logo

Biasiswa Peneraju Tunas Potensi 2016

Tarikh Tutup

Lokasi Pengajian

NA

Tahap Pengajian

N/A

Jumlah Pembiayaan

N/A

Butiran biasiswa

Gambaran keseluruhan

INFO BIASISWA

Program Biasiswa Peneraju Tunas Potensi 2016 bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar lepasan SPM/STPM dari golongan yang berpendapatan rendah, dengan pendapatan keluarga kurang dari RM4,000 untuk mendapat peluang pendidikan tinggi. Program ini ditawarkan kepada Bumiputera dari sederhana kepada cemerlang dan berminat untuk meneruskan pelajaran di peringkat universiti. Selain universiti tempatan, biasiswa ini juga menaja pendidikan pelajar di luar negara dalam A-Level/IB.

KRITERIA

  1. Bumiputera
  2. Keputusan SPM 2015 minima 5A
  3. Keputusan STPM 2015 minima 2A (SPM 2013 minima 5A)
  4. Pendapatan keluarga di bawah RM4,000
  5. Aktif dalam ko-kurikulum serta mempunyai daya kepimpinan tinggi


CARA MEMOHON

Muat turun borang permohonan biasiswa di laman web ini dan hantar borang serta dokumen yang dikehendaki sebelum 26 Februari, 2016 (Jumaat) di alamat berikut:

Peneraju Tunas Potensi 2016
Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera,
15-1, Mercu UEM
Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral
50470 Kuala Lumpur.

Untuk mengetahui syarat-syarat yang lain, sila baca di laman web ini.

HUBUNGI

Nombor Telefon: +603-2727 9000
Jika ada pertanyaan tentang program ini, boleh hantarkan email ke [email protected]

Untuk pertanyaan lain, boleh email ke [email protected]

TARIKH TUTUP
26 Februari 2016

 

Kriteria
NA
Disiplin
NA

Adakah anda berminat untuk mendapatkan info tentang biasiswa terkini yang sama seperti yang ditawarkan ini?
Jadilah orang pertama yang memohon biasiswa berkenaan sebaik sahaja ianya dibuka!

Biasiswa Popular

semak semua biasiswa

Perlukan
bantuan?
mail