logo

Biasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan 2016

Tarikh Tutup

Lokasi Pengajian

NA

Tahap Pengajian

N/A

Jumlah Pembiayaan

N/A

Butiran biasiswa

Gambaran keseluruhan

INFO BIASISWA
Biasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) ditawarkan untuk calon-calon yang berkelayakan dalam kalangan anak-anak Wilayah Persekutuan daripada keluarga berpendapatan rendah yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) peringkat Ijazah Pertama secara sepenuh masa.

KRITERIA

  • Warganegara Malaysia
  • Dilahirkan dan dibesarkan di Wilayah Persekutuan (KL, Putrajaya, Labuan)
  • Jumlah pendapatan bulanan perkapita keluarga tidak melebihi RM1,000
  • Mendapat sekurang-kurangnya 5A dalam SPM dan lulus semua mata pelajaran
  • Mendapat PNGK sekurang-kurangnya 3.00 dan lulus semua mata pelajaran STPM, matrikulasi, asas, pra-universiti, atau diploma
  • Mengikuti pengajian ijazah pertama di semester pertama
  • Tidak menerima sebarang biasiswa lain atau bantuan kewangan

BIDANG YANG DIUTAMAKAN

  • Undang-undang
  • Perakaunan
  • Kejuruteraan
  • Sains Komputer dan Teknologi
  • Ekonomi
  • Pentadbiran Perniagaan
  • Sains Gunaan
  • Sains Sosial

CARA UNTUK MEMOHON

  • Muat turun borang permohonan.
  • Pastikan borang diisi dengan betul menggunakan pen dan dengan HURUF BESAR.
  • Lampirkan gambar pasport terkini anda.
  • Salinan dokumen yang disahkan oleh Pegawai Kerajaan gred A :
    1. Sijil kelahiran
    2. Kad pengenalan ibu bapa anda
    3. Slip gaji penjaga
    4. Surat tawaran anda ..
    5. Sijil akademik / transkrip peperiksaan SPM, STPM, matrikulasi, asas, pra-universiti, atau diploma
  • Sila tulis ‘Skim Biasiswa Pengajian Tinggi’ di sudut atas sebelah kiri sampul surat dan poskan kepada alamat berikut:

Yayasan Wilayah Persekutuan
Tingkat 11, Menara DBKL 3,
Bandar Wawasan, Jalan RAja Abdullah,
50300, Kuala Lumpur.

HUBUNGI
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi nombor ini 03-2698 3073

TARIKH TUTUP
5 Februari 2016

Kriteria
NA
Disiplin
NA

Adakah anda berminat untuk mendapatkan info tentang biasiswa terkini yang sama seperti yang ditawarkan ini?
Jadilah orang pertama yang memohon biasiswa berkenaan sebaik sahaja ianya dibuka!

Biasiswa Popular

semak semua biasiswa

Perlukan
bantuan?
mail