Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Tarikh Tutup
Lokasi Pengajian
Malaysia
Tahap Pengajian
Kelayakan profesional
Jumlah Pembiayaan
Tenaga kerja berkemahiran tinggi terutamanya dalam bidang perakaunan bertauliah dijangka mendapat permintaan besar, kira-kira dua kali ganda bekalan semasa, mencerminkan semakin pentingnya profesion ini kepada negara. Malaysia memerlukan 60,000 akauntan profesional menjelang 2030. Dalam membantu Malaysia mencapai visi ini, Yayasan Peneraju memulakan inisiatif intervensi yang proaktif.
Sejak penubuhan pada tahun 2012, Yayasan Peneraju telah menawarkan pelbagai program pembiayaan bagi bidang perakaunan (pengajian secara sepenuh masa dan separuh masa) yang disesuaikan dengan tahap kemasukan calon dari lepasan SPM sehingga golongan profesional yang sedang dan tidak bekerja. Sasaran program-program ini adalah untuk menyokong akauntan profesional yang berpengalaman menerusi pensijilan asas perakaunan profesional seperti CFAB dan pensijilan perakaunan profesional seperti ACCA, CIMA, CPA Australia, ICAEW dan MICPA.
Bagi meneruskan usaha meningkatkan jumlah akauntan Bumiputera yang bertauliah, Yayasan Peneraju telah memperkenalkan 3 program pembiayaan skema terbaru iaitu pembiayaan tambahan atau ‘top-up’ kepada calon yang mendaftar untuk pengajian pensijilan profesional secara sepenuh masa atau separuh masa.
Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah
Sila klik setiap link untuk semak institusi dan syarat kelayakan
Pensijilan asas perakaunan profesional seperti CFAB dan pensijilan perakaunan profesional seperti ACCA, CIMA, CPA Australia, ICAEW dan MICPA.
Pembiayaan Penuh*:
Pembiayaan Separa*:
Program-program Pembiayaan Penuh
Program-program Pembiayaan Separa
Untuk mengemukakan permohonan mengikut kelayakan masing-masing boleh klik : Mohon biasiswa Yayasan Peneraju
Adakah anda berminat untuk mendapatkan info tentang biasiswa terkini yang sama seperti yang ditawarkan ini? Jadilah orang pertama yang memohon biasiswa berkenaan sebaik sahaja ianya dibuka!
Perlukan
bantuan?