logo

Biasiswa Fair & Lovely

Tarikh Tutup

Lokasi Pengajian

Malaysia

Tahap Pengajian

Diploma,Ijazah Sarjana Muda

Jumlah Pembiayaan

Bayaran Pelbagai

Butiran biasiswa

Gambaran keseluruhan

Dalam inisiatif memperkasakan kaum wanita untuk mengejar masa depan yang cerah, Fair & Lovely menawarkan biasiswa berjumlah RM200,000* untuk dibahagikan kepada 40 mahasiswi yang layak di kalangan 74 buah universiti awam dan s wasta dengan mata undian tertinggi.


Kempen bermula pada 1 Februari 2020, 12:00am dan berakhir pada 31 Mei 2020, 11:59pm (“Tempoh Kempen”). Penyertaan yang diterima di luar Tempoh Kempen tidak layak menyertai Kempen

Kriteria

Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah

  • Permohonan biasiswa terbuka kepada semua siswi warga Malaysia yang sedang menduduki diploma atau ijazah sarjana muda di universiti tempatan terpilih (Rujuk senarai Universiti), dan juga siswi yang telah mendaftar sebagai pelajar secara rasmi sebelum 30 April 2019, kecuali siswi yang sedang menduduki semester terakhir, semasa Kempen ini berlangsung.  


  • Kempen ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia dan berumur 18 tahun dan ke atas (pada tarikh penyertaan dalam Kempen ini) dengan Kad Pengenalan Malaysia yang sah. Sekiranya Peserta berumur di bawah 18 tahun pada tarikh penyertaan, Peserta dikehendaki mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaganya sebelum menyertai Kempen ini dan apabila diminta oleh Penganjur, hendaklah mengemukakan kebenaran tersebut. 


  • Hanya 40 (empat puluh) Penerima biasiswa akan dipilih di kalangan 7 (tujuh) universiti yang memperoleh undi terbanyak selepas tamat Tempoh Kempen. 


  • Pekerja, pemegang saham, pegawai, pengarah, agen, pengedar dan wakil Penganjur dan setiap daripada syarikat induk, ahli gabungan, bahagian, anak syarikat, agen, wakil dan agensi pengiklanan mereka masing-masing, bersamasama dengan ahli keluarga terdekat (tidak kira di mana mereka tinggal) dan mereka yang tinggal di kediaman yang sama dengan orang tersebut (sama ada mempunyai kaitan persaudaraan atau tidak), tidak layak menyertai Kempen


  • Penganjur berhak untuk menyingkirkan mana-mana Peserta yang tidak mematuhi apa-apa Terma dan Syarat Kempen ini atau jika Penganjur berpendapat bahawa Peserta gagal memenuhi apa-apa kriteria penyertaan Penganjur


  • Untuk info permohonan, syarat kelayakan penuh bolehKLIK DISINI.


Disiplin

Mana-mana kursus atau bidang pengajian di universiti-universiti awam yang telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam dalam senarai biasiswa Fair & Lovely. 

Maklumat Am

RM 200,000 akan dibahagikan sama rata kepada 40 pemohon universiti wanita, di mana setiap individu akan menerima RM5,000.00 dalam bentuk cek. 

Cara memohon Biasiswa Fair & Lovely

Ketahui cara bagaimana anda boleh memohon biasiswa ini sekarang
Klik disini untuk ke laman permohonan
  • Warga siswi dikehendaki memohon secara atas talian (“online”) di laman web Fair and Lovely (www.fairandlovely.com.my). 


  • Pemohon yang dipertimbangkan untuk menerima Anugerah akan dimaklumkan untuk mempersembahkan salinan keputusan peperiksaan terkini dengan pengakuan sah oleh pihak berkuasa dan/atau pendaftar yang lebih tinggi daripada sekolah atau institusi (STPM, Matrikulasi atau setara dengannya), serta salinan surat/surat tawaran universiti.


  • 50 pemohon yang dipertimbangkan dari setiap universiti akan dipilih dari ketujuh-tujuh universiti yang mempunyai undian tertinggi. Sejumlah 350 pemohon akan dipertimbangkan di peringkat ini. 


  • Pemohon-pemohon yang dipertimbangkan akan dihubungi untuk mendapatkan sijil-sijil and dokumentasi yang diperlukan untuk memproses permohonan mereka.



  • Untuk terus ke laman permohonan biasiswa sila klik pada pautan berwarna hijau diatas. 
Hubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Alamat:

Sebarang pertanyaan lanjut boleh terus kemukakan di laman rasmi permohonan biasiswa Fair & Lovely https://www.fairandlovely.com.my/biasiswa_2019/

Adakah anda berminat untuk mendapatkan info tentang biasiswa terkini yang sama seperti yang ditawarkan ini?
Jadilah orang pertama yang memohon biasiswa berkenaan sebaik sahaja ianya dibuka!

Biasiswa Popular

semak semua biasiswa

Perlukan
bantuan?
mail