logo

Biasiswa Monash untuk pelajar Indonesia

Tarikh Tutup

Lokasi Pengajian

NA

Tahap Pengajian

N/A

Jumlah Pembiayaan

N/A

Butiran biasiswa

Gambaran keseluruhan

Info biasiswa

  • Monash University Malaysia menawarkan tajaan yuran pengajian untuk pelajar Indonesia yang merancang untuk melanjutkan pelajaran di Monash University Malaysia sahaja dan tidak boleh dilanjutkan di Australia.
  • Tawaran biasiswa ini berdasarkan merit Akademik yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.

Tarikh tutup

5 Ogos 2016

Kriteria

  • Pemohon mestilah terdiri daripada pelajar Indonesia yang telah tamat pengajian di Sekolah Menengah Atas 3 (SMA 3) iaitu kelayakan yang diterima oleh Monash University Malaysia dengan keputusan 9.0 dan ke atas.
  • Tawaran ini tidak dibuka kepada pemohon yang telah memulakan pengajian di peringkat lebih tinggi, atau pemohon yang ingin memindahkan kredit.

Kriteria Pemilihan

  • Pemilihan dilakukan berdasarkan merit akademik mengikut syarat-syarat kemasukan Universiti.
  • Pemilihan akan dilakukan berdasarkan keputusan sebenar (akademik dan kefasihan Bahasa Inggeris).
  • Keputusan peperiksaan percubaan tidak akan diambil kira. Hanya pemohon dengan Tawaran Penuh Kemasukan akan diambil kira.

Syarat-syarat

Biasiswa Monash untuk Pelajar Indonesia hanya sah ditawarkan di Monash University Malaysia sahaja. Ia tidak boleh dipindahkan ke Monash University Australia. Penerima biasiswa tidak perlu mengekalkan markah purata sepanjang pengajian mereka tetapi perlu memperoleh minimum 24 kredit untuk semester seterusnya.

Pemohon yang berjaya

  • Mestilah bukan penerima biasiswa pengajian lain
  • Perlu menanggung sendiri tiket penerbangan ke Kuala Lumpur, kos hidup seharian, bahan pembelajaran, buku teks, yuran-yuran sampingan (jika ada), yuran Visa dan Kos Kesihatan setiap tahun.
  • Perlu membayar baki yuran pengajian untuk setiap semester.
  •  Perlu mendaftar sebagai pelajar sepenuh masa dan perlu mengekalkan status pelajar sepenuh masa sepanjang pengajian mereka di Monash University Malaysia; dan
  • Tidak boleh “berhenti sementara” (atau Cuti Sementara) sepanjang menjadi pemegang biasiswa, melainkan mempunyai sebab-sebab yang munasabah.

Amaun

Potongan yuran pengajian sebanyak RM2,500 untuk setiap semester. Jumlah keseluruhan RM5,000 untuk tahun pertama pengajian di Monash University Malaysia.

Kursus pilihan

  • Terbuka untuk semua kursus Sarjana Muda.
  • Tidak ditawarkan untuk Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS), Sarjana Muda Sains Psikologi, dan Sarjana Muda Farmasi.

Cara memohon

Permohonan Kemasukan ke Universiti akan dikira sebagai permohonan untuk biasiswa. Semua permohonan yang memenuhi syarat kelayakan dan kriteria pemilihan secara automatik akan diberi pertimbangan untuk menerima biasiswa.

Semua calon yang berjaya akan ditawarkan biasiswa dan Tawaran Kemasukan ke Monash University of Malaysia.

AS-Biasiswa-600x200- (1)

 

 

 

 

Kriteria
NA
Disiplin
NA

Adakah anda berminat untuk mendapatkan info tentang biasiswa terkini yang sama seperti yang ditawarkan ini?
Jadilah orang pertama yang memohon biasiswa berkenaan sebaik sahaja ianya dibuka!

Biasiswa Popular

semak semua biasiswa

Perlukan
bantuan?
mail