logo

Biasiswa Program Pelajar Cemerlang JPA (Ijazah Sarjana & PhD)

Tarikh Tutup

Lokasi Pengajian

Malaysia/Overseas

Tahap Pengajian

Ijazah Sarjana,PhD

Jumlah Pembiayaan

Biasiswa Penuh

Butiran biasiswa

Gambaran keseluruhan

Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar cemerlang lepasan ijazah pertama / sarjana tajaan JPA untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana dan kedoktoran dalam pelbagai bidang di universiti yang telah dikenal pasti oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU).  

Kriteria

Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah

Syarat Umum Calon


  • (i) Warganegara Malaysia berumur tidak lebih 26 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana dan 30 tahun bagi pengajian peringkat Kedoktoran (Ph.D) pada tahun permohonan;


  • (ii) Pelajar merupakan pelajar tajaan JPA semasa peringkat Ijazah Pertama / Sarjana bagi memohon ke peringkat pengajian yang lebih tinggi;


  • (iii) Pelajar mestilah telah menamatkan pengajian dalam masa yang ditetapkan dan tidak pernah membuat sebarang pelanjutan bagi pengajian semasa di peringkat Ijazah Pertama/Sarjana;


  • (iv) Pelajar yang layak memohon adalah pelajar yang telah menamatkan pengajian peringkat Ijazah Pertama atau Sarjana pada tahun 2018 hingga tarikh tutup permohonan penajaan ini di mana ianya bertujuan memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan tempat pengajian pada peringkat


Sarjana atau Kedoktoran (Ph.D);

  • (v) Pelajar telah mendapat tawaran bersyarat / tanpa syarat daripada universiti dan mengikuti pengajian secara sepenuh masa. Senarai universiti adalah seperti di LAMPIRAN A;


  • (vi) Program Ijazah Sarjana yang dipohon bukanlah program yang dinilai taraf setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda bagi tujuan pelantikan ke dalam Perkhidmatan Awam. Sebagai contoh, Kerajaan telah menetapkan bahawa kelayakan Master of Engineering (M.Eng) dari universiti-universiti di United Kingdom hanya layak digunakan untuk tujuan pelantikan ke jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan atau RIBA Part II bagi pengajian senibina yang mana ia hanya diiktiraf setaraf Ijazah Sarjana Muda Senibina sahaja;


  • (vii) Pelajar perlu memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2020; dan


  • (viii) Mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 9 bulan bagi pengajian peringkat Sarjana dan 24 bulan bagi pengajian peringkat Kedoktoran (Ph.D).


2.2 Syarat Khusus Calon


Kelayakan minimum akademik mengikut peringkat permohonan adalah seperti berikut:


  • Ijazah Sarjana / Fast Track Ph.D
    (i) Memperoleh Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) minimum 3.50 atau setara pada pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam Negara atau luar Negara; atau
  • (ii) Bagi negara United Kingdom, Australia, New Zealand dan Jepun, kelayakan akademik minimum di peringkat Ijazah Pertama adalah seperti berikut: 
    • UK : 70% dan keatas
    • Australia/New Zealand : 85% dan ke atas
    • Jepun : 85% A+B (50%A)*

*85% A+B – Jumlah gred A dan B yang diperolehi adalah sekurang-kurangnya 85% dan 50% daripada jumlah tersebut perlu mendapat gred A.


Ijazah Kedoktoran (Ph.D)

  • (i) Lulus bagi mod pengajian secara penyelidikan peringkat Ijazah Sarjana dalam Negara atau luar Negara; atau
  • (ii) Memperoleh Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) minimum 3.50 atau setara bagi mod pengajian kerja kursus atau mixmode; atau
  • (iii) Bagi negara United Kingdom, Australia, New Zealand dan Jepun yang tidak menggunakan penilaian PNGK bagi mod pengajian kerja kursus atau mix-mode atau secara penyelidikan, kelayakan akademik minimum di peringkat Ijazah Sarjana adalah seperti berikut:
    • UNITED KINGDOM : 70% & ke atas
      AUSTRALIA /NEW ZEALAND :  85% & ke atas
    • JEPUN : 85% A+B (50%A)*
    • *85% A+B – Jumlah gred A dan B yang diperolehi adalah sekurang-kurangnya 85% dan 50% daripada jumlah tersebut perlu mendapat gred A.
  • SYARAT KELAYAKAN PENUH SILA KLIK  DISINI


Lokasi Pengajian
Penajaan akan dipertimbangkan kepada pemohon yang mendapat tempat pengajian dalam negara di Universiti Awam (UA), Government Linked Universities (MMU, UTP, UNITEN dan UniKL) atau di universiti-universiti di luar negara seperti mana yang ditetapkan sahaja. Senarai universiti boleh disemak di syarat kelayakan penuh. 

Disiplin

Bidang pengajian yang tidak ditaja adalah perubatan, pergigian, farmasi,pendidikan, kejururawatan, kursus yang mewajibkan pelajar mengambil lesen penerbangan dan kursus profesional seperti ACCA dan CLP.

Cara memohon Biasiswa Program Pelajar Cemerlang JPA (Ijazah Sarjana & PhD)

Ketahui cara bagaimana anda boleh memohon biasiswa ini sekarang
Klik disini untuk ke laman permohonan
  • Permohonan dibuka secara atas talian (online) di Portal eSILA http://esilav2.jpa.gov.my selama tujuh (7) hari mulai 10 Februari 2020 (Isnin) jam 9.00 pagi hingga 16 Februari 2020 (Ahad) jam 5.00 petang. Untuk memohon KLIK : MOHON SEKARANG.


  • Calon boleh merujuk maklumat program dan Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di Portal eSILA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan.


  • Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini/ meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.


  • Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Pelajar Cemerlang Tahun 2020 sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat.


  • Keputusan permohonan panggilan SAC dijangka diumumkan pada 24 Februari 2020 jam 5.00 petang melalui laman sesawang eSILA http://esilav2.jpa.gov.my .Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam laman sesawang eSILA.
Hubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Alamat:

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3297 / 3553 / 3387 pada setiap hari bekerja mulai jam 9.00 pagi hingga jam 4:30 petang atau kemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) di http://jpa.spab.gov.my/eApps/system/index.do.

Adakah anda berminat untuk mendapatkan info tentang biasiswa terkini yang sama seperti yang ditawarkan ini?
Jadilah orang pertama yang memohon biasiswa berkenaan sebaik sahaja ianya dibuka!

Biasiswa Popular

semak semua biasiswa

Perlukan
bantuan?
mail