logo

Program Biasiswa Bilateral China 2016

Tarikh Tutup

Lokasi Pengajian

NA

Tahap Pengajian

N/A

Jumlah Pembiayaan

N/A

Butiran biasiswa

Gambaran keseluruhan

INFO BIASISWA

Kementerian Pendidikan Republik Rakyat China menyediakan Program Biasiswa Bilateral untuk pelajar antarabangsa untuk sesi akademik 2016/17. Biasiswa ini disediakan untuk pelajar ijazah sarjana muda, ijazah sarjana, peringkat doktor falsafah, program biasiswa awam dan program biasiswa senior.

Dalam usaha untuk merapatkan hubungan dua hala antara negara, kerjasama serta pertukaran pengalaman dalam pelbagai bidang antara China dan negara lain, kerajaan China telah menyediakan siri program biasiswa untuk membiaya pelajar antarabangsa, tenaga pengajar dan siswazah untuk belajar atau mengajar di universiti-universiti di China. Mereka yang memohon dikehendaki mempunyai keupayaan bahasa untuk pengajian tinggi dalam bahasa Inggeris dan Mandarin.

KRITERIA

Biasiswa ini menaja ijazah sarjana muda, ijazah sarjana, ijazah kedoktoran, program biasiswa awam dan program biasiswa senior.

Pemohon mestilah:

  • Pemohon mestilah BUKAN warganegara Republik Rakyat China
  • Mesti sudah melepasi sekolah peringkat menengah sebelum usia 25 tahun apabila memohon ijazah sarjana muda
  • Berusia sebelum 35 tahun dan sudah melepasi ijazah sarjana muda apabila memohon ijazah sarjana
  • Berusia sebelum 40 tahun dan sudah melepasi ijazah sarjana apabila memohon ijazah kedoktoran
  • Berusia sebelum 45 tahun dan mempunyai diploma (atau lebih tinggi) untuk memohon program biasiswa awam.
  • Berusia sebelum 50 tahun dan mempunyai ijazah sarjana muda atau professor madya untuk memohon program biasiswa senior.

Kemahiran bahasa:

Untuk bahasa Mandarin:

  •   HSK6 lama (atau HSK5 baru) atau lebih tinggi untuk pengajian sastera, ekonomi, dan pengurusan.
  • HSK3 lama (atau HSK4 baru) atau lebih tinggi untuk sains, kejuruteraan, perubatan dan teknikal.
  • Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujuk laman web universiti terbabit.

Untuk Bahasa Inggeris:

  • Lulus ujian Bahasa Inggeris dari negara-negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama.
  • Lulus ujian bahasa Inggeris dari negara-negara yang menggunakan bahasa Inggeris dalam pembelajaran utama di sekolah dengan dokumen sokongan diperlukan.
  • TOEFL 550 atau IELTS 5.5 dengan kelulusan universiti.
  • Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujuk laman web universiti terbabit.

AMAUN

Program bilateral ini membiayai biasiswa penuh dan biasiswa separa. Sila rujuk laman web ini untuk keterangan lanjut.

HUBUNGI

Division of International Students Affairs, China Scholarship Council
Level 13, Building A3,
No.9 Chegongzhuang Avenue,
100044, Beijing,
P.R China

Tel: 0086-10-66093928/ 66093923
E-mel: [email protected] ATAU [email protected]

TARIKH TUTUP
31 Mac 2016

Laman Web

Kriteria
NA
Disiplin
NA

Adakah anda berminat untuk mendapatkan info tentang biasiswa terkini yang sama seperti yang ditawarkan ini?
Jadilah orang pertama yang memohon biasiswa berkenaan sebaik sahaja ianya dibuka!

Biasiswa Popular

semak semua biasiswa

Perlukan
bantuan?
mail