logo

Biasiswa Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LPSM)

Tarikh Tutup

Lokasi Pengajian

Malaysia

Tahap Pengajian

Ijazah Sarjana Muda,Pra-Universiti

Jumlah Pembiayaan

Biasiswa Penuh

Butiran biasiswa

Gambaran keseluruhan
  • Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara.


  • Calon-calon akan ditawarkan penajaan untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan hingga ke Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Government Linked Universities (GLU) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara yang dikenalpasti, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.


  • Penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU)
Kriteria

Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah

PENAJAAN MENGIKUT PERINGKAT PENGAJIAN

  • Penajaan di bawah Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM) ini adalah secara berpakej merangkumi peringkat Persediaan dan Ijazah Pertama. 


  • Pemohon tidak dibenarkan untuk mengikuti program persediaan dengan pembiayaan sendiri. Sekiranya berbuat demikian, pemohon tidak akan ditawarkan penajaan di peringkat Ijazah Pertama di bawah program ini. 


  • Sekiranya pelajar enggan meneruskan penajaan di peringkat Ijazah Pertama di bawah tajaan JPA atau enggan mematuhi syarat-syarat penajaan yang ditetapkan oleh JPA bagi menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Pertama, penajaan pelajar akan ditamatkan dengan tuntutan ganti rugi. 


  • Calon-calon yang berjaya akan mengikuti program persediaan di kolej persediaan dalam negara yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Senarai program persediaan, boleh KLIK DISINI. 


  • Seterusnya, penajaan peringkat Ijazah Pertama adalah di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara sahaja tertakluk kepada pelajar melepasi Had Kecemerlangan Akademik (HKA) di Peringkat Persediaan. Senarai IPT dalam negara, boleh KLIK DISINI


  • Sekiranya pelajar yang ditaja tidak menamatkan kursus persediaan atau menamatkan kursus persediaan tetapi gagal melepasi HKA yang ditetapkan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama, penajaan pelajar boleh ditamatkan. HKA peringkat persediaan, boleh KLIK DISINI.


KETETAPAN PENAJAAN

  • Peringkat Persediaan Pelajar hendaklah memulakan pengajian Persediaan dalam tahun penawaran semasa. Tempoh maksimum untuk mengikuti pengajian di peringkat Persediaan adalah bagi tempoh 24 bulan yang dikira daripada tarikh memulakan pengajian tahun penawaran semasa. Pelajar tidak layak mendapat pelanjutan selepas tempoh maksimum ini tamat. 


  • Pelajar yang mengikuti pengajian persediaan A-Level diwajibkan mengambil tiga subjek sahaja. Sekiranya pelajar ingin mengambil lebih  daripada tiga subjek, pembayaran bagi subjek-subjek tersebut adalah di bawah tanggungjawab pelajar sendiri. 


  • Peringkat Ijazah Pertama Penajaan di UA dan IPTS adalah meliputi semua bidang seperti yang dinyatakan kecuali bidang pendidikan, penerbangan, kejururawatan, separa perubatan, kursus profesional atau program yang dilaksanakan secara Program Berkembar. Program pengajian yang diikuti hendaklah telah mendapat akreditasi penuh Agensi Akreditasi Malaysia (MQA) dan badan profesional berkaitan.


  • Bagi tujuan penajaan, pelajar perlulah terlebih dahulu mendapat tawaran mengikuti pengajian Ijazah Pertama di IPT dalam tempoh 12 bulan selepas tamat program persediaan. Pelajar tidak dibenarkan untuk menangguh pengajian ke tahun berikutnya. Program Pengajian yang diikuti hendaklah dijalankan secara sepenuh masa di institusi dalam negara sahaja.
Disiplin

Untuk senarai bidang pengajian dan universiti, SILA KLIK DISINI

Maklumat Am

BENTUK TAJAAN

Calon-calon yang berjaya akan ditawarkan penajaan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah program ini dan tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut: 


  • i. Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian; 


  • ii. Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian;  


  • iii. Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian; dan 


  • iv. Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

Cara memohon Biasiswa Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LPSM)

Ketahui cara bagaimana anda boleh memohon biasiswa ini sekarang
Klik disini untuk ke laman permohonan
  • Permohonan dibuka secara dalam talian (online) di http://esilav2.jpa.gov.my/ bermula 14 Jun 2021 (Isnin) hingga 23 Jun 2021 (Rabu). Permohonan ditutup pada 23 Jun 2021, jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan. 


  • Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini/ meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.


  • Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara Tahun 2021 sebagai bukti permohonan telah dibuat.


Hubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Alamat:

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan mengemukakan pertanyaan menerusi emel [email protected] (emel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja iaitu mulai 14 sehingga 23 Jun 2021). 

Sesi soal jawab secara langsung juga diadakan sepanjang tempoh permohonan dibuka berdurasi satu (1) jam iaitu pada jam 10.00 – 11.00 pagi dan 2.30 – 3.30 petang di pautan meet.google.com/axz-ojpu-fwe. Pautan ini hanya aktif mulai 14 sehingga 23 Jun 2021 pada setiap hari bekerja.

Adakah anda berminat untuk mendapatkan info tentang biasiswa terkini yang sama seperti yang ditawarkan ini?
Jadilah orang pertama yang memohon biasiswa berkenaan sebaik sahaja ianya dibuka!

Biasiswa Popular

semak semua biasiswa

Perlukan
bantuan?
mail