logo

Biasiswa Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)

Tarikh Tutup

Lokasi Pengajian

Malaysia

Tahap Pengajian

Ijazah Sarjana Muda

Jumlah Pembiayaan

Biasiswa Penuh

Butiran biasiswa

Gambaran keseluruhan

Biasiswa ini ditawarkan setiap tahun untuk pelajar yang mengikuti pengajian ijazah sarjana muda selama empat tahun di institusi tempatan (IPTA/IPTS). Pelajar yang telah memulakan pengajian sarjana muda juga layak untuk memohon sekiranya memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.

Kriteria

Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah

  • Warganegara Malaysia di bawah umur 25 tahun (pada 1 Januari 2020) dan merupakan penuntut sepenuh masa;


  • Permohonan juga dibuka untuk pelajar yang sedang dalam pengajian dan memerlukan bantuankewangan. 


  • Hendaklah mencapai keputusan akademik yang cemerlang dalam peperiksaan SPM (minimum 5A dengan kredit dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris) /STPM atau setara A-Level (minimum 2A). Sekiranya anda tiada keputusan STPM atau A-Level, pemohon harus mempunyai keputusan peperiksaan Pra-Universiti (seperti asasi, matrikulasi, atau diploma) dengan minimum Purata Nilai Gred Kumulatif ("PNGK") sebanyak 3.50 ke atas.


  • Penuntut sepenuh masa dan telah diterima masuk bagi mana-mana kursus yang berkaitan dengan bidang pengajian yang disenaraikan di sini, serta dilulus dan diakreditasi oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN), dalam kolej atau universiti di Malaysia yang diluluskan oleh PIDM;


  • Tidak dapat meneruskan pengajian kursus tanpa bantuan atau anugerah kewangan;


  • Tidak menerima biasiswa, bantuan atau anugerah kewangan lain daripada mana-mana institusi atau mana-mana organisasi atau yayasan lain; (Jika PTPTN boleh memohon, selepas ditawarkan pinjaman PTPTN akan diberhentikan)


  • Tidak pernah diberhentikan atau ditamatkan daripada penerimaan biasiswa, bantuan atau anugerah kewangan daripada mana-mana institusi, organisasi atau yayasan, atas sebab tindakan disiplin terhadap pemohon;


  • Permohonan hanya akan dipertimbangkan sekiranya mereka memenuhi kriteria kelayakan; bidang pengajian yang khusus serta senarai kolej dan universiti yang diluluskan oleh PIDM.


PRASYARAT

Senarai prasyarat merangkumi:

  • Keperluan untuk menyediakan maklumat mengenai pendapatan pemohon dan/atau ibu bapa;


  • Tawaran biasiswa itu akan tertakluk kepada penerimaan terma dan syarat perjanjian biasiswa dengan PIDM;


  • Penerima biasiswa dikehendaki untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam perjanjian biasiswa termasuk, tetapi tidak terhad kepada, mengekalkan ‘Purata Nilai Gred Kumulatif’ (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00 atau sekurang-kurangnya ‘Kelas Kedua Atas’ dalam peperiksaan akhir.


SYARAT-SYARAT PENERIMAAN BIASISWA BERTERUSAN

PIDM boleh menamatkan biasiswa atau sebahagian daripada biasiswa itu, pada bila-bila masa sekiranya penerima biasiswa:

  • Tidak berupaya untuk meneruskan pengajiannya, atas apa-apa sebab;


  • Gagal mencapai Purata Nilai Gred (PNG) dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum 3.00 mata untuk mana-mana semester;


  • Gagal mengekalkan kelakuan yang selaras dengan peraturan yang ditetapkan oleh kolej atau universiti dan diletakkan di bawah percubaan atas kesalahannya; atau


  • Melanggar mana-mana terma dan syarat perjanjian biasiswa PIDM.


