logo

Biasiswa Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK)

Tarikh Tutup

Lokasi Pengajian

Malaysia

Tahap Pengajian

Ijazah Sarjana Muda

Jumlah Pembiayaan

Biasiswa Penuh

Butiran biasiswa

Gambaran keseluruhan

Yayasan KLK menawarkan biasiswa kepada pemohon yang telah mendapat tempat di mana-mana institusi pengajian tinggi Malaysia awam mahu pun swasta. Menariknya, sebaik sahaja tamat pengajian, penerima biasiswa ini akan ditawarkan peluang untuk bekerja di KLK.

Kriteria

Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah

  • Warganegara Malaysia. 
  • Kelayakan akademik yang baik (STPM, A-Level atau kelayakan setara minimum 2A / Foundation (asasi)-CGPA minimum 3.5). 
  • Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik, sama ada bertulis atau lisan
  • Rekod penyertaan aktif dalam aktiviti kurikulum. 
  • Telah menerima tawaran kemasukan ke UA/IPTS 
  • Tidak terikat, memegang apa-apa biasiswa lain atau menerima bantuan daripada mana-mana organisasi lain
  • Bersedia untuk berkhidmat dengan bon ikatan 3 tahun dengan KLK di mana-mana lokasi selepas tamat pengajian.
Disiplin
  • Agriculture Science, Forestry, Environmental or related disciplines
  • Sciences (Chemistry, Biotechnology)
  • Engineering (Civil, Chemical, Mechanical, Electrical and Instrumentation)
  • Accountancy
  • Information Technology
  • Real Estate Management
  • Horticulture and Landscape
Maklumat Am

Pemohon yang berjaya ditawarkan biasiswa ini akan menerima pembiayaan tahunan seperti berikut :

  • Ijazah Institusi Awam - RM 10,000 setiap tahun akademik 
  • Ijazah Institusi Swasta - RM17,000 setiap tahun akademik

Cara memohon Biasiswa Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK)

Ketahui cara bagaimana anda boleh memohon biasiswa ini sekarang
Klik disini untuk dapatkan borang permohonan
  • Sila muat turun dan isi selengkapkan borang permohonan dan hantar bersama dengan dokumen yang berkaitan ke emel [email protected] atau ke alamat :

Yayasan KLK Scholarships Application
Kuala Lumpur Kepong Berhad
Bangunan Mayban Trust Ipoh
Level 9, No. 28, Jalan Tun Sambanthan
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. 

 

  • Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga. 
  • Mana-mana pemohon yang tidak dijemput untuk temuduga dianggap tidak berjaya
  • Klik pautan diatas untuk ke laman rasmi permohonan untuk mendapatkan borang permohonan
Hubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Alamat:

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak KLK dengan klik pautan berikut : http://www.klk.com.my/contact-us/email-us/

Adakah anda berminat untuk mendapatkan info tentang biasiswa terkini yang sama seperti yang ditawarkan ini?
Jadilah orang pertama yang memohon biasiswa berkenaan sebaik sahaja ianya dibuka!

Biasiswa Popular

semak semua biasiswa

Perlukan
bantuan?
mail