logo

Biasiswa HM The King's & HM The Queen's

Tarikh Tutup

Lokasi Pengajian

Malaysia/Overseas

Tahap Pengajian

Ijazah Sarjana

Jumlah Pembiayaan

Biasiswa Penuh

Butiran biasiswa

Gambaran keseluruhan


Institut Teknologi Asia (AIT) mengendalikan beberapa biasiswa peringkat Sarjana yang disediakan oleh Kerajaan Diraja Thailand (RTG) kepada calon berkelayakan dengan kelayakan akademik yang cemerlang dari Thailand dan dari mana-mana negara di Asia yang lain. Biasiswa ini memberi peluang kepada para pelajar daripada pelbagai latar belakang dari semua negara di Asia untuk mengkaji dan melakukan kerja penyelidikan bersama dalam persekitaran antarabangsa yang sebenar di AIT dan untuk membina asas yang baik untuk pemahaman antarabangsa di kalangan orang Asia.

Kriteria

Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah

  • Warganegara Thailand atau lain-lain warganegara di rantau Asia.
  • Menamatkan pengajian dalam bidang berkaitan dari institusi yang diakreditasi.
  • Mempunyai kecekapan tinggi dalam Bahasa Inggeris seperti yang dikehendaki oleh AIT
  • Pemohon di Thailand juga boleh mengambil Ujian Bahasa Inggeris AIT yang diberikan oleh Pusat Bahasa AIT
  • Mempunyai rekod pendidikan yang baik dalam program sarjana 4 tahun
  • Merupakan pelajari dari universiti yang berada di Kedudukan QS dalam lingkungan 1,000 atau lebih baik dengan CGPA 3.0 dan ke atas (atau setaraf) atau
  • Dari universiti lain dengan CGPA 3.5 dan ke atas (atau setaraf)
Disiplin

Semua bidang pengajian dimana pelajar memohon ke program ijazah sarjana (master) yang ditawarkan di AIT’s School of Engineering and Technology (SET), School of Environment, Resources and Development (SERD) dan School of Management (SOM).

Maklumat Am

Setiap anugerah biasiswa yang diberikan merangkumi yuran pengajian, penginapan, dan elaun sara hidup untuk perbelanjaan hidup di kampus kediaman AIT, untuk keseluruhan tempoh program sarjana 22 bulan.

Cara memohon Biasiswa HM The King's & HM The Queen's

Ketahui cara bagaimana anda boleh memohon biasiswa ini sekarang
Klik disini untuk dapatkan borang permohonan

Untuk memohon sila layari klik butang berwarna hijau untuk memuat turun borang permohonan. Untuk info lanjut mengenai biasiswa sila KLIK DISINI. 

Hubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Alamat:

Ms. Kanchana, Ms. Wilailuk and Ms. Uma 

Tel. 02-524-6119, 5023 and 5010 

Phone:
025245023

Adakah anda berminat untuk mendapatkan info tentang biasiswa terkini yang sama seperti yang ditawarkan ini?
Jadilah orang pertama yang memohon biasiswa berkenaan sebaik sahaja ianya dibuka!

Biasiswa Popular

semak semua biasiswa

Perlukan
bantuan?
mail