logo

Biasiswa Felda Global Ventures (FGV) 2016

Tarikh Tutup

Lokasi Pengajian

NA

Tahap Pengajian

N/A

Jumlah Pembiayaan

N/A

Butiran biasiswa

Gambaran keseluruhan

Info biasiswa

Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd (FGV) ialah sebuah syarikat pertanian dan komoditi pertanian global yang berpangkalan di Malaysia. Dengan operasi di seluruh dunia, FGV menghasilkan keluaran kelapa sawit, getah, kacang soya dan produk kanola, oleokimia dan produk gula.
FGV meneruskan komitmennya dalam menyediakan peluang pendidikan kepada masyarakat. FGV mencari warga Malaysia yang cemerlang dalam akademik dan mempunyai impian untuk berjaya dalam bidang yang diceburi. Calon yang berjaya akan menerima biasiswa penuh.

Kriteria

Kelayakan am:

  • Pemohon mesti terdiri daripada warganegara Malaysia
  • Usia tidak melebihi 22 tahun pada 31 Disember 2016
  • Mempunyai nilai kepimpinan tinggi menerusi penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum
  • Boleh bertutur dan menulis dengan cemerlang dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

Kelayakan akademik:

  • Memperoleh sekurang-kurangnya CGPA 3.3 untuk Matrikulasi/Diploma 2016/STPM 2015
  • Bakal melanjutkan pelajaran untuk tahun pertama program Ijazah Sarjana Muda di IPTA terpilih

Kursus Pilihan

  • Pengurusan Perladangan / Sains Agrikultur
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Kimia
  • Bioteknologi / Biokimia
  • Perakaunan / Kewangan
  • Pemasaran / Perniagaan Antarabangsa

Amaun

Calon yang berjaya akan menerima pembiayaan penuh pelajaran

Tarikh tutup

8 September 2016

Cara memohon

Sila hubungi pihak pengurusan biasiswa untuk permohonan dan penghantaran borang. MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN DI SINI

Alamat

Staffing & Manpower Planning
Group Human Resources
FELDA GLOBAL VENTURES HOLDINGS BERHAD
Level 42, Menara Felda, Platinum Park
No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur

Tel: +603 2859 0000
Fax: +603 2859 0198

Laman web: http://www.feldaglobal.com/

Kriteria
NA
Disiplin
NA

Adakah anda berminat untuk mendapatkan info tentang biasiswa terkini yang sama seperti yang ditawarkan ini?
Jadilah orang pertama yang memohon biasiswa berkenaan sebaik sahaja ianya dibuka!

Biasiswa Popular

semak semua biasiswa

Perlukan
bantuan?
mail