logo

Biasiswa Kecemerlangan Sukan Kementerian Pendidikan Tinggi 2016

Tarikh Tutup

Lokasi Pengajian

NA

Tahap Pengajian

N/A

Jumlah Pembiayaan

N/A

Butiran biasiswa

Gambaran keseluruhan

Info biasiswa

Biasiswa Kecemerlangan Sukan Kementerian Pendidikan Tinggi 2016 adalah satu galakan kepada para atlet cemerlang yang mahu melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi. Biasiswa ini terbuka kepada semua atlet yang aktif dalam semua jenis sukan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan dan Majlis Sukan Negara.

Biasiswa ini tidak mengikat pemohon dengan bekerja dengan kerajaan, sebaliknya sebagai satu usaha kerajaan untuk menggalakkan atlet beraksi dengan lebih cemerlang selepas tamat pengajian.

Tarikh tutup

30 Mac, 2016

Kriteria

Terbuka pada warga Malaysia yang tidak melebihi umur untuk peringkat berikut:

  • 45 tahun untuk Pasca-Ijazah (Sarjana dan Ph.D)
  • 30 tahun untuk Ijazah Sarjana Muda
  • 25 tahun untuk Diploma
  • Pemohon yang tidak menerima mana-mana biasiswa/dermasiswa dari mana-mana pihak kerajaan/swasta/institusi pada masa permohonan.
  • Tidak bekerja di mana-mana organisasi atau mempunyai pendapatan tetap.
  • Sudah menerima surat tawaran untuk menyambung pelajaran ke Diploma/Sarjana Muda/Pasca Siswazah di mana-mana institusi.

Untuk mereka yang sedang dalam pengajian:

  • Memperolehi 2.50 CGPA untuk atlet Universiti
  • Memperolehi 2.00 CGPA untuk atlet Nasional pada peperiksaan terakhir, sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Mempunyai pembelajaran yang seimbang dengan aktiviti sukan sekurang-kurangya setahun dalam institusi.

Pemohon yang mendapat mana-mana pingat dari Sukan Malaysia (SUKMA), ASEAN University Games (AUG), atau mana-mana acara peringkat nasional yang diiktiraf atau pingat emas dalam Sukan Antara Universiti (SUKIPT) sebelum tarikh tutup permohonan.

Amaun

  • Yuran pendaftaran
  • Elaun buku
  • Elaun perubatan
  • Elaun peralatan
  • Tesis dan latihan industri
  • Elaun Insentif Kecemerlangan Sukan dalam tiga kategori

Kategori 1 (Atlet Elit Antarabangsa)

  • RM1,000 sebulan

Kategori 2 (Atlet Senior/Junior Antarabangsa)

  • RM500 sebulan

Kategori 3 (Atlet Nasional)

  • RM250 sebulan

Nota: Elaun bergantung kepada kadar biasiswa semasa yang ditetapkan oleh kerajaan

Bidang yang ditaja

  • Semua bidang yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Negara (MQA) di universiti, politeknik, atau institusi swasta (universiti dan kolej universiti).
  • Bagaimanapun, kursus seperti perubatan, pergigian dan farmasi hanya terpilih di tempat yang tertentu sahaja.

Cara memohon

  • Pemohon perlu mendaftar dan permohonan perlu dibuat online di laman web biasiswa.
  • Permohonan dibuka dari 15 Mac hingga 30 Mac, 2016 sahaja.
  • Setiap pemohon hanya dibenarkan menghantar SATU permohonan sahaja.
  • Pemohon yang berjaya perlu membawa surat tawaran yang disahkan oleh Pegawai Sukan Institusi selain dari dokumen-dokumen yang relevan.
  • Permohonan yang tidak lengkap dianggap tidak layak memohon biasiswa ini.

Alamat

Kementerian Pendidikan Tinggi
Bahagian Sukan
Aras 2, No. 2, Jalan P5/6
Presint 5,
62200 W. Persekutuan
Putrajaya
Hubungi: Encik Abu Kasim Bin Hassan/ Puan Nurulhuda Binti Mohd Akhir
Tel: +603-8870 6143 / 6581
Email: [email protected]/ [email protected]
Web:

Kriteria
NA
Disiplin
NA

Adakah anda berminat untuk mendapatkan info tentang biasiswa terkini yang sama seperti yang ditawarkan ini?
Jadilah orang pertama yang memohon biasiswa berkenaan sebaik sahaja ianya dibuka!

Biasiswa Popular

semak semua biasiswa

Perlukan
bantuan?
mail