logo

Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA)

Tarikh Tutup

Lokasi Pengajian

Malaysia/Overseas

Tahap Pengajian

Ijazah Sarjana,PhD

Jumlah Pembiayaan

Biasiswa Penuh

Butiran biasiswa

Gambaran keseluruhan

Permohonan adalah dipelawa daripada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2020/2021 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D) di dalam dan luar negara dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam.

Kriteria

Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah

Syarat-Syarat Umum

  • a) Warganegara Malaysia; dan
    b) Umur tidak melebihi 35 tahun pada tahun memulakan pengajian di universiti

Syarat-Syarat Khusus

  • b) Mempunyai keputusan akademik yang amat cemerlang iaitu CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
  • c) Calon yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif akan diberikan keistimewaan;
  • d) Calon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa akan diberikan keistimewaan;
  • e) Telah mendapat tempat atau telah mendapat tawaran pengajian secara
    sepenuh masa dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undangundang atau Kewangan Islam di universiti penyelidikan tempatan seperti di Lampiran A1 atau di universiti terkemuka dunia mengikut bidang yang dipersetujui oleh JPA seperti di Lampiran A2; (lampiran A boleh semak terus di laman permohonan biasiswa)
  • f) Senarai kursus di bawah bidang Sains dan Teknologi adalah seperti di Lampiran A3; dan (rujuk di laman rasmi permohonan sewa)
  • g) Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis.
Disiplin
  • Sains dan Teknologi
  • Ekonomi
  • Undang-undang
  • Kewangan Islam

* untuk sub-bidang pengajian yang layak memohon boleh semak dengan klik sub bidang pengajian. 

Cara memohon Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA)

Ketahui cara bagaimana anda boleh memohon biasiswa ini sekarang
Klik disini untuk ke laman permohonan
  • Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my mulai 19 Januari 2022 (Rabu). 
  • Borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dimuat turun, dicetak dan ditandatangani oleh pemohon serta dikepilkan bersama-sama dengan dokumendokumen sokongan seperti berikut:
    • (i) Salinan ijazah pertama atau setaraf (skrol dan transkrip yang disahkan oleh pegawai berkelayakan);
    • (ii) Salinan Ijazah Sarjana atau setaraf (skrol dan transkrip yang disahkan oleh pegawai berkelayakan – bagi permohonan peringkat Ph.D);
    • (iii) Surat tawaran tanpa syarat (unconditional offer) daripada universiti / institusi pengajian atau slip/ pengesahan pendaftaran semester pertama pengajian;
    • (iv) Salinan sijil, surat atau apa-apa pembuktian / pengesahan penglibatan dalam penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovatif yang disahkan oleh pegawai berkelayakan untuk calon Sarjana (sekiranya ada) tetapi wajib untuk calon Ph.D;
    • (v) Salinan sijil, surat atau apa-apa pembuktian / pengesahan penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum / aktiviti kemasyarakatan yang disahkan oleh pegawai berkelayakan (sekiranya ada);
  • Borang permohonan yang telah dilengkapkan tersebut hendaklah dimuat turun, dicetak dan ditandatangani oleh pemohon serta dikemukakan dan diterima oleh pihak JPA bersama-sama dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan sebelum atau pada 22 Februari 2022 (Selasa) sama ada melalui serahan tangan / pos ke alamat berikut:

Ketua Pengarah
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)

Hubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Alamat:

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian 03 – 8885 3569 / 3879 pada setiap hari bekerja (9.00 pagi – 5.00 petang) atau emel kepada [email protected]

Adakah anda berminat untuk mendapatkan info tentang biasiswa terkini yang sama seperti yang ditawarkan ini?
Jadilah orang pertama yang memohon biasiswa berkenaan sebaik sahaja ianya dibuka!

Biasiswa Popular

semak semua biasiswa

Perlukan
bantuan?
mail