SENARAI KOLEJ ATAU UNIVERSITI YANG DILULUSKAN

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • Universiti Malaysia Kelantan


INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

  • Multimedia University (MMU)
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  • Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)
  • Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
  • Universiti Industri Selangor (UNISEL)
  • Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC)
  • UNITAR International University (UNITAR)


KELEBIHAN LAIN SEKIRANYA BERJAYA DITAWARKAN KELAK

  • Penerima biasiswa tidak akan terikat untuk berkhidmat dengan PIDM dan tidak dikehendaki membayar balik wang pembiayaan anugerah biasiswa yang diberikan;


  • Program Induksi
    Program induksi akan dikendalikan untuk semua penerima Anugerah Biasiswa PIDM bagi memastikan mereka memahami mandat, visi, misi dan nilai-nilai PIDM.


  • Program Mentor dan Bimbingan
    Seorang mentor daripada ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif PIDM akan dilantik bagi setiap penerima biasiswa. Mentor itu akan menyediakan bimbingan dan memantau kemajuan secara konsisten dan berterusan sepanjang program itu. Ini adalah bagi memastikan penerima biasiswa mendapat sokongan yang diperlukan dan dapat memanfaatkan pengalaman pasukan pengurusan kami.


  • Program Latihan Praktikal
    Sebagai satu ciri strategik program itu, penuntut akan ditawarkan peluang program latihan praktikal berbayar selama enam bulan di PIDM untuk mengguna pakai ilmu yang dipelajari dalam konteks operasi (‘Purata Nilai Gred Kumulatif’ sekurang-kurangnya 3.00 atau sekurang-kurangnya ‘Kelas Kedua Atas’ dalam peperiksaan akhir).
Disiplin
  1. Accounting
  2. Banking
  3. Business Administration
  4. Finance
  5. International Business
  6. Islamic Banking
  7. Financial Banking and Management
  8. Computer Science / Information Technology
  9. Economics
  10. International Financial Economics
  11. Statistics
  12. Actuarial Science
  13. Law / Shariah Law
  14. Human Resource Management / Human Resource Development
  15. Mathematics (Actuary)
  16. Risk Management and Insurance
  17. Insurance
  18. Communication
Maklumat Am
  • Sehingga RM10,000 setahun bagi yuran kursus atau kos sebenar, yang mana lebih rendah;
  • Sehingga RM2000 sebagai elaun untuk bahan sokongan pembelajaran, termasuk buku, komputer, alatulis, dan bahan lain bagi setiap semester atau sehingga RM4,000 setahun;
  • Elaun maksimum sehingga RM 6,000 setahun atau RM500 sebulan;
  • Tiada sebarang ikatan biasiswa, penerima biasiswa tidak perlu membayar balik biasiswa yang telah ditawarkan. 

Cara memohon Biasiswa Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)

Ketahui cara bagaimana anda boleh memohon biasiswa ini sekarang
Klik disini untuk ke laman permohonan
  • Sila hantar permohonan lengkap anda secara dalam talian bersama-sama dengan semua dokumen sokongan yang berkaitan selewat-lewatnya 14  April 2020


  • Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi.


  • Anda juga boleh mengemukakan permohonan anda sebelum menerima sebarang tawaran daripada universiti yang disenarai dan diluluskan oleh PIDM. Walau bagaimanapun, sebarang tawaran biasiswa hanya akan di anugerahkan apabila anda memenuhi semua syarat yang diperlukan dan juga setelah anda memperoleh kemasukan ke salah satu program yang layak di salah satu kolej atau universiti yang diluluskan.




Hubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Alamat:

Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila teruskan ke alamat e-mel :[email protected] atau anda boleh menghubungi Pn Beatrice Low di talian 03-2173 7475

Mohon biasiswa secara langsung sekarang!

Kami boleh membantu anda memohon biasiswa ini.

Adakah anda berminat untuk mendapatkan info tentang biasiswa terkini yang sama seperti yang ditawarkan ini?
Jadilah orang pertama yang memohon biasiswa berkenaan sebaik sahaja ianya dibuka!

Biasiswa Popular

semak semua biasiswa

Perlukan
bantuan?
mail