logo

Biasiswa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)

Tarikh Tutup

Lokasi Pengajian

Malaysia

Tahap Pengajian

Ijazah Sarjana Muda

Jumlah Pembiayaan

Biasiswa Penuh

Butiran biasiswa

Gambaran keseluruhan

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) adalah sebuah badan kawal selia teknikal dan ekonomi yang berperanan untuk menyelia dan mengawal selia perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan.

BIASISWA SPAN

Program biasiswa SPAN memberi peluang kepada pelajar-pelajar cemerlang Semester 2 Asasi/Matrikulasi untuk melanjutkan pelajaran dari peringkat Pengajian Asasi/Matrikulasi hingga ke Ijazah Pertama di universiti-universiti awam dalam negara. Menjadi impian SPAN untuk memupuk generasi muda yang holistik dan seterusnya melangkah ke alam kerjaya bagi memenuhi keperluan sektor kawalselia air dan pembetungan negara.


Biasiswa SPAN bukan hanya merangkumi yuran pengajian dan pelbagai elaun tetapi SPAN juga menyediakan program pembangunan yang diatur dan disusun bagi mengasah bakat kepemimpinan, kemahiran interpersonal dan pemikiran kritis pelajar sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam pekerjaan sebenar. Calon yang berjaya akan mendapat peluang untuk berkhidmat di SPAN selepas tamat pengajian kelak.


Kriteria

Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah

Calon-calon wajib memenuhi syarat-syarat permohonan secara umum dan khusus seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Mempunyai kesihatan yang baik;
  • Aktif dalam aktiviti kokurikulum;
  • Tidak menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian sama.
  • Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat khusus berikut;
  • Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2021;
  • Pelajar hendaklah mendapat sekurang-kurangnya keputusan PNGK 3.50 bagi Semester 1 Matrikulasi/Asasi
Disiplin

SPAN menawarkan biasiswa penuh dari peringkat Pengajian Asasi/Matrikulasi hingga ke Peringkat Ijazah pertama di universiti-universiti awam dalam bidang-bidang berikut:

  • TEKNIKAL (Kejuruteraan, Ukur Bahan)
  • EKONOMI/PERNIAGAAN
  • PERAKAUNAN/KEWANGAN
  • TEKNOLOGI MAKLUMAT/DATA SAINS
Maklumat Am

Biasiswa SPAN yang ditawarkan merangkumi sokongan kewangan seperti yang berikut;

  • Yuran pengajian (Mengikut kadar yang ditetapkan oleh Universiti)
  • Elaun-elaun seperti yang berikut disediakan untuk membantu pelajar dalam perbelanjaan universiti mereka;
    • Sara hidup
    • Penginapan
    • Buku
    • Alat Perkakas
    • Tesis
    • Latihan Amali
  • Komputer riba diberikan sekali sepanjang pengajian.

Cara memohon Biasiswa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)

Ketahui cara bagaimana anda boleh memohon biasiswa ini sekarang

Adakah anda berminat untuk mendapatkan info tentang biasiswa terkini yang sama seperti yang ditawarkan ini?
Jadilah orang pertama yang memohon biasiswa berkenaan sebaik sahaja ianya dibuka!

Biasiswa Popular

semak semua biasiswa

Perlukan
bantuan?
mail