logo

Biasiswa Bank Negara Malaysia 2016

Tarikh Tutup

Lokasi Pengajian

NA

Tahap Pengajian

N/A

Jumlah Pembiayaan

N/A

Butiran biasiswa

Gambaran keseluruhan

BNM

Info biasiswa

Biasiswa Bank Negara Malaysia memberi peluang kepada pelajar dalam pelbagai bidang untuk menyambung pelajaran. BNM menyedari kepentingan untuk memperkukuhkan generasi akan datang dengan pengetahuan dan pengalaman, dan biasiswa ini membantu mereka yang cemerlang dari segi akademik.

Pra-Universiti

Cambridge A-Level, ADFP, dan SAM. Bagi pra-universiti, terdapat dua jenis biasiswa iaitu:

  • Biasiswa Kijang
  • Biasiswa Kijang Emas

Ijazah Sarjana Muda

Biasiswa Ijazah Sarjana Muda ialah untuk mereka yang menerima tawaran untuk belajar dalam ijazah sarjana muda sama ada di dalam atau luar negara.

Ijazah Sarjana

Biasiswa Ijazah Sarjana ialah untuk mereka yang menerima tawaran untuk belajar dalam ijazah sarjana sama ada di dalam atau luar negara.

Tarikh tutup

30 April, 2016

Kriteria

Biasiswa Kijang Emas

Biasiswa Kijang Emas ialah untuk pelajar cemerlang SPM 2015. Biasiswa Kijang Emas memberi peluang kepada pelajar untuk memilih universiti yang mereka mahu dari seluruh dunia. Antara kriteria untuk penerima Biasiswa Kijang Emas ialah:

  • Mendapat semua A+ dalam SPM 2015
  • Tidak melebihi 19 tahun pada 1 Julai 2016
  • Mempunyai karektor yang kuat, mempunyai semangat berpasukan serta aktif dalam ko-kurikulum dan sukan
  • Mempunyai skil komunikasi yang mantap.

Biasiswa Kijang

Biasiswa Kijang ialah untuk mereka yang mahu melanjutkan pelajaran mereka dalam bidang Ekonomi, Perakaunan, Kewangan, Sains Aktuari, Matematik, Undang-Undang, dan Sains Komputer di universiti-universiti di dalam dan luar negara yang terpilih.

Antara kriteria penerima Biasiswa Kijang ialah:

  • Mendapat 8A (A dan A+ sahaja) dalam SPM 2015
  • Tidak melebihi 19 tahun pada 1 Julai 2016
  • Mempunyai karektor yang kuat, mempunyai semangat berpasukan serta aktif dalam ko-kurikulum dan sukan
  • Mempunyai skil komunikasi yang mantap.

Ijazah Sarjana Muda

  • STPM / A-Level – sekurang-kurangnya 2A 1B, atau
  • Diploma / Matrikulasi – CGPA 3.50, atau
  • SAM – ATAR sekurang-kurangnya 85%, atau
  • ADFP – SAT1 dengan sekurang-kurangnya 1200 mata, atau
  • Mana-mana pelajar yang sedang menduduki ijazah sarjana muda dengan CGPA terkini 3.50
  • Kredit Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
  • Tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2016
  • Mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke ijazah sarjana muda atau sedang menduduki ijazah sarjana muda yang diluluskan Bank Negara Malaysia untuk mendapat biasiswa
  • Mempunyai karektor yang kuat, mempunyai semangat berpasukan serta aktif dalam ko-kurikulum dan sukan
  • Mempunyai skil komunikasi yang mantap.

Ijazah Sarjana

  • Mendapat Kelas Pertama dalam Ijazah Sarjana Muda dari universiti yang diiktiraf Bank Negara Malaysia
  • Tidak melebihi 30 tahun pada 1 Julai 2016
  • Kredit Bahasa Malaysia dan Inggeris dalam SPM
  • Sedang menduduki ijazah sarjana dari universiti yang diiktiraf Bank Negara Malaysia
  • Mempunyai karektor yang kuat, mempunyai semangat berpasukan serta aktif dalam ko-kurikulum dan sukan
  • Mempunyai skil komunikasi yang mantap.

Matapelajaran

Ijazah sarjana muda

  • Ekonomi
  • Matematik
  • Perakaunan
  • Kewangan
  • Sains Aktuari
  • Undang-Undang
  • Sains Komputer

Ijazah sarjana

  • Ekonomi
  • Ekonometri
  • Ekonomi Kewangan
  • Ekonomi Antarabangsa
  • Kewangan dan Perbankan
  • Kewangan Antarabangsa
  • Kewangan Kuantitatif
  • Undang-Undang
  • Undang-Undang Perbankan dan Kewangan
  • Undang-Undang Antarabangsa
  • Pengurusan Risiko
  • Kewangan Islam

Cara memohon

Klik dan isi borang ini.

Hubungi

Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn
P.O. Box 10922
50929 Kuala Lumpur
Tel: +603 2691 5963
Email: [email protected]

Kriteria
NA
Disiplin
NA

Adakah anda berminat untuk mendapatkan info tentang biasiswa terkini yang sama seperti yang ditawarkan ini?
Jadilah orang pertama yang memohon biasiswa berkenaan sebaik sahaja ianya dibuka!

Biasiswa Popular

semak semua biasiswa

Perlukan
bantuan?
mail