logo

Biasiswa Yayasan Kuok

Tarikh Tutup

Lokasi Pengajian

Malaysia

Tahap Pengajian

Ijazah Sarjana Muda

Jumlah Pembiayaan

Biasiswa Penuh

Butiran biasiswa

Gambaran keseluruhan
  • Kuok Foundation Berhad menawarkan biasiswa dan anugerah pinjaman kepada pelajar yang sedang mengemukakan permohonan atau sedang melanjutkan pengajian ijazah pertama sepenuh masa di mana-mana universiti awam Malaysia.
  • Terdapat 4 jenis biasiswa yang ditawarkan – Biasiswa Kuok Keng Kang, Biasiswa Kuok Khoon Hong, Biasiswa Wilmar dan Biasiswa Sains Pertanian Goh Ing Sing (di Universiti Putra Malaysia) selain menawarkan Anugerah Pemberian Pinjaman KF.
  • Hanya kursus pengajian yang diiktiraf oleh MQA sahaja layak memohon
Kriteria

Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah

  • Hanya warganegara Malaysia yang layak memohon.
  • Pemohon harus memiliki kelayakan akademik yang baik dan harus aktif di sekolah.
  • Biasiswa ini ntuk pelajar yang memerlukan sahaja.
  • Hanya mahasiswa/bakal mahasiswa yang membaca untuk kursus ijazah pertama sepenuh masa layak
    untuk memohon.
  • Mereka yang mengikuti kursus Diploma, Asasi, luar kampus, dsb. tidak layak memohon.
  • Calon yang berjaya TIDAK boleh terikat dengan atau memegang sebarang biasiswa lain atau menerima kewanga bantuan daripada mana-mana organisasi.

Disiplin

Semua bidang pengajian

Maklumat Am

Bergantung kepada biasiswa. Rujuk bahagian kriteria. 

Cara memohon Biasiswa Yayasan Kuok

Ketahui cara bagaimana anda boleh memohon biasiswa ini sekarang
Klik disini untuk ke laman permohonan
  • Semua permohonan hendaklah dikemukakan secara online 
  • Tarikh Buka Permohonan Dalam Talian : 30 Mei 2022
  • Tarikh Tutup Permohonan Dalam Talian : 27 Jun 2022
  • Cetak Borang Permohonan  dan Tarikh Tutup Serahan tangan/melalui pos : 4 Julai 2022
  • Selepas permohonan secara online, pemohon dikehendaki mencetak, mengisi borang permohonan dan menghantarnya selewat-lewatnya 1 minggu selepas tarikh tutup permohonan dalam talian. 
  • Permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan.
  • Pemohon hendaklah menyertakan salinan dokumen berikut:
    • a. Surat tawaran kemasukan ke Universiti / Kolej (secepat mungkin)
    • b. Keputusan SPM / SPVM / 'O' / UEC atau setara (Sebenar / Ramalan)
    • c. Peringkat STPM / 'A' / Matrikulasi / Asasi atau setaraf (Sebenar / Ramalan) & keputusan MUET
    • d. Keputusan Universiti / Kolej (Sebenar / Ramalan)
    • e. Testimoni sekolah dan sijil berhenti sekolah
    • f. Kad pengenalan dan sijil kelahiran

Nota : Pemohon yang belum menerima keputusan rasmi keseluruhan STPM 2021/2022 :

  • i. WAJIB menghantar keputusan STPM Semester 1 dan Semester 2.
  • ii. Sila isikan gred STPM Semester 2 dan PNGK terkini dalam permohonan dalam talian.
  • Permohonan yang tidak lengkap akan dibatalkan.
  • Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dimaklumkan untuk temu duga. Temuduga akan dijalankan di pejabat Kuok Foundation Berhad, 16th Floor UBN Tower, No 10, Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur

Untuk info lengkap biasiswa sila klik : INFO LENGKAP BIASISWA KUOK FOUNDATION BERHAD

Hubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Alamat:

Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi [email protected]

Adakah anda berminat untuk mendapatkan info tentang biasiswa terkini yang sama seperti yang ditawarkan ini?
Jadilah orang pertama yang memohon biasiswa berkenaan sebaik sahaja ianya dibuka!

Biasiswa Popular

semak semua biasiswa

Perlukan
bantuan?
mail