logo

Biasiswa International Medical College (IMU) (Diploma Kejururawatan)

Tarikh Tutup

Lokasi Pengajian

Malaysia

Tahap Pengajian

Diploma

Jumlah Pembiayaan

Biasiswa Penuh

Butiran biasiswa

Gambaran keseluruhan


Kolej Perubatan Antarabangsa (IMU) menawarkan tajaan penuh dan tajaan separa selain jaminan pekerjaan selepas tamat pengajian bagi anda yang berminat untuk mengikuti pengajian Diploma Kejururawatan di IMC.

Kriteria

Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah


Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah :

Calon mestilah: 

  • Warganegara Malaysia. 
  • Memiliki rekod akademik yang cemerlang dalam SPM, STPM (digalakkan untuk memohon, tetapi keputusan SPM mesti memenuhi keperluan kemasukan akademik) dengan kredit dalam Matematik, Sains, Bahasa Malaysia dan mana-mana 2 mata pelajaran lain. 
  • 5 Kredit dalam SPM termasuk BM, Matematik dan satu mata pelajaran Sains termasuk (Biologi, Kimia dan Sains Am), dan mana-mana 2 mata pelajaran lain 
  • Disahkan sihat secara fizikal dan mental oleh pengamal perubatan. 
  • Pemohon lelaki dialu-alukan untuk memohon program ini.

 * Kriteria pemilihan calon untuk tajaan adalah berlandaskan kepada jumlah merit akademik, keperluan kewangan dan latar belakang sosio-ekonomi serta kecemerlangan dalam kegiatan kokurikulum. Calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.

 * Semua pelajar IMC mestilah fasih bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris. Di samping itu, pelajar IMC juga perlu fasih berbahasa Malaysia untuk keperluan kerjaya kelak selepas tamat pengajian. 

Disiplin

Kejururawatan

Maklumat Am
  • 3 tahun yuran pengajian, penginapan (asrama), pengangkutan untuk latihan praktikal, meliputi insurans pelajar 
  • Elaun bulanan 
  • Jaminan pekerjaan 
  • Pekerjaan dengan hospital penaja bergantung kepada terma dan syarat hospital masing-masing.

 * Memenuhi keperluan kemasukan 5 kredit dalam SPM dan bersemangat untuk berkhidmat kepada orang lain.

Cara memohon Biasiswa International Medical College (IMU) (Diploma Kejururawatan)

Ketahui cara bagaimana anda boleh memohon biasiswa ini sekarang
Hubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Phone:
0380240757

Adakah anda berminat untuk mendapatkan info tentang biasiswa terkini yang sama seperti yang ditawarkan ini?
Jadilah orang pertama yang memohon biasiswa berkenaan sebaik sahaja ianya dibuka!

Biasiswa Popular

semak semua biasiswa

Perlukan
bantuan?
mail