ini akan menaja sepenuhnya perbelanjaan semasa pengajian, serta:

  • Yuran pengajian
  • Kos sara hidup secara bulanan
  • Tiket penerbangan pergi-balik

Dalam pertimbangan:

  • Pembelian buku
  • Kelengkapan lain
  • Perbelanjaan selepas tamat pengajian

Bidang yang ditaja

Semua kursus yang ditawarkan oleh University of Cambridge

Cara memohon

Pemohon boleh mendaftar di laman sesawang ini.

Alamat

Yayasan Khazanah
Level 27, Mercu UEM
Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel: +603 – 2272 6300
Email: [email protected]

Kriteria
NA
Disiplin
NA

Adakah anda berminat untuk mendapatkan info tentang biasiswa terkini yang sama seperti yang ditawarkan ini?
Jadilah orang pertama yang memohon biasiswa berkenaan sebaik sahaja ianya dibuka!

Biasiswa Popular

semak semua biasiswa

Perlukan
bantuan?
mail