logo

Biasiswa Yayasan Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR)

Tarikh Tutup

Lokasi Pengajian

NA

Tahap Pengajian

N/A

Jumlah Pembiayaan

N/A

Butiran biasiswa

Gambaran keseluruhan

Info biasiswa

Tawaran Biasiswa Yayasan Sarawak Tunku Abdul Rahman untuk Peringkat Ijazah Pertama di Dalam Negara & Ijazah Lanjutan di Dalam & Luar Negara bagi sesi pengajian 2016/2017

Tarikh tutup

Khamis, 1 September 2016 jam 4 petang

Kriteria

1) Syarat am:

  • Warganegara Malaysia dengan keutamaan diberikan kepada calon yang bermastautin tetap di Sarawak
  • Perlu mendapat kredit untuk subjek Bahasa Malaysia di peringkat SPM
  • Sedang atau merancang untuk mengikuti pengajian dalam kursus SEPENUH MASA yang disenaraikan di mana-mana IPT dalam dan luar negara yang diiktiraf
  • Tawaran sah untuk penuntut Ijazah Pertama (dalam negeri sahaja) dan penuntut Ijazah Lanjutan (dalam & luar negeri)

2) Syarat khusus:
Pemohon yang sedang mengikuti pengajian ATAU pemohon yang telah diterima masuk ke IPT perlu memenuhi salah satu kelayakan akademik berikut:

  • Ijazah Pertama
    Memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang sekurang-kurangnya Gred B dan ke atas pada setiap subjek di peringkat STPM, atau memperolehi CGPA/PNGK 3.00 dan ke atas bagi lulusan Sijil / Diploma / Matrikulasi / A-Level dan yang setaraf dengannya
  • Ijazah Lanjutan
    Memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang sekurang-kurangnya Ijazah Kelas Kedua Atas atau CGPA/PNGK 3.00 ke atas semasa Ijazah Pertama atau Sarjana.

3) Kelayakan tambahan

  • Memiliki ciri-ciri kepimpinan yang tinggi dan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum
  • Aktif dan banyak menyumbang dalam kegiatan kemasyarakatan
  • Perkembangan Bakat (Talent) iaitu cemerlang dalam satu atau lebih bidang terutama dari segi kepemimpinan, kemahiran dan kreativiti.

4) Tawaran ini tidak dibuka untuk calon Matrikulasi, Asasi Sains/Pra Universiti/ Asasi, pemohon kursus jarak jauh dan separuh masa.

Amaun

Seperti yang ditetapkan oleh Yayasan Sarawak Tunku Abdul Rahman

Kursus pilihan

PROFESSIONAL / IJAZAH LANJUTAN1. The Association Of Chartered Certified
Accountants ( ACCA )
2. Institute Chartered Accountant In England
And Wales ( ICAEW )
3. Company Secretaries
4. Perakaunan
IJAZAH LANJUTAN (SARJANA DAN PHD )1. Bidang Komunikasi
(Kewartawanan, Komunikasi Massa)
2. Bidang Sains
(Marin, Forensik Biologi ( Genetik / Geonomics / Proteomics ), Learning Sciences)3. Sains Sosial & Antropologi : (Kebudayaan,
Sosiologi, Sejarah)
4. Kaunseling
5. Undang – Undang
6. Pendidikan Awal Kanak-Kanak
7. Pengurusan Alam Sekitar
8. Ekonomi Antarabangsa : Finance / Islamic
Banking
9. Bahasa Asing (Foreign Language)
10. Pelancongan & Hospitaliti
IJAZAH PERTAMA (INSTITUSI DALAM NEGARA SAHAJA)1. BIDANG KEJURUTERAAN
(Mekanikal, Kimia, Elektrik & Elektronik, Marin Rekabentuk Industri)
2. BIDANG SENI KREATIF
(Seni Muzik, Seni Koreografi, Seni Kebudayaan)
3. Pertanian ( Agrobase )
4. Perhutanan / Perkayuan
5. Akuakultur
6. Farmasi
7. Fisioterapi
8. Usuludin & Syariah
9. Sains Sukan
10. Sains Sosial, Psikologi & Kaunseling
11. Teknologi Makanan ( Nutrisien )
12.Patologi Pertuturan (Speech Pathology)

Cara memohon

  • Borang permohonan boleh didapati di ibu pejabat Yayasan Sarawak
  • Atau boleh dimuat turun daripada laman web http://www.yayasansarawak.org.my
  • Pemohon hendaklah memaklumkan alamat emel semasa memohon bagi tujuan komunikasi
  • Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan surat tawaran kemasukan ke IPT
  • Salinan dokumen-dokumen atau salinan sijil-sijiL hendaklah disahkan terlebih dahulu.

 Alamat

d/a Pusat Pembangunan Pendidikan
Ibu Pejabat Yayasan Sarawak,
Lot 4784, Blok 14, Jalan Sultan Tengah
Semariang, 93050 Petra Jaya, Kuching Sarawak

Talian Pejabat : (082) 441686
Faks : (082) 440023

Laman web: http://yayasansarawak.org.my/ 

 

AS-Biasiswa-600x200-1

Kriteria
NA
Disiplin
NA

Adakah anda berminat untuk mendapatkan info tentang biasiswa terkini yang sama seperti yang ditawarkan ini?
Jadilah orang pertama yang memohon biasiswa berkenaan sebaik sahaja ianya dibuka!

Biasiswa Popular

semak semua biasiswa

Perlukan
bantuan?
mail